Saturday, August 6, 2016

KAEDAH BUANG SAKA

Untuk Perawat dan Merawat Diri Sendiri.


Assalamu’alaikum wwt
Saudara pembaca yang dihormati;

Persoalan saka  atau pusaka yang terdiri daripada kalangan jin (syaitan), memang selalu diperkatakan. Keberadaan saka dalam kehidupan kita sukar untuk dikesan. Lazimnya, urusan seharian dalam kehidupan kita  serba tidak kena dan menimbulkan masalah. Hal ini tidak pelik kerana memang tugas jin (syaitan) untuk menyesatkan dan menyusahkan manusia. Persoalannya, sejauh manakah kita dapat membuang atau memutuskan saka ini daripada terus bermaharajalela dalam kalangan keturunan kita. Ya, saka ini ibarat barah yang perlu dibuang, agar kehidupan kita sentiasa harmoni dan mudah beribadah kepada Allah.

Tulisan kali ini ingin berkongsi kaedah membuang saka yang saya petik daripada tulisan Ustaz Hasan daripada Darul Mualij. Mungkin kaedah ini berguna bagi sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai saka dan ingin memutuskannya. InsyaAllah...


Pertama : 
Dirikan Solat Hajat 2 raka'at kerana Allah Taala.
Raka'at pertama baca Ayat Kursi, raka'at kedua baca surah ketiga-tiga ayat 3 Qul yakni Al-Ikhlas, Al-Falaq  dan An-Nas. Selesai solat, wirid “La ilaha illallah”  seberapa banyak yang mungkin dan akhir sekali baca Al-Fatihah 21 kali. Kemudian berdoa iaitu Doa Pengisytiharan contohnya:

"Bahawasanya Ya Allah, aku tiada hubungan lagi dengan makhluk ghaib, jin mahupun khadam yang berada bersamaku dan harta bendaku. Hanya kepadamu Ya Allah aku memohon pertolongan dan kepadaMu jua aku kembali."

Kedua:
Ikrar Pengumuman Pemutus Saka
Ini penting kerana ada setengah kes, pemilik barangan berkhadam sentiasa berubah hati atau sayang khadam. Kalau jenis yang seperti ini, maka kalau nak tolong pun sudah tidak boleh kerana diri sendiri yang berhajat. Lakukan pengumuman berikut dengan suara yang jelas:

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan/diberikan/diijazahkan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Serambi Madinah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

Ketiga:
Melepaskan khadam pada barangan
Kebanyakan kes khadam barangan ini diikat atau dipasung pada barang tersebut. Ambil kayu/besi sebatang dan garis-gariskan pada barang tersebut sambil  niatkan untuk membuka kunci ikatan. Ayat yang perlu disarankan untuk dibaca ialah;

Ayat Bismillah 5
Surah Al-Furqan : 23
Surah al-Fath: 1-3

Keempat:
Isyarat Buang
Baca ayat surah Al-Naml ayat 30-31 dan tiup di tapak tangan. Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan atau barang dan buang sambil bertakbir “Allahu Akbar”.

Kelima:
Kesan-kesan selepas membuat pengumuman
Pada kebiasaanya, setelah pesakit membuat pengumuman, maka dengan izin Allah kan berlaku perkara berikut;

a) Jin atau khadam akan keluar dan pergi ke Serambi Madinah. Atau
b) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau ke tempat lain. Atau
c) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau
d) Mereka mengganggu tuan empunya barang.

Keenam:
Rawatan Susulan
Sekiranya keadaan (d) berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam. Kebiasaannya rawatan akan menjadi mudah selepas membuat pengumuman. InsyaAllah.

Bertawakal dan berusaha, insya Allah pasti berjaya.


Sumber dan ubah suai bahasa;
kopidepasta..

No comments: