Saturday, December 5, 2015

Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September 2016.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai 28 Januari 2016.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.
Tarikh pembayaran bermulaPendapatan bulanan isi rumah RM1,000 dan ke bawah
(e-Kasih )
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawahPendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000Individu Bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
28 Januari 2016RM250RM250RM200RM400
28 April 2016RM250RM250RM200---
28 Jun 2016RM300RM250RM200---
28 September 2016RM250RM250RM200---
JumlahRM1050RM1000RM800RM400





Cara Pembayaran BR1M 2016

Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.