Serba sedikit info berkaitan
Kaabah,Rasanya bagus jugak kalau dapat kongsi dengan pengunjung-pengunjung blog
ini, Untuk tambah ilmu pengetahuan kita sebagai seorang muslim.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti
paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah
berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan
langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada
segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang
berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema
atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang
tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron
menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan
kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh
meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat
membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan
gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah
yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di
tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat
persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti,
zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah
secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang
belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan
jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua
yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya
begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh
manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan
jam, bermak na peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga,
sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu ada lah
simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak
terhad atau terlalu ba nyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya
kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau
menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk
menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah
selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru
kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau
cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah
bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang
dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau
reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelom bang yang baik saja akan
diterima oleh tubuh.
Sejarah Binaan
keliling Kaabah
Hajarul Aswad
Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang
berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan
ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai
peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih
tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji
tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak.
Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan
itu.
Hijr Ismail
Pada asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.
Multazam
Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di
antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang
paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam
menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan
perbalahan di kalangan mereka.
Telaga Zamzam
Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di kawasan
di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan
kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap
Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam beberapa
hadis.
MAKAM IBRAHIM
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim
sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah
merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur
Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu dan di atas batu
itulah Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya
Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Di sini kita dituntut berdoa selepas melakukan
sembahyang sunat tawaf 2 rakaat. ::)
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah
ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya
27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.