Friday, February 4, 2011

Ketahui lah....

Allah SWT telah menyembunyikan enam pekara


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak." Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam



Jangan berkira dengan Allah


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca sekalian tentang ibadah korban. Saya cuma nak berkongsi dengan anda semua. Untuk nota sendiri jugak, almaklumlah,manusia ni cepat lupa.Selalu kena ingatkan.Macam saya lah.

Ibadah korban, anda semua masuk tak korban tahun ni? Kenapa tak masuk?. Kita tahu amalan ni besar pahala dan ibadah ni setahun sekali. Apa alasan anda untuk tak menyertai ibadah korban?. Tak da duitlah, tahun lepas dah buat, saya muda lagi, dan macam-macam lagi lah alasan.Nak seribu daya.Tak nak seribu dalih.Saya pun sama. He.he

Rezeki yang allah bagi kita mestilah bersyukur dan laksanakan jika ada peluang. Ramai diantara kita berfikir ibadah korban hanya untuk orang yang sudah bergelar 'datuk kepada cucu'.Tetapi sebenarnya ibadah korban ni tak mengira usia.Sekarang ni 1 bahagian berharga rm350.00 lebih kurang lah.Banyak kan, banyak benda yang boleh buat.Tukar sport rim, tayar, beli rantai mas, gelang mas, jam tangan, shopping dan pelbagi-bagai lagi lah.

Kenapa kita berkira sangat dengan Allah? Rezeki tiap2 hari kita dapat, kalau Allah berkira dengan kita, alamatnya, tak da lah dapat kita nak hidup macam ni.Anda semua rata-rata ada astro kat rumah kan.Paling murah sekali rm49.90(agak2 je lah).Tiap2 bulan kita bayar.Kita sanggup.Kalau setahun dah jadi berapa?RM598.80 setahun.Kita lebih rela bayar astro dari buat amalan korban ni. Contoh kalau penghisap rokok,dua hari 1 kotak.1kotak DUNNHILL berharga RM10.00 sekarang.Kalau sebulan berapa?RM150.00sebulan.Kalau setahun?RM1800.00.Fikir-fikirlah.Contoh ni untuk kita fikir2 kan.bukan tak boleh, boleh.Tapi jom kita sertai ibadah korban.

Allah bukan nak pun daging yang kita buat korban tu, tapi penghargaan kita sebagai hamba untuk ucap syukur atas rezeki yang Allah bagi. Allah kalau nak tarik nikmat harta kita kejap je.Dapat je gaji, keta meragam, terbakar.Kita ni memegang amanah aje.Panjang bebenor tulis ni.Penat korang baca pulak.

Akhir kata lah, saya bagi kira-kira untuk anda dan saya sendiri.Apa kata mulai sekarang kita kumpul duit.Bukan nak banyak terus.Satu hari RM1.00.Kalau setahun 365hari.Jumlah duit yang kita simpan dah cukup untuk ibadah korban.Siap ada lebih lagi RM15.00.Betul tak?ok lah, rasanya cukup lah tu.Salah silap apa yang saya tulis ni sila tegur ye.Saya pun masih belajar.


wassalam.

No comments: