بِسۡمِ
ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته
Adan a.s adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah swt jauh
terkemudian daripada kejadian sekelian alam semesta; puluhan ribu tahun selepas
kejadian malaikat dan jin, haiwan dan tumbuh-tumbuhan!
Pun begitu, makhluk yang dijadikan oleh Allah swt jauh
terkemudian itu mengungguli sekalian makhluk lain sehingga sekalian makhluk
lain itu ditundukkan oleh Allah swt kepadanya.
Malaikat tidak mengetahui 'rahsia' kejadian Adam a.s
sehingga mereka membantah; "Apakah Engkau akan menjadikan orang yang akan
membuat kerosakan di atas muka bumi?" (tafsiran ulama; ialah kerana mereka
ingin tahu bukan sebagai tanda keingkaran).
Iblis juga tidak mengetahui 'rahsia' Adam a.s sehingga dia
turut serta dalam bantahan terhadap Allah swt, tetapi menjadi kafir apabila
dilaknatkan oleh Allah! Iblis enggan sujud (hormat) kepada Adam a.s. Keengkaran
iblis itu adalah kerana dua perkara: sifat takabbur yang berasakan bahawa
dirinya terlebih baik daripada Adam a.s. Kedua, kerana kedengkiannya terhadap
Adam a.s. Kedua-dua sifat ini telah diabadikan sebagai sifat tercela yang
mencabar sifat 'ketuhanan' sehingga Allah tidak memandang kepada orang yang
memiliknya!
Dari sudut lain,
Adam a.s dijadikan sendirian, dikatakan oleh Allah,
"Aku menjadikannya dari tanganKu sendiri". Sedangkan Siti Hawa
dijadikan oleh Allah swt daripada Adam a.s kemudiannya. (daripada tulang rusuk
baginda) Mengapa demikian? Sedangkan Allah Maha Berkuasa menjadikan keduanya
serentak, di mana rahsianya?
Adam a.s dijadikan dengan tubuh badan yang gagah, kuat,
kasar dan tegap sedangkan Siti Hawa dijadikan dalam bentuk lembut, kurang
kekuatannya. Manusia mungkin berfikir; Apa salahnya Siti Hawa pun dijadikan
kuat dan gagah seperti Adam a.s? Jika dijadikan sama kuat tentu mudah untuk
menguruskan bumi ini? Namun ia berlawanan dengan kehendak Allah Yang Maha
Mengetahui. Apa Rahsianya?
Adam a.s memiliki beberapa 'rahsia' yang tidak dimiliki dan
tidak juga di ketahui oleh makhluk-makhluk lain, termasuk sekelian malaikat
yang sentiasa beribadah kepada Allah swt. Apa 'rahsia' yang menyebabkan Adam
a.s menjadi lebih mulia daripada makhluk Allah yang lain?
Pertanyaan terakhir : Siapakah sebenarnya ADAM a.s ini?
Rahsia Kejadian Adam a.s
Mengapa Adam a.s yang dijadikan jauh terkemudian daripada
sekelian makhluk Allah yang lain, tetapi menjadi makhluk yang tersangat
istimewa? Apakah rahsia perintah Allah yang menyuruh sekalian malaikat 'sujud'
(tanda hormat) kepada baginda?
Siapakah sebenarnya Adam a.s?
Rahsia Pertama: Hadirnya ruh Muhammad – di dalam sulbi Adam
a.s!
Sebelum dijadikan Adam a.s, junjungan Muhammad saw adalah
seorang nabi.
وَتَقَلُّبَكَ
فِي السَّاجِدِينَ
"Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang
sujud"
قَالَ مُجَاهِد وَقَتَادَة : فِي الْمُصَلِّينَ . وَقَالَ
اِبْن عَبَّاس : أَيْ فِي أَصْلَاب
الْآبَاء , آدَم وَنُوح وَإِبْرَاهِيم
حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا . وَقَالَ عِكْرِمَة : يَرَاك
قَائِمًا وَرَاكِعًا وَسَاجِدًا ; وَقَالَهُ اِبْن عَبَّاس أَيْضًا - Asyuara:
219
Ibnu Abbas mentafsirkan;
Ruh Muhammad dalam sulbi bapa-bapa kamu (turun-temurun)
Adam, Nuh, dan Ibrahim sehingga Allah keluarkan Baginda (Nabi Muhammad) sebagai
Nabi (akhir zaman).
