Ketahui 6 Penawar Rasa Sakit Hati,
Yang Jika Dibiarkan Boleh Membinasakan Diri
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam. Dari masalah yang simplehingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya. Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, pengabaian, adanya konflik atau ketidakserasian, sehinggalah sebab iri hati dan dengki. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan dirinya tidak akan ceria. Lebih parah lagi, apabila perkara ini dapat menjauhkan manusia dari Rabb-Nya. Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana hendak menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada diri sendiri? Berikut petua-petua yang boleh kita pakai untuk menjadi penawar rasa sakit hati :
1. Muhasabah diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tidak bermaksud untuk menyakiti kita. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian. Jangan-jangan kerana kita sendiri yang telah membuat salah kepadanya.
2. Menjauhkan diri dari sifat iri hati dan hasad dengki
Iri hati dan hasad dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi Syaitan untuk memasuki hati manusia. begitu juga dengan angan–angan yang berlebihan, bolrh membuat seseorang buta hati dan tuli pada kebenaran. Bila tidak dilandaskan iman, seseorang yang terlalu asyik berangan–angan cenderung akan melakukan apa sahaja cara untuk mendapatkan apa yang diangankannya.
Demikian sifat iri hati dan hasad dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, sanjungan dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat-sifat ini. Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang dan tidak puas. Dia selalu memandang ke atas dan tidak rela melihat orang lain memiliki nikmat melebihi dirinya. Maka buanglah terlebih dahulu sikap terlalu cinta pada dunia, sehingga sifat iri hati dan hasad dengki pun menghilang.
3. Menjauhkan diri dari sifat amarah dan keras hati
Bila rasa amarah telah menguasai dalam hati manusia, dia mungkin boleh bertindak di luar pertimbangan akal yang waras. Jika akal sudah lemah maka tinggallah hawa nafsu dan Syaitan yang berleluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia. Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya seperti anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk sifat pemaaf
“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Al-Quran : surah An-Nuur (سورة النور ) ayat 22)
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hamba-Nya. Tak kira sama ada sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba namun jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh (taubat nasuha), maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya bersikap keras hati atau berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan bersikap pemaaf hati kita akan terasa lebih lapang dan tenang.
Nabi s.a.w bersabda; “Bertakwalah kepada Allah dimana engkau berada, tindak lanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan terindah. Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tidak terhingga. Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati disakiti oleh orang lain. Tapi, biarpun luka di hati itu kecil atau besar kita tidak akan benar-benar bahagia sebelum memberi kemaafan. Orang yang memberi kemaafan dengan ikhlas akan terlepas daripada perasaan dendam dan sakit hati. Ketenangan hati dan kelapangan jiwa akan wujud dalam dirinya.
5. Husnuzon (bersangka baik)
Allah s.w.t berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Quran : surah Al-Hujurat (سورة الحجرات) ayat 12)
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain dan mengatakan dirinya lebih baik. Tentu, perkara ini tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan diri
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas adalah meniatkan segala tindakannya kepada Allah s.w.t semata-mata. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahan maka dia pun bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba-Nya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinya untuk selalu menyerahkan segala-galanya hanya kepada Allah s.w.t. Hanya kepada-Nyalah dia bergantung harapan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.