Pada suatu hari Nabi
Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun ,
tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.
Burung itu berkata :
"Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari
ini".
Nabi Musa a.s
bertanya : "Dari siapa?"
Jawab burung itu :
"Dari burung helang yang mahu memakan aku."
Burung itu lalu masuk
kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang
terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata Burung helang berkata :
"Hai Nabi Musa,
janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."
Nabi Musa berkata :
"Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."
Jawab burung helang :
"Daging kambing tidak sesuai bagiku."
Selanjutnya burung
helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu
sebagai ganti."
Jawab Nabi Musa a.s :
"Baiklah kalau demikian."
Kemudian Nabi Musa
a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa
a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.
Melihat yang demikian
ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap
mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"
Maka burung itu
terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya.
Akhirnya kedua-dua
burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari
antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini
adalah malaikat Mikail.
Tuhanmu telah
menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu
atau tidak."
Memang kesabaran itu
harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada
Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja
setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian
atau cubaan pula.
Rasulullah s.a.w
bersabda bahawa sabar itu ada tiga: Sabar terhadap bencana. Sabar berlaku taat.
Sabar menjauhi perbuatan derhaka.
Barangsiapa sabar
terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh
antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi. Barangsiapa
sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak
jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling
atas dengan dasar bumi yang ketujuh.
Barangsiapa sabar
menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang
jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy
dengan bumi." sumber : kisah-kisah nabi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.