Gelaran bagi duit ini agak ganjil
dan kenapa ianya digelar duit wali 7 ? Satu ketika dahulu duit ini di cari
kerana ada pihak yang percaya duit ini boleh mendatangkan rezeki dengan cara
ghaib,boleh di buat sebagai medium untuk nombor dan ada juga mengunakannya
sebagai azimat pemurah rezeki atau pelaris.
Duit Yasin 7 dari jenis yang
berlainan
Duit jenis ini dicari dan diburu
kerana ada pihak yang mempercayai ianya untuk mendatangkan rezeki,selain
dinamakan duit yasin tujuh ianya juga dikenali dengan nama duit khidir kerana
terdapat ukiran khidir pada duit itu.Lambang yang terdapat disimbolikkan
sebagai seseorang membawa sesuatu yang diistilahkan sebagai membawa rezeki
kepada pemiliknya.Guru atau tukang yang dikatakan dapat mengujudkan
rezeki(duit)perlu tahu simbol yang terdapat pada setiap siling yang digunakan
bagi tujuan tersebut.Begitulah juga pada satu ketika dahulu duit kertas RM10
kerbau membajak sawah digunakan untuk tujuan tarik rezeki.Kerbau disimbolkan
sebagai satu usaha,najis dari kerbau yang sedang membajak menyuburkan
sawah,padi dari sebutir menghasilkan setangkai padi dan bayangkan kalau seluruh
sawah ditaburkan padi maka hasilnya menghasilkan tangkai2 padi yang banyak.
Duit Yasin 5 juga dahulunya
dikatakan mempunyai nilai mistiknya yang tersendiri.
Salah satu jenis duit Yasin 1
setakat ini yang saya ketahui adalah 2 jenis duit yasin
Gambar yang dipaparkan adalah siling
Yasin 3.
Diatas permintaan saudara Jieman
yang pernah mengutarakan kepada saya mengenai duit yasin maka disini saya cuba
penuhi permintaan beliau dan mungkin ada juga pihak lain yang berminat untuk
mengetahui prihal duit Yasin ini dan ada yang mengetahui mengenainya yang sudi
berkongsi pendapat dengan kami semua.Satu ketika dahulu bahkan kini ada beberapa jenis duit yasin atau
sejenis dengannya dicari untuk sesuatu tujuan.
Untuk kali ini saya pamerkan duit
Yasin 1
Siling 1/2 pada zaman penjajah
dahulu.
Satu lagi duit siling 3/4 sen yang
hanya mempunyai nilai antic
jarang
juga dah orang yang ada menyimpan duit lama begini.Dahulunya duit ini ada nilai
tapi sekarang hanya bernilai dari sudut antik saja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.