Sunday, October 19, 2014

JADIKAN HARI INI HARI YANG BERTUAH..


Setiap pagi semasa anda memulakan hari anda, pastikan solat subuh anda ditunaikan dan doalah moga pagi ini bermulanya detik permulaan hidup yang lebih bahagia dan berjaya.. subuh adalah suis kehidupan.. mulakan suis dgn sempurna dan segalanya akan kelihatan lebih mudah untuk kita..

Kemudian apabila sampai ke tempat kerja atau baru nak memulakan apa jua tujuan anda pada hari itu maka doa moga dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan luar biasa untuk menyelesaikan apa jua masalah yang mendatang. Apabila kita meminta kekuatan dari tuhan yang mempunyai sumber segala kekuatan ia sudah mencukupi untuk seseorang itu yakin yang ianya tidak bersendirian di dunia ini.. 


We are not alone.. we may praise the super power and guidance from the Almighty.. dan masa itu iktikad dan keyakinan kita terhadap kepercayaan (faith) menjadikan dunia ini lebih mudah.

Saya percaya apabila kita berfikiran positif, yakin dengan kuasa tuhan, insyaallah Allah akan yakinkan kita untuk mendepani segala cabaran yang mendatang.. Doalah yang terbaik untuk diri kita sendiri.. usah doakan yang negatif.. doa atau niat maupun keluhan perlu diawasi sentiasa.. percaya kepada kuasa Tuhan melebihi segalanya menjadikan kita bebas dari segala belenggu dunia.. 


Yang miskin menjadi tenang, yang susah menjadi senang, yang derita menjadi aman dan sesungguhnya dunia ini hanyalah pentas ujian buat orang2 beriman sebelum diganjarkan syurga yang hebat, gah dan kekal abadi selamanya..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.