Sunday, October 19, 2014

Berfikiran Positif Jadikan Seks Hebat

sikap-positif-jadikan-seks-hebat-2014

Sikap positif perlu diamalkan oleh semua pasangan berkahwin terutamanya bagi mereka yang menginginkan kehidupan seksual menjadi semakin hebat, puas dan lebih bermakna. Sikap-sikap positif ini sebenarnya bukan tertumpu ke arah pembinaan karier sahaja malah dalam urusan seks pun penting dan ramai pasangan yang kurang mengambil berat mengenai perkara ini. Itu sebab mungkin kita ada dengar berlakunya kes-kes perceraian suami isteri yang hanya berpunca dari masalah ketidakpuasan seks dari pasangan masing-masing. Oleh itu ubahlah segera sikap negatif kepada sikap positif agar ianya dapat meningkatkan kualiti kehidupan seks anda.
Kehidupan seks anda akan menjadi lebih bermakna dan hebat jika sekiranya anda dapat mempraktikkan 12 sikap positif seperti yang telah disarankan oleh pakar terapi seks Joel D. Block (Ph.D) di dalam bukunya yang berjudul The Secrects of Better Sex.
1. Menimba Ilmu Pengetahuan Mengenai Seks
Kekuatan seksual hanya dapat diterokai sepenuhnya jika anda mempunyai ilmu. Terdapat ramai pasangan sebenarnya yang membuat tanggapan salah apabila mula berbicara tentang seks. Misalnya, terus menafsir isteri dan suami yang tidak mencapai kepuasan seks adalah disebablan oleh penyakit kelamin. Sebenarnya banyak faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi prestasi seksual seseorang seperti tekanan, persekitaran dan sebagainya. Sebab itulah pentingnya anda harus memiliki ilmu dan pengetahuan tentang seks.
2. Menonjolkan Sifat Keberanian
Dalam mencuba apa jua perkara sekalipun anda mestilah ada sifat berani dan begitu lah jua dengan seks. Untuk mendapatkan pengalaman seks yang cukup indah setiap pasangan haruslah membuang terus perasaan malu dan takut kerana sifat seperti inilah yang akan menyebabkan anda berasa mudah berputus-asa dan tidak ingin meneruskan pelayaran. Jadi bagaimanakah bolehnya pasangan mahu mencapai kepuasan seks yang optimum sedangkan anda takut-takut untuk mencuba posisi atau teknik-teknik seks yang baru.
3. Punyai Keinginan dan Hasrat Seksual
Umum mengetahui bahawa seks adalah fitrah semulajadi dan bukannya keharusan yang harus dimiliki bagi setiap insan yang berkahwin. Tanya diri masing-masing tentang apa yang anda mahu dan inginkan sebenarnya kerana itu merupakan persoalan pokok utama dan bukannya apa yang anda fikir harus anda inginkan.
4. Bertolak-ansur dan Saling Bekerjasama
Kepuasan seks yang maksimum boleh dicapai hanya menerusi sikap bertolak-ansur dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Jadi sebagai suami anda janganlah terlalu mementingkan kepuasan diri semata-mata sehingga mengetepikan kepuasan seks pasangan dan sudah tentu si isteri akan berasa seperti tempat memuaskan nafsu sahaja.
5. Saling Percaya-Mempercayai
Kepuasan seks yang terbaik boleh diperolehi apabila pasangan sudah berasa selesa antara satu sama lain. Jadi bagi mengatasi halangan ketidakselesaan ini maka diperlukan keyakinan diri diterima secara penuh oleh pasangan.
6. Komunikasi Dua Hala
Salah satu perkara terpenting dalam mendapatkan kepuasan seks yang maksimum di atas ranjang adalah melalui dengan cara bagaimana anda berdua berkomunikasi. Jika anda mampu meluahkan keinginan seks dengan cukup jelas dan tanpa ada hati yang kecewa atau tersentuh maka hubungan seks pasti menjadi lebih menarik dan puas.
7. Perasaan Saling Mencintai
Hubungan seks menjadi lebih indah dan bermakna apabila ianya diakhiri dengan perasaan saling cinta-mencintai antara satu sama lain. Nafsu sekspasangan lebih mudah bercambah jika perasaan cinta dan sayang sentiasa wujud setiap kali sebelum, semasa dan selepas sesuatu hubungan badandilakukan.
8. Bersedia Cari Jalan Penyelesaian
Kadang-kala terdapat pasangan mengalami masalah seksual yang mungkin tidak dapat diselesaikan oleh mereka sendiri. Oleh itu, janganlah anda hanya melihat, menunggu dan membiarkan masalah tersebut berlanjutan. Cuba cari jalan bagi membantu menyelesaikan masalah itu dengan mendapatkan rawatan dari doktor atau pun melalui rawatan alternatif.
9. Kesihatan Yang Baik
Salah satu cara bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan berada dalam keadaan baik adalah menerusi penjagaan makanan dan melakukan senaman. Ingat, kecergasan tubuh badan bukan sahaja berfungsi untuk anda mencari nafkah malah ianya juga amat penting dalam soal prestasi seks anda bersama pasangan.
10. Kikis Fikiran Kolot
Mungkin terdapat di antara pasangan masih beranggapan bahawa untuk memulakan dan mendominasi aksi seks terletak di bahu lelaki sahaja. Bagi mereka wanita hanya perlu bersikap pasif. Buangkanlah pemikiran sempit tersebut agar ianya tidak membatasi pengalaman erotik anda.
11. Suasana Romantis
Kepuasan seks berganda dapat dinikmati oleh setiap pasangan jika ianya dilakukan dalam suasana yang cukup romantis. Oleh itu cuba anda cipta dan kekalkan keadaan sebegini sewaktu anda berhasrat untuk melakukanhubungan intim.
12. Lucu dan Humor

Kenikmatan seks pasti menjadi suatu kenangan atau memori indah sekiranya dipenuhi dengan aksi-aksi yang menyenangkan seperti canda tawa, gurau senda dan usik-mengusik. Jangan anggap seks sebagai tekanan atau perkara serius untuk anda tunaikan. Bila seks yang dilakukan dalam keadaan cukup tenang dan menghiburkan sudah tentu pasangan anda gembira serta tertunggu-tunggu untuk aksi seterusnya.

No comments: