"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.
Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan”
Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada
penghabisan umur”
APAKAH TENAGA DALAM?
Tenaga Dalaman ialah
tenaga berasal dari dalam tubuh yang setelah diproses dengan beberapa teknik,
tenaga dalaman seseorang itu akan muncul dan dipindah keluar. Semua orang
mempunyai tenaga dalaman tetapi mereka tidak mengendahkan kelebihannya.
Apakah tenaga yang
keluar dari tubuh kita?
Mengenai hal ini, mari
kita lihat alam sekeliling kita. Semua benda hidup mempunyai medan
elektromagnet dan begitu jugalah struktur benda. Dunia Sains barat sukar untuk
mengakui kewujudan teori ‘dimensi’ kerana ia bukan benda yang boleh ditimbang
atau disukat.
Walaubagaimanapun,
tubuh manusia adalah yang pertama menghasilkan medan tenaga dan kita mempunyai
bukti untuk menyokong perkara ini, seperti haba yang boleh menyerap/menyebar
dan boleh diukur dengan termometer. Jantung kita memberi respon kepada tenaga
elektrik dan diukur dengan elektrocardiograms. Sekarang, para saintismula
bersetuju dan mengakui bahawa elektrik, magnetisma, haba, bunyi dan cahaya
membentuk medan tenaga sekeliling tubuh fizikal kita. Jadi manusia lebih dari
sekadar tubuh sahaja. Ianya adalah kuasa elektromagnetik yang dinamik bersama
dengan aura.
kelebihannya:
1. Mampu menyembuhkan.
2. Menembus apa saja.
3. Menyertai sinar
matahari.
4. Mempunyai sifat
yang mirip dengan energi lain, tapi merupakan daya lain bagi dirinya sendiri.
5. Bermuatan dan dapat
dipantulkan oleh cermin.
6. Dikeluarkan oleh
tubuh manusia dan dapat dikesan, khasnya dengan hujung jari atau mata.
7. Dapat dialirkan
melalui media tertentu, seperti besi dan benang sutera.
8. Dapat disimpan
dalam benda mati seperti air dan batu.
9. Beradaptasi dalam
perubahan cuaca.
10. Dapat dikendalikan
oleh fikiran.
11. Mampu mempengaruhi
secara jarak jauh dan menghasilkan berbagai fenomena paranormal.
12. Dapat digunakan
untuk tujuan yang baik atau buruk.
kelebihan lain:
1. Pertahanan diri
2. Meningkatkan
kesihatan
3. Rawatan alternatif
diri sendiri dan orang lain
4. Meditasi
5. Mengesan kekuatan
(getaran) jarak dekat dan jauh.
6. Mengirim kekuatan
(Transfer Power) jarak dekat dan jauh
7. Membuat diri kebal
akan pukulan dan senjata tajam
8. Pemecahan
benda-benda keras
9. Menyerang dan
bertahan dengan menggunakan tenaga dalam
… dan banyak lagi
Sebelum manusia
mengenal elektrik, ternyata Allah telah menggelarkan elektrik dalam tubuh
manusia secara sangat canggih, bahkan sejak dari dihadirkannya manusia pertama
di bumi. Sel-sel dalam tubuh manusia yang jumlahnya lebih dari satu trilion
masing-masing mempunyai muatan elektrik sebanyak 90 mv dengan muatan positif
diluar membran sel dan muatan negatif di dalamnya. Bila boleh dibuat hubungan
seri dalam masalah bekalan elektrik antara satu sel dengan sel yang lain maka
memang tubuh manusia mempunyai potensi yang sangat besar dalam menghasilkan
voltan elektrik. Misalnya untuk menghasilkan voltan 220 V (voltan elektrik
rumah tangga) diperlukan hubungan siri 2500 sel saja, sedangkan tubuh manusia
mengandungi lebih daripada 1 trilion sel. Apakah hal yang demikian dapat
dilakukan dalam tubuh manusia?
Entahlah. Tetapi
memang ada diberitakan orang boleh menyalakan bola lampu hanya dengan memegang
kutub-kutubnya, sehingga kiranya memang bukan hal yang sangat mustahil, sebab
bahan asasnya memang telah tersedia dalam tubuh manusia itu sendiri.
Sudah sejak lama dunia
Perubatan memanfaatkan peristiwa elektrik tubuh ini untuk keperluan diagnostik
misalnya pencatatan peristiwa elektrik:
- Otak yang disebut
elektroensefalografi (EEG).
- Jantung yang
disebut elektrokardiografi (EKG / ECG).
- Otot yang disebut
Elektromyografi (EMG).
Telah dikemukakan
bahawa semua aktiviti fisiologi dalam tubuh manusia berkaitan dengan peristiwa
elektrik. Penyerang dengan emosinya yang berkobar dan maksud jahatnya untuk
mencelakakan yang akan diserang, akan mempolakan cara menyerang dalam otaknya
dan kemudian mewujudkannya dengan pengerahan kekuatan otot yang cukup besar.
Kesemuanya ini
berkaitan dengan peristiwa elektrik dalam tubuhnya. Makin kuat emosi dan makin
keras usahanya untuk mencelakakan makin besar terbangkitnya peristiwa elektrik
dalam tubuhnya. Penjanaan peristiwa elektrik dalam tubuh yang diluar
kebiasaannya ini akan menghasilkan gelombang elektromagnet yang berbeza
berjalan dengan gelombang elektromagnetik orang bertenaga dalam yang akan
diserang, akibatnya ialah gelombang elektromagnetik penyerang mengalami
perubahan (terinduksi), dengan akibat lebih lanjut menjadi kacaunya peristiwa
elektrik dalam tubuhnya, dengan akibat lebih lanjut lagi iaitu menjadi kacaunya
gerakan menyerangnya, yang wujudnya ialah menjadi terpentalnya penyerang
tersebut.
Keadaannya kiranya
sama dengan jarum kompas yang didekatkan dengan letak yang tidak sesuai dengan
arah gelombang elektromagnetik gegelung tersebut di atas, yang akan menyebabkan
jarum kompas itu bergerak.
Bila orang yang
diserang tidak mempunyai tenaga dalam, peristiwa tersebut di atas tidak akan
terjadi oleh kerana orang yang tidak mempunyai tenaga dalam tidak memancarkan
gelombang elektromagnetik. Lalu soalan seterusnya ialah: Mengapa bukan orang
yang bertenaga dalam yang mental oleh pengaruh gelombang elektromagnetik orang
yang menyerang?
Hal itu pada umumnya
tidak akan terjadi oleh kerana orang yang akan diserang biasanya berada dalam
kedudukan badan yang lebih stabil dan akan lebih baik lagi bila orang itu juga
berada dalam keadaan emosi yang tenang. Di samping itu gelombang elektromagnetik
orang yang bertenaga dalam adalah lebih besar, sudah mapan dan mantap (selalu
ada) berbanding dengan gelombang elektromagnet "bangkitan sewaktu"
dari orang yang sedang beremosi.
Makin besar tenaga
dalam yang dimiliki orang yang akan diserang, makin tebal selubung gelombang
elektromagnetiknya, sehingga semakin sukar bagi penyerang untuk mendekati orang
yang akan diserangnya. Ibaratnya jarum kompas (apalagi jarum kompas
"bangkitan sewaktu") tidak akan mampu menggerakkan besi magnet dan
semakin besar magnet itu maka jarum kompas yang didekatkan kepadanya sudah
bergerak walaupun jaraknya masih jauh.
Kalau orang tersebut
tidak bermaksud menyerang, sekalipun ia mengerahkan kekuatan otot yang cukup
besar, gerakannya tidak akan menjadi kacau oleh kerana arah gelombang
elektromagnetiknya mengikut dengan gelombang elektromagnet orang yang mempunyai
tenaga dalam tersebut.
Keadaannya sama dengan
jarum kompas yang terletak berhampiran pada kumparan kawat dengan arus elektrik
mengikut dengan kedudukan sedemikian rupa sehingga arah gelombang
elektromagnetik gegelung sama dengan arah gelombang magnet jarum kompas itu,
sebagaimana telah dikemukakan di bahagian depan.
Soalan seterusnya
ialah bagaimana bila si penyerang itu juga bertenaga dalam? Nah perlu diketahui
bahawa sesama tenaga dalam adalah gelombang elektromagnetik yang searah
sehingga tidak akan saling berbenturan. Yang akan bertembung ialah gelombang
elektromagnetik "bangkitan sewaktu" hasil dari luapan emosi seseorang
terhadap gelombang elektromagnetik tenaga dalam orang lain.
sekian ..
terima kasih..
terima kasih..
info lanjut sila lawati blog dibawah:
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.