Imam Al-Bukhari meriwayatkan :
Maksudnya; "Daripada
Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW
daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika
menggunakan air dalam bekas itu)"
HURAIAN
Dari hadis ini, kita
dapat melihat bagaimana indah dan romantiknya Nabi Saw dengan
Isteri-isterinya. Gambaran romantic ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah
yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga
tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
Mandi yang dimaksudkan
dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa, bahkan
termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib. Dalam
hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
Maksudnya:"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub"
Tindakan nabi SAW ketika
mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama, bahkan Aisyah juga pernah
bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah.
Dan pernah sambil mandi,
mereka bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan
berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang
berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW.
Bahkan dalam hadis yang
lain, Ummu salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi
SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Hal ini berlaku, ketika Baginda
sedang berpuasa.
Dengan ulasan ini,
penilaian yang kita dapat ambil adalah, sebagai manusia yang menjadi
Umat Nabi Muhammad SAW, selayaknya kita mencontohi amalan Rasulullah SAW
ini.
Anggapan yang mengatakan
bahawa mandi bersama-sama dengan Isteri merupakan amalan jelek,
merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran islam.
Bahkan, jika ditanya kepada kaum hawa, pasti mereka akan
merasakan dihargai jika mereka diperlakukan sedemikian oleh suami mereka.
Sebagai isteri pula,
tidak selayaknya kaum hawa menolak apabila di ajak oleh suami mereka
untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak
ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah
amat berbangga dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga
sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.
Sekian
[1] Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253.
[2] Sahih Muslim : 482.
[3] Sahih Muslim : 498.
[4] Sunan An-Nasai : 239.
[5] Mushad Ahmad : 25355
*Sumber dari ahmadraje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.