Dari tafsir Ibn Kathir dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat
kenyataan;
وَتَقَلُّبَكَ
فِي السَّاجِدِينَ
وَقَوْله
تَعَالَى " وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ قَتَادَة
" الَّذِي يَرَاك حِين تَقُوم
وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ فِي
الصَّلَاة يَرَاك وَحْدكوَيَرَاك فِي
الْجَمْع وَهَذَا قَوْل عِكْرِمَة
وَعَطَاء الْخُرَاسَانِيّ وَالْحَسَن الْبَصْرِيّ وَقَالَ مُجَاهِد كَانَ
رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه
عَلَيْهِ وَسَلَّمَيَرَى مِنْ خَلْفه كَمَا
يَرَى مِنْ أَمَامه وَيَشْهَد
لِهَذَا مَا صَحَّ فِي
الْحَدِيث " سَوُّوا صُفُوفكُمْ فَإِنِّي
أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاء ظَهْرِي
" وَرَوَىالْبَزَّار وَابْن أَبِي حَاتِم
مِنْ طَرِيقَيْنِ عَنْ اِبْن عَبَّاس
أَنَّهُ قَالَ فِي هَذِهِ
الْآيَة يَعْنِي تَقَلُّبه مِنْ
صُلْب نَبِيّ إِلَى صُلْب
نَبِيّ حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا
.
Firman Allah Ta'ala: "Dan perubahan gerak engkau di
kalangan mereka yang sujud". Kata Qatadah: "Dia yang melihat engkau
bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud”
dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan dalam jemaah.
Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan
al-Basri. Kata Mujahid Rasulullah saw boleh melihat orang di belakang baginda
sebagaimana baginda boleh melihat orang yang berada di hadapannya.
Dan baginda menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang
sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di
belakangku’. Dan diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ibn Abi Hatim dari dua jalan
dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak
Baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai
seterusnya) sehingga Tuhan keluarkan Baginda (ke-dunia menjadi penamat
sekelian) Nabi.
Di tempat lain Ibnu Abbas mentafsirkan “”شَآءُ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ
ٱلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُ” pada ayat 35, Surah
An-Nur sebagai “Nur Muhammad” pada sulbi bapa-bapa kamu, seperti berikut;
{ ٱللَّهُ
نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ
فِيهَا مِصْبَاحٌ ٱلْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ٱلزُّجَاجَةُ
كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ
مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لاَّ شَرْقِيَّةٍ وَلاَ
غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيۤءُ
وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ
نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ يَهْدِي
ٱللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَآءُ وَيَضْرِبُ
ٱللَّهُ ٱلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلَيِمٌ
}
Allah then mentioned the honour and blessings that He had
bestowed upon the believers, saying: (Allah is the Light of the heavens and the
earth) He is the guide of the dwellers of the heaves and earth. Guidance from
Allah is of two types: clarification and making things known; it is also said
that the verse means: Allah is the embellisher of the heavens by means of the
stars and the embellisher of the earth by means of plants and water; it is also
said that this means: Allah enlightens the hearts of the believers among the
dwellers of the heavens and the earth. (The similitude of His light) the light
of the believers; it is also said that this means: the light of Allah in the
heart of the believer (is as a niche wherein is a lamp. The lamp is in a glass)
made of gems. (The glass is as it were a shining star) one of the following
five planets: Mercury, Jupiter, Venus, Mars and Saturn. All these planets are
luminous. ((This lamp is) kindled from a blessed tree) from the oil of a
blessed tree, (an olive neither of the East nor of the West) in an open space,
not touched by the shade of the East nor by the shade of the West; it is also
said that this means: in a location which is untouched by the sun when it rises
and when it sets, (whose oil) the oil of the tree (would almost glow forth (of
itself)) from behind its rind (though no fire touched it. Light upon light) the
lamp emits light and the glass emits light and the oil emits light, (Allah
guideth unto His light) Allah honours with knowledge; it is also said that this
means: Allah honours with His religion (whom He will) whoever deserves it; it
is also said that the verse means: the likeness of the light of Muhammad in the
loins of his forefathers is like this, up to Allah's saying (… kindled from a
blessed tree). He says: the light of Muhammad in Abraham was an upright
religion (olive tree), and Abraham was neither Jew nor Christian (neither of
the East nor of the West), the works of Abraham would almost glow forth in the
loins of his forefathers like this (would almost glow forth (of itself)), up
until Allah's saying (kindled from a blessed tree) He says: as if it is the
light of Muhammad (pbuh) and if Abraham was not a prophet, he would still have
this light (though no fire touched it); it is also said that the latter passage
means: Had Allah not honoured Abraham, he would not have had this light; it is
also said: if Allah had not honoured His believing servant with this light, he
would not have had it.
