Sebelum kita jelaskan
bentuk–bentuk judi masa lalu dan kini ada baiknya kita renungi sejenak pengertian
judi menurut ulama fuqaha (ulama fiqh)dan dua ayat di dalam al-qur’an surat
al-Maidah ayat 90-91
PENGERTIAN JUDI :
Judi
dalam hukum syar’i disebut maysir dan qimar adalah “transaksi yang dilakukan
oleh dua belah untuk pemilikan suatu barang atau jasa yang menguntungkan satu
pihak dan merugikan pihak lain dengan cara mengaitkan transaksi tersebut dengan
suatu aksi atau peristiwa”.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ
وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ
الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ
ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُون
Hai orang–orang yang beriman sesungguhnya arak,judi,berhala dan
mengundi nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. sesungguhnya syaitan
itu bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak
dan berjudi itu, menghalangi kamu dari mengingat Allah dan shalat; maka
berhentilah kamu .(Q.S; Al –Maidah: 90-91)
Sebenarnya
kalau dinalar berjudi memang merugikan karena secara
matematika peluang untuk menang berjudi itu sangat kecil, apalagi
kalau pemainnya banyak. Memang banyak alasan logis (dan ilmiah) di balik
larangan maupun anjuran dalam agama Islam. Allah SWT telah memperingatkan dgn
tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 – 91 yang saya
telah sebutkan di atas tadi, Allah Swt berfirman Dalam Surat Al
Maidah ayat 2 yang artinya “…..Dan tolong menolonglah
kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam
berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya
Allah amat berat siksa-Nya.”
Dengan kita ikut
bermain maka kita juga ikut berperan aktif dalam meramaikan perjudian itu
sendiri. Dan Sarat suatu hal dikatakan sebagai sebuah judi menurut agama
adalah : 1. adanya harta yang dipertaruhkan. 2. adanya suatu permainan yang
digunakan untuk menentukan pihak yang menang dan pihak yang kalah. 3. pihak
yang menang akan mengambil harta (yang menjadi taruhan) dari pihak yang kalah
(kehilangan hartanya).
“Mereka bertanya kepadamu
tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat
dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar
dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)
Berdasarkan hadits nabi “Barangsiapa
berkata kepada saudaranya marilah kita bermain judi, maka hendaklah dia
bersedekah.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Berdasarkan dalil-dali di atas dapat disimpulkan bahawa
Islam menjadikan judi sebagai satu kesalahan yang serius dan memandang hina apa
jua bentuk judi. Ini dapat dilihat dari petunjuk petunjuk berikut: Judi
disebut dan diharamkan bersama dengan perbuatan minum arak, berkorban untuk
berhala (syirik) dan menenung nasib. Kesemua ini adalah dosa besar di dalam
Islam.
1.
Judi disifatkan sebagai najis untuk menggambarkan kekejiannya.
2.
Kehinaan judi diperkuatkan dengan pernyataan bahawa ia adalah
amalan syaitan.
3.
Allah menggunakan perkataan ‘Jauhilah’ untuk
menunjukkan pengharamannya. Perintah menjauhi judi lebih keras dari mengatakan
bahawa ia adalah haram. artinya umat Islam bukan hanya dituntut untuk tidak
berjudi tetapi juga tidak mendekatinya atau apa jua jalan kepadanya. Ini sama
seperti larangan dari mendekati zina.
4.
Allah sertakan dalam ayat pengharaman itu, akibat-akibat buruk
dari berjudi.
5.
Akibat buruk yang dinyatakan berkaitan dengan perkara yang
dianggap penting dalam Islam iaitu menjaga kesatuan, persaudaraan dan
mendirikan solat. Oleh kerana perkara ini adalah penting dalam Islam, maka apa
jua yang boleh merosakkannya adalah suatu yang dipandang berat.
6.
Dalam Al-Maidah : 90-91, Allah bukan hanya perintah agar
menjauhi judi bahkan Ia memperkuatkan perintah tersebut dengan seruan agar
meninggalkannya sebagai penegasan.
7.
Siapa yang mengajak saudaranya berjudi sahaja, diperinthkan oleh
Rasulullah s.a.w bersedekah sebagai kafarah terhadap dosanya apa lagi jika
melakukannya.
Oleh karena itu pengaharaman judi adalah sesuatu yang tsabit
dengan dalil qat’ii sama seperti pengharaman ke atas babi. artinya dalam apa
jua keadaan dan tempat, judi adalah haram sehingga hari Kiamat. Larangan
terhadapnya tidak dapat ditafsirkan dengan pengertian lain. Apa yang tidak
tsabit secara qat’ii ialah bentuk-bentuk permainan yang dikategorikan sebagai
judi. Dalam aspek ini sememangnya terdapat khilaf dikalangan ulama kerana
permainan selalunya berkembang dari masa ke semasa dan berbeza-beza antara
dahulu dan sekarang dan antara kalangan kaum.
Oleh kerana itu pendirian seorang muslim dalam persoalan judi
ialah untuk menerima ketentuan Allah taala dengan yakin akan keburukan judi.
