Saturday, March 20, 2010

Panduan Darah Tinggi

Salam sejahtera

Penyakit ini adalah penyakit kegemaran rakyat
Malaysia.

Apa itu tekanan darah tinggi dan tahap ukurannya?


TEKANAN DARAH TINGGI (HIPERTENSI)
=================================

Fakta:
Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia
(1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001
[+] 33% orang dewasa
[+] 2.6 juta berumur 30 thn
[+] 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan,
mengubah gaya hidup

Sebab/Punca :
[+] 85 - 90% faktor keturunan
[+] 40% faktor ahli keluarga terdekat
[+] 23% garam berlebihan


Bagaimana tekanan darah tinggi ditakrifkan?
===========================================

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN.

Normal
Kurang daripada 130/85 : Periksa semula dalam masa
2 tahun

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 : Periksa semula dalam masa 1
tahun; ubah gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dalam 2 bulan; ubah gaya
hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan
rawatan dalam masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan
rawatan dalam masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih. Penilaian perubatan dan
rawatan segera

Anda, jumpalah doktor untuk pemeriksaan
lanjut. Buatlah pemeriksaan tekanan darah anda.

Mungkin setiap 6 bulan sekali. E-mel saya minggu
depan ialah gejala darah tinggi. Tunggu yer!

Semoga bermanfaat untuk panduan anda.

Jumpa lagi.

Wassalam.

Banner 125 x 125

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.