Ulama
tersohor Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi pernah menyebut, roh tidak akan
mencampuri urusan dunia yang sudah tidak lagi berguna kepadanya.
Dalam
erti kata lain, roh berada di suatu alam lain dinamakan alam barzakh
yang kehidupannya jauh beza dengan kehidupan di dunia.
“Alam
ini adalah jangka waktu antara kematian dengan hari kiamat. Roh orang
yang beriman akan menerima balasan yang baik di alam barzakh manakala
roh daripada golongan yang gemar membuat maksiat akan diazab.
“Dalam
satu hadis sahih sudah dinyatakan, hanya ada tiga perkara yang
menghubungkan dunia dengan roh iaitu sedekah jariah, ilmu yang
bermanfaat dan doa-doa daripada anak-anak yang soleh.
“Tidak
ada gunanya pun jika roh itu boleh kembali ke dunia sekiranya
kepulangan mereka itu tidak memberi manfaat untuk roh mereka sendiri,”
ujarnya.
Sementara
itu, menurut penceramah bebas, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, roh tidak
akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia sama ada dalam
keadaan baik ataupun sebaliknya.
“Dakwaan
roh pulang ke rumah sempena hari-hari tertentu tidak benar. Jika ada
yang pernah melihat makhluk menyerupai si mati dan kedengaran suara
menangis, menurut ulama ia bukanlah roh si mati sebaliknya angkara
jelmaan jin dan syaitan yang menyerupai si mati. Tidak lebih daripada
itu,” jelasnya. Tetapi jin dan syaitan sudah di rantai Inilah 6 Sebab
Kenapa Jin & Syaitan Benci Bulan Ramadhan
Hujahnya itu dirujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99 dan 100 yang bermaksud:
“Hingga
apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir)
dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat
amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali
tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang
diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding
(barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.”
Zaharuddin
berkata, ayat ini jelas memberitahu bahawa barzakh adalah tembok yang
menghalang roh orang yang telah mati daripada kembali ke dunia.
“Begitupun,
ada juga ulama yang berpendapat, roh orang yang telah mati boleh
bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur melalui
mimpi,” katanya.
Sementara
itu, menurut seorang tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din, roh tidak boleh
kembali ke dunia dan manusia juga tidak boleh masuk ke alam barzakh
tanpa sebab.
“Kalau
kita beranggapan roh orang yang telah mati boleh kembali ke dunia dan
boleh ke sana ke mari, seolah-olahnya di alam barzakh itu tiada seksaan
kubur, tiada balasan dan roh-roh ini hidup bebas keluar masuk ke alam
dunia. Anggapan tersebut salah sama sekali.
“Disebabkan
itu, kita harus yakin dan percaya bahawa roh si mati tidak boleh pulang
ke dunia untuk menziarahi keluarga, rumah, kubur dan sebagainya,”
jelasnya.
Tambahnya, hanya pada hari kiamat nanti, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah.
“Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. Roh yang memasukinya akan kekal di dalamnya.
“Ibarat
bayi yang hidup di alam rahim, apabila lahir ke dunia, bolehkah bayi
tersebut kembali ke alam rahim? Sudah tentu tidak,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.