Solat yang kusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan menghayati segala
pengertian dari setiap kalimah yang diucapkan didalam solatnya.Orang
yang lalai ketika menunaikan solat seolah-olah mereka tidak merasa gerun
dan takut melakukan perkara keji dan mungkar.Imam Al-Ghazali menyatakan
bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya dikira sia-sia,kerana tujuan
menunaikan solat selain mengingati Allah SWT ia juga adalah benteng yang
mencegah diri dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.Sebagai
contoh apabila kita
membaca ayat ke-4 dari Surah Al-Fatihah :
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan,hari akhirat
maka tergambar segala kekalutan,kesibukan dan huru-hara manusia
bersesak-sesak di Padang Masyar,ia akan membuatkan diri kita terasa
semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.
membaca ayat ke-5 dari Surah Al Fatihah:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Bererti kita telah memberikan kesetiaan dan pengabadian hanya kepada
Allah SWT,bukannya menjadi penyembah kepada hawa nafsu atau yang
lain-lain.Akhirnya menyebabkan kita tiada keinginan untuk melakukan
perkara yang keji dan mungkar.Bagi orang yang menjadi hamba kepada nafsu
pula mereka akan terus melakukan perbuatan keji dan ini adalah
bercanggah dengan pengakuan ketika solat hanya menyembah Allah SWT
semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
"berapa banyak orang yang mendirikan solat,tetapi yang diperolehinya
hanya penat dan letih,kerana mereka itu lalai dalam solatnya".
Semoga artikel ini bermanfaat dan kita semua mendapat solat yang kusyuk.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.