Ini cadangan kami
untuk anda para gadis di luar sana yang mahu meningkatkan keyakinan diri di
dalam dunia yang penuh dengan cabaran & pancaroba — juga jejaka kacak untuk
ditawan.
1. Amalkan Pemakanan
Sihat (Serius?)
Ya,
kami serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari
anda anda mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan
membuatkan anda lebih yakin dengan diri tanpa anda sedari. Dan ianya juga baik
untuk kesihatan jangkamasa panjang.
2. Jadikan Rutin Untuk
Bangun Awal Pagi
Jangan
panggil enteng kesan bangun awal pagi kepada diri anda. Sains menunjukkan otak
kita akan mengalami fasa optimum 2 jam selepas bangun tidur, jika anda bangun
lebih awal, lebih cepat untuk anda merasa lebih yakin untuk bertemu dengan
rakan sepejabat atau pun di kolej.
3. Pastikan Anda
Bersenam, Setiap Hari
Walaupun
hanya 10 minit berjalan kaki sekitar kediaman atau hey, sekadar mengemas rumah.
Ianya akan membantu diri anda secara mental & fizikal sekaligus
meningkatkan keyakinan anda hari demi hari. Cara ini paling kami sarankan.
4. Baiki Postur Badan,
Gaya Jalan
Ini
akan mengambil sedikit masa (seperti tips yang lain sebenarnya), jika anda
fokuskan diri anda untuk mempunyai postur badan yang lebih baik dan berjalan
dengan gaya peragawati di atas pentas fesyen, anda akan nampak lebih kurus dan
berkeyakinan. Dari jauh pun orang lain boleh hidu, so tighten your core, stand
or sit up straight.
5. Luang Masa Bantu
Orang Lain
Paling
mudah ahli keluarga atau rakan rapat anda sendiri. Jika anda luangkan masa dan
tenaga membantu orang lain yang memerlukan, ianya akan membina keyakinan diri
anda. Membantu orang lain tunjukkan diri anda yang tidak pentingkan diri dan
personaliti yang baik. Lagipun, ianya satu perkara yang mulia ‘kan?
6. Jaga Kecantikan
Diri, Kulit Muka
Bukanlah
kerana dunia ini penuh materialistik tetapi lebih kepada membina kepercayaan
& keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Anda pastinya
tidak mahu bertemu si dia yang diminati dengan wajah kusam ‘kan?
7. Senyum!
Mulakan
hari anda dengan senyuman dan hey, jangan kedekut senyuman dengan sesiapa pun.
Kajian menunjukkan jika anda suka senyum dan positif dalam hidup, kejayaan akan
datang bergolek dan pastinya anda akan lebih berkeyakinan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.