Thursday, January 15, 2015

Ayat Al Quran Memuntah Dan Antibiotik Melawan Penyakit

Daku Amat Menyintai Mu

MENJADI ummat Islam merupakan sebesar-besar nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada makhluk bernama manusia. Menerusi Islam manusia mengenal Tuhan yang menciptanya dari tiada kepada ada dan seterusnya kembali kepada-Nya apabila tiba ajal yang telah ditentukan ke atas setiap manusia. Dengan Islam manusia menyembah Tuhan tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun yang menjadi fitrah asas bagi setiap roh. 

Ayat al- Quran mustajab untuk memuntahkan
Serta menjadi antibiotik dalam melawan penyakit

Dan menerusi Islam, manusia MEMINTA secara terus atau langsung kepada Tuhan tanpa menggunakan sebarang perantaraan bagi setiap keperluan dan hajatnya dengan berdoa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar setiap permintaan hamba-Nya dan Allah itu Maha Kaya, tidak akan luak sedikit pun khazanah Allah jika seluruh hajat makhluk dikabulkan-Nya. Tugas makhluk hanyalah berdoa dengan seikhlas mungkin dan setelah itu berbaik sangka kepada Allah, kerana Allah bertindak menurut sangkaan hamba-Nya. Allahu 'alam. 


Daku Amat Menyintai Mu

“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : (Ya Tuhanku), Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani.” (Al-Quran : surah Al-Anbiya (سورة الأنبياء) ayat 83)

Menerusi entri ini daku kongsikan sepotongan ayat al-Quran dari surah al-Anbiyaa ayat 83. Menurut pengamal perawatan Islam, ustaz Sharhan Safie, sesiapa yang membaca ayat ini jika ada penyakit akan 'muntah' (penyakit) dan sesiapa yang tiada penyakit ayat ini akan menjadi antibiotik (melawan penyakit). Bukan doktor yang bagi tetapi Allah s.w.t yang bagi. 

Cara Pengamalannya - ialah dengan meletak tangan kanan di dada belah kiri, tarik nafas, kemudian baca ayat 83 surah al-Anbiyaa, pejam mata dan tarik nafas kemudian niat dalam hati "Ya Allah, Ya Tuhanku, muntahkanlah segala penyakit yang ada di dalam tubuh badanku dan campakkanlah antibiotik ke dalam tubuh badanku," dan tarik nafas sekali lagi. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.