Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Berikut adalah tarikh-tarikh
penting dalam kalendar Islam yang merupakan hari kebesaran, hari sambutan dan
hari bersejarah bagi umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
12 Rabiulawal - Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah
keputeraan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Hari ini jatuh pada
hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin
(Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan
23 April 571.
27 Rejab - Israk dan Mikraj
Peristiwa
Israk dan Mikraj Nabi
Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam terjadi pada 27 Rejab tahun
ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu
dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M
iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke
Madinah.
Israk Mikraj adalah
satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi Wa sallam telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke
Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas
tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku
hanya dalam satu malam.
1 Ramadan - Awal Ramadan/Berpuasa
Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah.
Sepanjang bulan Ramadan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa bermula dari
terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Bulan yang penuh barakah buat
umat Islam.
17 Ramadhan - Nuzul al-Quran
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang
pertama kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan
seterusnya secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana
kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul
Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan
Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam ketika baginda sedang
beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Perkataan
"Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut
bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi
Wa sallam maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam
Ayat al-Quran yang
mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa
sallam melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama
daripada Surah Al-Alaq.
1 Syawal - Hari Raya Puasa/Aidilfitri
Hari
Raya Aidilfitri disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa,
Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan
yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya
bulan Ramadan setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan.
10 Zulhijjah - Hari Raya Korban/Aidiladha
Hari
Raya Aidiladha atau Hari Raya
Haji atau Hari Raya Korban merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
Islam di seluruh dunia pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap
tahun.
Bermula dengan Takbir
Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta
khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban
yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Ketiga-tiga hari ini juga dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah
perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati
kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah SWT dan
kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
1 Muharam - Awal Muharam/Maal Hijrah
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting
bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah
Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa
sallam dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah
itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun begitu,
Tahun Hijrah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dari Mekah ke
Madinah itu yang diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Berikut pula adalah antara tarikh-tarikh penting lain dalam
sejarah Islam namun ianya tidaklah menjadi satu hari sambutan yang besar bagi
umat Islam:
- 10 Muharram - Hari 'Asyura (Hari
Kematian Saidina Hussain bin Ali, cucu Rasulullah SAW)
- 1 Rabiul Awal - Nabi Muhammad SAW
dilantik menjadi Rasul
- 2,3&4 Rabiul Awal - Rasulullah
bersembunyi di Gua Hira'
- 8 Rabiul Awal - Pembinaan Masjid
Quba' (Masjid pertama dalam sejarah Islam)
- 12 Rabiul Awal - Hari Kewafatan
Baginda Rasulullah
- 12 Rabiul Awal - Nabi
bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan
Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam.
- 8 Jamadil Awal - Hari kelahiran
Saidina Ali bin Abi Talib
- 8 Jamadil Akhir - Saidina Umar
dilantik menjadi Khalifah kedua
- 20 Jamadil Akhir - Tarikh
kelahiran Siti Fatimah
- 28 Jamadil Akhir - Wafatnya
Saidina Abu Bakar
- 14 Syaban - Malam Nifsu Sya'ban
- 15 Syaban - Pertukaran Kiblat dari
Masjid Al-Aqsa ke Kaabah Masjidul Haram
- 8 Ramadan - Perang Badar
- 10 Ramadan - Pembukaan Makkah
- 17 Ramadan - Pembunuhan Saidina
Ali di Kufah
- 5 Syawal - Perang Uhud
- 1 Zulhijjah - Hari menentukan
tarikh untuk Hari Raya Aidiladha
- 8 Zulhijjah - Hari Haji Wida' Nabi
yang terakhir
- 18 Zulhijjah 23H - Saidina Othman
mati di bunuh
- 29 Zulhijjah - Saidina Omar mati
di bunuh
Sila ke link berikut untuk seleksi:
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan
Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang
banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.