Tips Malam Pertama Menurut Islam sebagai panduan kepada pasangan suami-isteri melayari kenangan yang terindah itu...
Tidak dinafikan ini juga akan berlaku...
Nikah tiga bulan, tapi masih dara
Saya berusia 21 tahun dan mendirikan rumah tangga hampir tiga bulan, tetapi sehingga kini saya masih bergelar anak dara.
Masalah ini berpunca daripada diri saya sendiri yang terlalu ‘takut’ untuk menghadapi situasi malam pertama.
Saya tidak tahan sakit kerana saya mempunyai banyak masalah kesihatan dan sering disuntik di hospital dan klinik.
Masalah
ini membuatkan saya takut untuk menghadapinya. Saya sering berfikir
macam-macam ketika saya dan suami hampir melakukan hubungan seksual.
Suami saya seorang yang sihat dan langsung tiada masalah untuk
mengadakan hubungan.
Pelbagai usaha sudah kami lakukan termasuk bertanya kepada doktor di klinik kesihatan, tetapi masih tidak berhasil.
Bagaimanakah cara untuk menghadapi malam pertama dalam keadaan paling tidak menyakitkan?
Adakah boleh menggunakan bius kerana saya seorang yang tidak tahan sakit?
Adakah
boleh suami saya melakukan penetrasi ketika saya sudah klimaks? Adakah
ini akan mengurangkan kesakitan? Bagaimanakah posisi paling sesuai untuk
mengurangkan kesakitan?
Nurul,
Pahang
Beberapa
pesakit saya mempunyai masalah sedemikian selepas berkahwin selama
lebih lima tahun, namun hampir semua (kecuali satu pasangan) yang tidak
berjaya bersama dalam masa tiga bulan mendapatkan nasihat. Walaupun tiga
bulan kelihatan jauh berbeza dengan lima tahun, perkara yang baik dan
halal usahlah dibiarkan berlanjutan.
Saya
tidak mempunyai teknik khas sewaktu memberikan panduan. Secara amnya,
saya hanya memberikan penerangan mengenai rupa selaput dara yang sebenar
kerana ramai yang menyangka ia seperti dinding yang perlu ditembusi.
Istilah
‘pecah’ atau ‘tebuk’, malah istilah ‘selaput’ itu sendiri juga
mengelirukan. Saya juga akan memeriksa keadaan selaput dara kerana
kadangkala terdapat selaput dara yang pelbagai bentuk yang boleh
menyukarkan penetrasi zakar.
Suami
juga digalakkan hadir bersama bagi mengesahkan sudut penetrasi,
kadangkala kawasan tepi bahagian belakang luka melecet dan ini tambah
menjadikan isteri kesakitan lantas menolak penetrasi. Posisi hubungan,
belaian suami serta bantuan pelincir juga akan dibincangkan.
Lihat ini juga;
12 Tips Malam Pertama Menurut Islam
Malam
pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana
kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami
dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan
isterinya merasa tenang dengannya.
Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :
Kebenaran niat
Hendaklah
niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya,
berdasarkan sabda Rasulullah saw, "Tiga orang yang memiliki hak atas
Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang
budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang
menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga
kehormatannya.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits
Abu Hurairoh)
Berhias dan mempercantik diri.
Hendaknya
seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan
Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa
yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara
keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain,
mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga
mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di
luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan
perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu
juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya
kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang
baik. Firman Allah swt:
“Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya.” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun
demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam
batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan
cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot,
memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali
tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.
Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya
Diriwayatkan
oleh Ahmad di dalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan
berkata, "Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku
mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah.
Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau
meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan
kepalanya kerana malu. Asma berkata, "Maka aku menegurnya.” Dan aku
katakan kepadanya, "Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw.” Asma
berkata, "Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit.”
Mendoakan isterinya.
Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw,
“Apabila
seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang
pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza
wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan :
