Assalamualaikum
kepada Rasulullah SAW yang terkenal . Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat baginda.
Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dari pihak musuh. Keadaan terlalu genting.
Tanpa membuang masa lagi Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.
Berlakulah pertempuran hebat hingga ramai pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan sedang sujud.
Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yang bermaksud: "Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."
Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhadak menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.