Imam Abdullah Taqy, seorang Imam berbangsa Jepun di Tokyo merupakan seorang bekas pembuat tatu
1. Jepun terkenal dengan displin waktunya. Jadual kereta, bas, kereta api jika tidak ada keadaan darurat, sangat tepat, tidak lebih dari 1-2 minit saja. Mereka masuk pejabat 15 minit sebulum waktunya
2. Orang Jepun juga kejujurannya amat tinggi. Jika kita kehilangan dompet, jgn bimbang kerana pasti akan bertemu semula kerana kejujuran yg amat tinggi (pengalaman orang yg tinggal di sana)
3. Kanak-kanak Jepun dan gurunya membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit. Dekat Malaysia guru hanya pandai mengarahkan anak murid.
4. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa sisa makanan di atas pingan
5. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang
6. Menghormati orang lain atau orang yang lebih tua juga berlaku di Jepun. Di kendaraan umum, pasti disediakan tempat duduk khusus untuk orang-orang tua. Tidak perduli apapun statusnya, melihat orang yang lebih tua, biasanya mereka sangat hormat. Apabila hendak keluar dari bas, mahasiswa mengucapkan terima kasih kepada pemandu..apabila mereka melayan tetamu atau meminta maaf, mereka akan membongkokkan badan tanda hormat atau merendah diri
7. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
8. Dilarang mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”. malangnya di Malaysia hari ini ayah sibuk telefonnya, ibu sibuk dgn telefonnya, anak sibuk dgn telefonnya. Sedih melihat keadaan keluarga hari ini
"Dlm tv al-hijrah ada dokumentari tentang perbezaan negara arab dgn jepun. Satu part yg best host yg pegi ke jepun tu kata orang jepun tidak dianugerahkan oleh Allah akal yg lebih cerdik dari orang arab, seorang jurutera arab lebih cerdik sebenarnya dari seorang jurutera jepun, jadi mengapa jepun lebih maju? Bezanya orang jepun lebih bekerjasama dan mementingkan kerja berpasukan, seorang jurutera jepun kalah dgn arab tapi jika sepasukan jurutera jepun tidak mampu untuk ditandingi oleh sepasukan jurutera arab".'
Berkata ulama "Bayangkan:? mereka sudah berbondong-bondong ke masjid/mushola 5-10 menit sebelum azan berkumandang, pembayaran zakat akan sangat dipatuhi, alim ulama akan dihormati, masjid akan sangat rapi dan bersih.- Video Islamik/ohmedia
YA ALLAH. Malunya pada mereka. Mereka lebih menitik beratkan ciri-ciri Islam.
No comments:
Post a Comment