[* تفسير
Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs]
Keterangan dari Hadith;
“Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya
Kenabian engkau?’ Baginda menjawab, “Sejak saat ketika Adam masih dalam keadaan
antara ruh dan jasad.” - riwayat Tirmidzi
Baginda juga bersabda;
“Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk
antara air dan tanah. Juga Baginda bersabda, “Aku telah ditetapkan di sisi
Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah."
Imam Ahmad bin Hanbal berkata telah menceritakan kepada kami
Abdurrahman bin Mahdi, telah menceritakan kepada kami Manshur bin Sa'd dari
Budail dari Abdullah bin Syaqiq dari Maysarah Al Fajr dia berkata; aku
bertanya; "Wahai Rasulullah, bilakah engkau dicatat sebagai seorang
Nabi?" Baginda bersabda: "Ketika Adam 'alaihis salam antara ruh dan
jasad." - Imam Ahmad
Daripada penjelasan ayat-ayat di atas, fahamlah kita, Adam
a.s menjadi sangat istimewa kerana menanggung awal-awal makhluk dan afdhalun
makhluq, Nur Muhammad saw di dalam sulbinya.
Rahsia ke-2: Allah
swt memperkuatkan Adam a.s dengan ruhNya (Ruhul-quddus)
Firman Allah Ta’ala;
فَإِذَا
سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku
tiupkan padanya RuhKu" - As-Shaad, 38 : 72
Berkata Ibnu Abbas r.a pada mentafsirkan ayat “Aku tiupkan
padanya RuhKu,
“Allah Ta’ala memasukkan dalam diri Adam a.s akan RuhNya
(Ruhul Quddus)”
Imam Jilani r.a membawakan gambaran “Ruh” istimewa ini di
dalam kalam hikmah beliau;
Allah Ta’ala mula-mula mencipta atau menzahirkan Ruhul
Quddus (Ruh Suci) dalam bentuk makhluk menerusi penzahiran paling sempurna
dalam peringkat Alam Ketuhanan Zat Yang Maha Tinggi. Kemudian Allah Ta’ala
menghendaki bahawa ruh itu turun ke alam fana’ ini diperingkat paling rendah,
iaitu Alam Ajsam. (Alam jisim/kebendaan/alam dunia nyata- pent).
“Allah menghantarkan Ruh Suci itu ke dalam diri para Rasul,
Nabi, Wali Allah dan kekasih-kekasihnya! Bersama Ruh Suci itu telah disediakan
dalam dirinya benih-benih Keesaan (tauhid) supaya ia sentiasa mengenali
Penciptanya yang Maha Esa!" - Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar
Imam Jilani r.a melanjutkan bicara berkenaan kedudukan Ruhul
Quddus serta ruh-ruh yang lain:
“Allah mencipta badan untuk di masuki ruh dan menetap
didalamnya. Masing-masing ruh pula ada nama masing-masing. Allah Ta’ala susun
ruang-ruang didalam badan itu. Diletakkannya ruh manusia antara daging dan darah.
Diletakkannya pula Ruhul Quddus (Ruh Suci) di tengah-tengah hati, dimana di
sediakan oleh Allah suatu ruang yang seni dan halus untuk menyimpan rahsia di
antara Allah dan hambaNya.” - Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar
Sesungguhnya Ruhul Quddus (Ruh Suci) adalah anugerah Allah
Ta’ala kepada manusia-manusia pilihan Allah. Mereka adalah rasul, anbiya dan
aulia Allah. Melaluinya mereka taqarrub (hampir) dengan Allah, musyahadahkan
(melihat dengan Ruhul Quddus) wajahNya Yang Maha Agung. Tiada yang membatasi di
antara mereka dengan Allah. Tiada juga malaikat muqarrabin.
Inilah keistimewaan Adam a.s; di mana tiada suatu pun
makhluk Allah lain yang diberikan anugerah sedemikian rupa.
