Monday, June 9, 2014

Berat Roh Manusia = 21 Gram??


Berat Roh Manusia = 21 Gram ??

Semua mengetahui setiap manusia mempunyai roh, dan roh itu memiliki eksistensi fizik tertentu, tetapi bagaimana membuktikannya?

Pada tahun 1907, Dr. Duncan Macdougall melakukan kajian untuk membuktikan hal tersebut. Beliau mencuba untuk mengukur berat dari nyawa manusia. Berat ini diukur menggunakan sejenis alat penimbang khas.

Duncan mengumpulkan 6 pesakitnya yang tenat. Pesakit ini dipilih kerana sakitnya yang mengakibatkan keletihan hebat, jadi kematian mereka tidak banyak gerakan, agar lebih mudah untuk ditimbang. Selepas pesakit-pesakit ini meninggal, tiba-tiba jarum timbangan itu bergerak menurun sebesar tiga perempat ounce (sekitar21gram) untuk setiap pesakit.


Setelah itu dia mencuba eksperimen ke atas 15 ekor anjing. Ternyata selepas anjing tersebut mati, berat badannya tidak berkurang. Ini sesuai dengan anggapan bahawa binatang tidak mempunyai jiwa atau ruh.

Kesimpulan yang dibuat Dr. Duncan, roh manusia memiliki berat, dan saat manusia mati roh meninggalkan tubuhnya.


sumber: gugling-zone.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.