Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Jambatan adalah laluan antara dua daratan yang terpisah, menjadi penghubung kehidupan.
kewujudannya menjadi penyambung dua ikatan yang terpisah. Betapa
besarnya jasa sebuah jambatan. Yang jauh dirapatkan. Yang terpisah
dipertemukan. Menyambung perjalanan yang terhalang.
Jambatan membuka peluang perniagaan. Menggabung dan mengembangkan budaya
serta silaturrahim. Membuka laluan kemasukan dan keluarnya ilmu
pengetahuan, kemajuan serta teknologi. Jambatan juga menjadi penghubung
dan penyebaran agama dan fahaman.
Namun segala yang positif pasti ada negatifnya kerana segala jalinan hubungan dan kemasukan tanpa sebarang sekatan dan pertimbangan pasti akan membawa kemudaratan, kekacauan dan kemusnahan.
Jambatan itu penting sebagai satu keperluan tetapi jangan dibiarkan setiap yang melaluinya bebas tanpa kawalan dan sekatan. Jambatan juga mesti diselenggara dengan baik agar ianya dapat berfungsi dengan baik dan selamat.
Itulah jambatan... ibarat deria dan pancaindera dalam diri kita.
Setiap apa yang kita lihat, dengar, bau, pegang dan rasa akan sampai
kepada otak untuk diproses lalu menjadi tindakan kita seterusnya. Andai "jambatan" ini tidak dijaga dan dikawal sebaiknya pasti akan membawa kepada tindakan yang tidak baik dan sewajarnya.
Di bulan Ramadan yang mulia ini... Jaga dan peliharalah "Jambatan" kita ini agar sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal.
p/s: Jambatan terakhir kita diakhirat kelak, penghubung pintu syurga... mampukah kita melaluinya?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.