Rahsia ke-3: Adam a.s agungkan Allah swt dengan nama-nama
Allah yang indah
Adam a.s mengagung serta mensucikan Allah dengan sekalian
asma’ Allah Yang Maha Tinggi.– suatu hal yang tidak dapat dilakukan oleh
malaikat lantaran malaikat tiada pengetahuan tentang itu. Sedangkan bagi Adam
a.s ia suatu hal yang sangat mudah kerana sekalian Asma’ Allah itu telah
dilengkapkan oleh Allah di dalam dadanya sebagai salah satu rahsia ketuhanan. .
Hal ini dijelaskan oleh Imam Al-Kabir Shaikh Muhyiddin Ibnu
Arabi;
“Para malaikat tidak memperoleh kelengkapan Adam a.s, dan
tidak memahami asma’ Ilahi kerana ia asing bagi mereka. Maka tiadalah mereka
dapat mensucikan Allah serta mengagungkanNya dengan segala asma’
Ilahi." - Futuhatul Makkiyyah, Fusus Hikam
Bahkan malaikat juga tiada mengetahui benda-benda di dunia
ketika Allah Ta’ala menyuruh mereka menyebut nama-nama tersebut.
Allah Ta’ala mengajarkan Adam a.s akan kesemua nama benda di
dunia termasuk nama tumbuh-tumbuhan, haiwan serta sekalian jamadat serta
kegunaannya. Adama a.s telah dapat menguasainya dengan baik, maka Allah Ta’ala
berpaling kepada malaikat lalu memerintah supaya mereka (malaikat) menyebutkan
nama benda-benda yang telah dijadikan.
Para malaikat tidak dapat menyebutnya, seperti Adam a.s yang
telah menyebutnya satu persatu dengan jelas.
* Dari Tafsir Ibnu Abbas, تفسير
Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs
________________________________________
{ وَعَلَّمَ
ءَادَمَ ٱلأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى
ٱلْمَلَٰئِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَآءِ
هَـٰؤُلاۤءِ إِن كُنْتُمْ صَٰدِقِينَ
}
(And He taught Adam all the names), the names of all his
progeny, or the names of all the beasts and other things, including: a cooking
pot, a plate and saucer, (then showed them) to prove that they were wrong (to
the angels) who were commanded to prostrate, (saying: Inform Me of the names of
these) created beings and descendents, (if ye are truthful) in your first
claim. -
Al-Baqarah : 31
Sesungguhnya banyak perkara ghaib yang diketahui oleh para
malaikat. Namun mereka tidak dapat menandingi pengetahuan Adam a.s yang
dilengkapi dengan rahsia ma'rifat ketuhanan.
Rahsia ke-4: Adam a.s
adalah cermin ketuhanan
Menghuraikan Hadis Nabi saw;
"Mukmin adalah laksana cermin bagi mukmin yang lain."
Imam Jilani r.a berkata;
"Mukmin yang pertama itu sebagai cermin, yang
dimaksudkan daripadanya ialah hati yang suci bersih bagi mukmin itu sendiri.
Maksud Mukmin kedua ialah Zat Allah Ta'ala yang dapat dikenali dalam cermin
itu, iaitu satu kurnia utama yang hanya diberikan kepada kekasihNya sahaja.
Bukankah salah satu namaNya yang indah ialah Al-Mukmin?"
Mesej yang cuba disampaikan oleh Imam Jilani adalah: Mukmin
sejati sebagai cermin yang menangkap pancaran cahaya ketuhanan sehingga dapat
memahami rahsiaNya dan menjadi sangat hampir dengan Allah.
Rahsia ke-5: Adam a.s
(ruhnya) dapat melewati Sidrotul-muntaha hingga ke arasy
Adam a.s mengenal Allah dengan sebenar kenal dan ubudiyyah
kepadaNya dengan ubudiyyah yang sempurna. Tiada batas, tanpa had, tanpa jarak
hanya semata-mata melihat wajah Allah Ta'ala. Sedangkan malaikat tiada dapat
melakukannya kerana mereka tertahan di Sidrotul-muntaha.
Keadaan ini dijelaskan dalam peristiwa isra’ mi’raj.
Setibanya di Sidrotul-muntaha, berkata Jibril kepada Nabi saw: “Aku tak dapat
lagi bersama engkau Ya Muhammad. Jika aku maju satu langkah sahaja nescaya aku
akan terbakar hangus.” Sedangkan Nabi saw meneruskan perjalanan mi’raj baginda
bersendirian tanpa sebarang halangan sehingga akhirnya tahiyyat di hadapan
Rabbul Jalil di balai penghadapanNya di Arasy.
