Burung dari Kayangan ...
Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca setia blog ini.
Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca setia blog ini.
Dengan nama Allah
s.w.t saya mulakan entri ini. untuk entri kali ini saya ingin berkongsikan anda
mengenai satu misteri yang sejak turun-temurun , zaman-berzaman menjadi satu
persoalan yang masih lagi tidak dapat dirungkaikan. Saya pasti antara kita
pernah mendengar mengenai nama burung cenderawasih. Pelbagai misteri telah
dikaitkan mengenai burung ini. Pelbagai cerita mistik diceritakan dari generasi
ke generasi, oleh orang terdahulu, termasuklah dari nenek moyang kita.
Telah diriwayatkan
dalam Kitab Tajul Muluk , ada mengisahkan tentang seekor burung yang diberi
nama burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut
kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu
berdamping dengan para wali Allah. Memiliki kepala seperti kuning keemasan.
Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya
bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena
atau ekor ‘ariel‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya
pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih
ini .
Amatlah jarang sekali
orang memiliki burung cenderawasih . Ini kerana burung ini bukanlah berasal
dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki
oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan
kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. .
Dinyatakan lagi dalam
beberapa kitab Melayu lama , sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi
nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan
mati sekiranya menjejakkan kakinya ke bumi. Namun yang memnambahkan lagi
misterinya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang
lain kerana bangkai burung cenderawasih ini tidak mereput.Ini kerana ia
dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan
bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. burung cenderawasih mati dalam
pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam
keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Walau bagaimanapun,
Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat
sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian yang dijalankan
secara saintifik, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara
dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula,
burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan
kalangan kerabat istana Maharaja China . Bagi kalangan penduduk Eropah dan
masyarakat Barat, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of
Paradise‘.
Secara faktanya dan jika
dikira dari kajian mengenai burung ini, asal usul burung ini gagal ditemui atau
didapati hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam
nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun
ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), di wilayah Indonesia sahaja.
Namun yang peliknya tentang suatu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah orang yang beruntung. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan
dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai
kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya
mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun
ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai
‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan.
Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Berdasarkan pendapat ramai orang yang telah ditemui yang menggunakan bulu burung cenderawasih sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung dan sebarangan burung. Penuh dengan keunikan, misteri, mistik, keajaiban ciptaan Allah s.w.t yang masih tidak dapat dirungkaikan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.