Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umatIslam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islamiaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah keMadinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharamtahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.Sumber: Wikipedia
Doa Akhir Tahun Maal Hijrah
- Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
- Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca Doa Akhir Tahun ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Doa Awal Tahun Maal Hijrah
- Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram 1435 (Hari Isnin malam Selasa).
- Barangsiapa membaca doa Awal Tahun ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah Taala dan Nabi Junjungan kita Rasulullah S.A.W. Kecintaan kita kepada Allah Taala Dan Rasulullah agar dapat di perkukuhkan. Tranformasikan juga kehidupan kita supaya sempena Maal Hijrah ini agar segala amalan dan ketakwaan kita kepadaNya mendapat ganjaran pahala dan keberkatan. Saya berdoa agar anda semua dilindungi oleh Allah Taala.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.