Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi
itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah
dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika
itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf
seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru
tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad
seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah
kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah
pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya
boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani
Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah
di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di
amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila
nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan
pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah.
Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada
Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci
tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila
pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada
Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi
bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani
Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah
kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila
kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.
Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya
memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari
ini.
Budak
kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di
buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar
pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8
tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula
sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang
menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam.
Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di
dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu.
Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan
Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di
simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu
lama ada disimpan di dalam itu.
Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)
Saya
membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia ,
multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah
keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa
masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun
tak boleh selesai.
Dia
tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi
imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke
jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana,
tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya
selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat
orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya
kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan
tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku
boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
Dia
mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang
kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku
masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh
arah buka”.. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu
perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar
pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah
lebih daripada cukup.”
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.
Sumber: perjuanganku.wordpress.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.