Walau pun terdapat pelbagai hujah dan kajian saintifik yang dibuat oleh
berbagai pihak bagi menjustifikasikan judi samada untuk tujuan ekonomi, sosial
dan lain-lain. Babi tidak akan boleh menjadi halal walau pun para saintis dapat
membuktikan faedah yang ada padanya. Begitulah juga judi. Seorang muslim wajib
menolak judi dan membrantasnya walau pun ia tidak lihat atau belum lihat
tanda-tanda negatif dari perbuatan judi. Keimanan kita terhadap Allah taala dan
kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah cukup bagi menolak judi samada sikit atau
banyak, untuk tujuan peribadi atau manfaat sosial. Ini sejajar dengan firman
Allah taala yang bermaksud :
“Alif Lam
Mim, (Al-Quran) itu adalah kitab yang tiada keraguan padanya dan petunjuk bagi
orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah : 1-2)
“Demi
tuhankau (Muhammad), sesungguhnya mereka belum beriman sehingga mereka
menjadikan kau sebagai hakim dalam perkara yang mereka berselisih dan tidak
merasa keberatan atas apa yang kamu putuskan dan menerima dengan sepenuhnya”
(An-Nisa’ : 65)
Walaupun begitu ini tidak
bermaksud untuk menghalang umat Islam dari membuat berbagai kajian berkaitan
judi secara objektif. Seperti kajian mengenai kesan judi terhadap
masyarakat, individu dan psikologi penjudi. Hari ini judi sudah
menjadi satu amalan sosial yang biasa, Ia bahkan menjadi satu industri
tersendiri yang memberi pekerjaan pada ratusan tenaga manusia, pendapatan
bilion dolar bagi pemerintah dan syarikat judi, sumbangan bilion dolar juga
kepada kerja kemasyarakatan. Begitu besar manfaat ini, sehingga ia mengaburi
mata dan menggoncang keyakinan adakah benar judi itu hina dan tidak baik? Dalam
hal ini suka dipertegaskan bahawa Islam tidak menafikan kewujudan manfaat dari
judi. Namun judi tetap diharamkan bukan kerana ia tidak ada faedah tetapi
kerana mudarat yang timbul dari berjudi lebih besar dari faedah yang boleh
diraih. Ini dengan jelas dinyatakan dalam Al-Baqarah : 219. Ini
tidak akan berubah walau pun pada hari ini ramai yang berjudi secara suka-suka
atau kecil-kecilan dan judi yang diinstitusikan tidak pula mencetus permusuhan,
pergaduhan dan ibadah kepada Allah taala.
Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai judi, para
ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut:
1.
Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia
atau lebih.
2.
Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.
3.
Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat
dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan mafaat yang ia
pertaruhkan.
Berdasarkan ini para ulama berpendapat bahawa mana-mana permainan yang mana
pemenangnya memperolehi manfaat yang disediakan oleh pihak ketiga, bukan dari
pihak-pihak yang terlibat dalam permainan itu. Permainan seperti ini dinamakan
sebagai pertandingan dan manfaat yang diperolehi dianggap sebagai hadiah. Satu
permainan juga tidak dianggap sebagai judi sekiranya manfaat yang diperolehi
berasal dari satu pihak seperti sekiranya seorang berkata kepada temannya “Jika
kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Akan tetapi jika kamu
kalah, tiada kewajipan atas kamu terhadap saya.” Ini berdasarkan kepada sebuah
hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang mana Rasulullah s.a.w diajak oleh
seorang kafir Quraisy bernama Rukanah untuk bergusti dengan hadiah beberapa
kambing, jika Rasulullah s.a.w menang. Rasulullah s.a.w menerima cabaran itu
dan beliau menang dalam pertandingan.
Di dalam sebuah hadits juga diriwayatkan dari Anas
“Ditanyakan
kepada Anas Apakah kamu bertaruh di masa Rasulullah s.a.w? Apakah Rasulullah
s.a.w bertaruh? Anas menjawab Ya, beliau telah mempertaruhkan seekor kuda yang
dinamakan Sabhah, lalu taruhan itu dimenangkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau
senang terhadap hal itu dan mengaguminya.” (Riwayat Ahmad)
Apa juga permainan yang apabila seorang di antara yang bertaruh menang lalu
mendapatkan taruhan itu sedang bila kalah maka dia berhutang kepada temannya
dianggap sebagai judi yang diharamkan.
Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menulis
bahawa apa yang sekarang ini dinamakan dengan ‘loteri’ adalah semacam cabang
dari perjudian juga, yang mana tidak seharusnya dipandang remeh serat
membolehkannya atas nama badan bantuan sosial dan kerana tujuan-tujuan
kemanusiaan. Sebenarnya orang-orang yang membolehkan bermain loteri kerana
tujuan-tujuna yang tersebut seperti orang-orang yang mengumpul dana sumbangan
kerana tujuan-tujuan khairat dnegan mengadakan majlis-majlis joget dan
pertunjukan seni yang haram. Sebaik-baiknya kita katakan kepada orang ini
sebagaimana yang disabdakan oleh nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud “Sesungguhnya Allah itu Baik, Dia tidak
akan menerima kecuali yang baik-baik sahaja” (Riwayat Muslim)[5]
“Sesungguhnya Allah itu Suci, tidak menerima melainkan
yang suci.”(Riwayat Muslim)
Kesimpulan
1.
Islam adalah agama yang sejajar dengan fitrah manusia. Oleh itu
Islam mengharuskan hiburan dan berbagai permainan. Mengikut prinsip hukum
Islam, apa lagi hiburan dan permainan adalah halal kecuali ada dalil yang
menjadikannya haram. Atas dasar ini, pada hakikatnya terdapat pelbagai hiburan
dan permainan yang manusia boleh menceburinya dibandingkan apa yang tidak
dibenarkan. Oleh itu, adalah satu kesilapan untuk mentohmah Islam sebagai satu
agama yang sempit dan jumud kerana sikap tegasnya terhadap judi. Islam melarang
judi kerana ia menjadikan manusia menggantungkan harapannya kepada nasib,
keuntungan yang tiba-tiba serta cita-cita kosong bukan kepada pekerjaan dan
usaha melalui sebab musabab yang ditentukan oleh Allah taala.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.