Friday, October 10, 2014

BAHAYA GOOGLE STREET VIEW DAN CARA MEMADAMKAN LOKASI RUMAH ANDA



PENGUMUMAN oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia boleh dilihat di laman Google Street View telah mengundang pelbagai reaksi.

Memetik laporan portal Astro Awani, rata-rata berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

“Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah,” tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, “Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak.”

Komen-komen ini dipetik dari laman Facebook Astro Awani.

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

“Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini,” tulis beliau.

Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.

“Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut,” tulisnya.

Pada majlis pengumuman perkembangan terkini Google Street View, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata imej dirakam di jalan raya awam dan mereka menitikberatkan isu privasi. Muka-muka orang awam dan plat kenderaan dikaburkan.

Pengguna boleh melaporkan jika mereka tidak senang dengan imej-imej yang dipaparkan di Google Street View.

Sumber


Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View

Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna berjalan di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya. Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!

Tetapi dengan adanya teknologi ini, anda terdedah dengan bahaya! Penjenayah boleh nampak jenis kereta yang anda pakai, berapa banyak buah kereta anda, pintu pagar selalu berkunci atau tidak dan macam-macam lagi maklumat. Privasi anda telah dicereboh!

Ini adalah cara untuk memadam rumah anda dari Google Street View. Hanya ada 5 langkah sahaja.

2. Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View

3. Cari gambar yang ingin anda kaburkan.

4. Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.

5. Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.

Kongsi kepada rakan-rakan anda supaya privasi anda tidak dicereboh.
SHARE jika bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.