Diperhatikan
tidak ramai yang mahu membawa bekas air semasa tahlil Yaasiin di rumah atau di
masjid, walhal air yang telah dibacakan Surah Yaasiin oleh 21 orang atau lebih jemaah, amat bernilai dari segi
perawatan.
.
Di sini disenaraikan 3 kaedah penggunaan
air Yaasiin, semoga bermanfaat:
.
(A)
Rawatan untuk keluarkan angin dari badan:
.
Rawatan
ini sesuai untuk sesiapa yang selalu perut kembung, kencing tidak teratur dan
juga mereka yang terasa terkena sampuk atau sihir.
.
1. Ambil 1/2 gelas air biasa,
masukkan dalam periuk dan panaskan selama 5 minit.
2. Kemudian tumbuk halia basah
sebesar ibu jari, dan masukkan dalam periuk.
3. Tapiskan air halia dalam
gelas.
4. Penuhkan gelas dengan air
Yaasiin.
5. Tambahlah sedikit ais dan
gula (untuk sedapkan rasa).
6. Bila air dah sejuk minum,
InsyaAllah, sendawa kita, dan terkeluar angin dari badan..
(B)
Rawatan untuk badan bagi cramp, lenguh-lenguh, sesak nafas:
.
Rawatan
ini sesuai untuk mereka yang sudah berapa kali berurut tetapi cramp dan lenguh-lenguh
masih tidak mahu hilang.
.
1. Ambil halia basah satu
genggam.
2.
Tumbuk sampai lumaat (atau guna blender tetapi jangan tambah air).
Basuhkan dulu bekas cili di blender atau lesung dengan air limau nipis – untuk
elakkan pijar cili pada kulit kita.
3. Curahkan 1-2 sudu air
Yaasiin.
4. Bancuhkan dalam bekas
plastik (yang ada tudung).
5. Sapu bancuhan halia pada
bahagian badan yang hendak dirawat:-
.
- Kejang kaki (cramp) – sapu seluruh kaki dari paha ke jari kaki, juga dari pusat ke ari-ari (elakkan kemaluan untuk elakkan pijar)
- Lenguh-lenguh otot – sapu di seluruh tulang belakang, perut, dan bahagian lenguh tersebut kalau kencing tidak teratur – sapu dari ari-ari
- Sesak nafas – sapu di dada dan perut
- Penyeri muka – sapu di seluruh muka, termasuk kelopak mata (hati-hati jangan sampai masuk mata)
.
6. Halia yang lebih simpan
dalam peti ais.
.
InsyALLAH
mana-mana tempat yang ada angin akan rasa panas (seperti terbakar) selama 20
minit lebih. Ulang lagi selama 3-4 hari sehingga rasa panas dari halia tidak
terasa lagi.
.
(C) Memagar rumah:
Cara memagari guna sembur air
Yaasiin untuk rumah baru, sekiranya kita tidak tahu amalan pagar rumah, atau
tidak mampu/sempat panggil orang memagari rumah. Selain itu cara memagar ini
amat sesuai sekiranya kita menginap di kediaman sementara seperti di hotel.
.
1.
Ambil penyembur baju.
2.
Masukkan air paip biasa sampai 3/4 penuh.
3.
Masukkan air Yaasiin.
4.
Sembur semua penjuru-penjuru bilik rumah kecuali bilik air — Tidak perlu
basah, sembur sikit sahaja.
5.
Untuk tempat-tempat yang selalu kita duduki seperti bilik TV, bilik makan
dan bilik tidur, sembur ke siling-siling.
6.
Sembur bahagian luar pintu rumah dan pintu dapur.
7.
Sembur pagar-pagar di sekeliling rumah.
.
InsyaAllah, dapat mengurangkan
mimpi-mimpi benda masuk rumah/tempat kediaman kita.
.
..
..
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui
apa yang benar)
No comments:
Post a Comment