Monday, September 8, 2014

Penumpang pesawat sakit jantung gagal dirawat kerana dadanya terlalu banyak bulu

 2/9/14
Southwest Airlines (Foto: Dallas News) 
Southwest Airlines (Foto: Dallas News) 
  WASHINGTON - Seorang   lelaki yang terkena serangan jantung di atas penerbangan Southwest Airline, meninggal kerana alasan yang leceh. Lelaki itu tidak dapat ditolong kerana peramugari enggan menolong, dengan alasan dadanya memiliki bulu lebat.

Peristiwa ini terjadi ketika Jack Jordan tiba-tiba saja menderita serangan jantung di atas pesawat. Isterinya, Caroline Jordan yang bersama dengannya, segera meminta pertolongan kepada peramugari.

Mulanya lelaki berusia 62 tahun itu  cuba ditolong dengan pernafasan buatan, namun hal tersebut gagal. Ketika sang isteri meminta digunakan alat pengejut, peramugari tersebut terus menolak.

"Peramugari yang berada di sana menolak memberikan pertolongan, kerana dadanya (Jack Jordan) terlalu banyak bulu," ujar Caroline Jordan, kepada kantor berita KOAT, seperti dikutip Daily Mail, Isnin (1/9/2014).

"Saya tidak mengharapkan peramugari atau syarikat perkapalan itu menyediakan jururawat atau doktor. Tetapi dalam situasi mendadak, mereka seharusnya menggunakan alat itu," jelasnya.

Caroline menambahkan, mereka yang ada di dalam pesawat itu akhirnya mencukur bulu dada suaminya. Namun ketika alat pengejut itu dipasangkan, sang suami sudah meninggal  . okezone


Al-Quran Amazing mengikut resam Uthmani dan juga terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Dapatkannya disini:

INGINKAN PROJEK YANG SEUMPAMA MESIN ATM?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.