Ini memberikan gambaran yang sangat terang akan maqam rasul,
nabi dan aulia Allah yang mengatasi sekalian malaikat termasuk malaikat
muqarrobin sekalipun.
Catatan: Mi'raj dengan jasad dan ruh terkhusus bagi Nabi
Muhammad saw sementara bagi rasul-rasul, nabi dan aulia Allah adalah mi'raj itu
semata-mata perjalanan 'ruh'.
Rahsia ke-6: Adam a.s
sebagai khalifah Allah
Ini merupakan 'mesej' paling penting daripada penciptaan
Adam a.s. Bahkan ia juga 'mesej' bagi segala anbiya dan aulia Allah yang
dizahirkan di atas muka bumi.
Sekalian keistimewaan yang Allah Ta'ala lengkapkan pada Adam
a.s termasuk rahsia kejadian Siti Hawa adalah bagi penyempurnaan 'amanah' ini,
yakni amanah 'khalifah' - menjadi wakil Allah dalam mengurus dan mentadbir
bumi.
Asal Kejadian Hawa
Perbincangan mengenai kejadian Nabi Adam perlu juga
dikaitkan dengan kejadian Siti Hawa. Sebahagian ulama berpendapat Siti Hawa
diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s berdasarkan sabda Nabi saw yang
bermaksud;
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan
sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan
sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian atas.” – riwayat Bukhari dan Muslim.
Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah
sahabat Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas'ud, Imam Mujahid, Ibn al-Munzir,
Ibn Humaid dan ramai lagi. Namun apabila al-Quran dirujuk berhubung perkara
ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini.
Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Siti Hawa, dalam
surah an-Nisak ayat 1, Allah menjelaskan;
“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan
kamu daripada satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya
(iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan
perempuan yang banyak.”
Hawa diciptakan daripada rusuk Adam a.s
Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian Siti Hawa tidak
langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam a.s.
Berhubung dengan isu ini, Hamka berkata, “Ahli-ahli ijtihad
tidak membantah hadis yang sahih ini (iaitu hadis yang mengatakan wanita
tercipta daripada tulang rusuk lelaki), namun ia tidak boleh dijadikan alas
alasan yang tepat bagi mengatakan Siti Hawa terjadi daripada tulang rusuk di
sebelah bawah dan kiri Nabi Adam a.s. Jelas sekali kaum wanita kesemuanya bukan
terjadi daripada tulang rusuk apatah lagi tulang rusuk suaminya. Apa yang
menjadi pertikaian adalah mengenai Siti Hawa (sama ada beliau terdiri daripada
tulang rusuk Nabi Adam a.s ataupun tidak). Oleh kerana Islam adalah
satu-satunya agama yang memberi kebebasan berijtihad kepada mereka yang ahli
(atau mampu), maka tidak ada salah sekiranya terdapat perbezaan pendapat (dalam
hal ini). Justeru, tidak dihukum keluar daripada Islam sekiranya seseorang itu
berkeyakinan, berdasarkan penyelidikannya bahawa Siti Hawa tidak terjadi
daripada tulang rusuk Adam a.s. Tidak ada salahnya sekiranya umat Islam turut
memberikan perhatian bagi menyelidiki teori-teori yang berkaitan (dengan
persoalan) berapa tahunkah manusia sudah berada di dunia ini.”
Kenyataan ini dilaporkan di dalam kitab Tafsir al-Azhar.
Yakin akan kejadian Adam a.s dan Siti Hawa
Apa yang jelas adalah Nabi Adam a.s dan Siti Hawa merupakan
ibu-bapa kita yang asal. Al-Quran menyatakan Nabi Adam a.s dijadikan daripada
tanah liat, tetapi tidak diperincikan berkenaan asal-usul kejadian Siti Hawa.
Berhubung dengan Siti Hawa, Al-Quran sekadar mengatakan, “Dan daripadanya
(iaitu Adam) Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya
Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.”
Apa yang penting adalah manusia diizinkan Allah swt bagi
mengkaji asal-usulnya. Dalam surah al-Ankabut ayat 20, Allah menyatakan;
“Katakanlah, ‘Berjalanlah di muka bumi ini dan perhatikanlah
bagaimana Allah menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian Allah
menjadikannya sekali lagi (di akhirat).”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.