Duhai Wanita…Hargailah Lelaki Jujur…
10 Ciri-ciri lelaki jujur.
1. Lelaki jujur tidak suka jika dirinya dicurigai. Tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Mereka juga cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan.
2. Dia juga tidak punya masa untuk main sembunyi-sembunyi. Sebaliknya berterus-terang dan mahu anda mempercayai kata-katanya. Sekiranya dicurigai dia kecewa dan boleh bertindak. Contohnya seorang suami yang sejujurnya tidak ada skandal di luar tetapi jika isterinya tidak habis-habis mencurigai, dia boleh bertindak seperti apa yang dikatakan isterinya.
3. Dia seorang yang cemerlang dalam apa yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi percayalah lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
4. Dia seorang yang kuat pegangan agamnya. Tidak dinafikan lelaki yang kuat beribadat tidak terlepas daripada godaan syaitan. Namun lelaki ini lebih baik berbanding yang tidak peduli dengan agamanya.
5. Seorang yang mengambil berat tentang keluarganya. Lelaki yang baik pastinya seorang yang amat disenangi seluruh ahli keluarganya. Tumpuanya juga kepada kerjaya, keluarga dan Allah. Gabungan ketiga-tiganya menjadikan dia seorang lelaki sempurna dan tidak ada masa untuk melakukan perkara yang bukan-bukan.
6. Lelaki yang jujur juga tidak semestinya yang pandai menguruskan rumah tangga. Namun dia miliki kelebihan lain seperti pandai berjenaka dan membuatkan rumah tangga anda meriah dan gembira. Itu sudah cukup.
7. Tidak semestinya dia seorang yang menghadiahkan anda bunga tetapi selalu berbelanja untuk anda dan anak-anak seperti makan di luar.
8. Lelaki yang jujur tidak semestinya pandai memujuk tetapi bijak bertoleransi apabila diminta membantu.
9. Wahai wanita, ketepikanlah segala kekurangan lelaki sebaliknya ambillah kelebihannya. Pasti anda akan sentiasa bersyukur dan bertuah memiliki seorang suami seperti itu.
10. Janganlah mengharapkan yang terlalu berlebihan daripada seorang lelaki kerana lelaki tetap lelaki dan Allah menjadikan mereka dengan sebegitu dan tidaklah perlu dipersoalkan mengenai kejadian mereka. Terimalah lelaki selayaknya dan seadanya.
Lelaki dan wanita dijadikan berpasang-pasang. Saling memerlukan di antara satu sama lain. Tidak hairanlah apabila wanita dikatakan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknua kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim-
Kutemukan Engkau Disetiap Tahajudku
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.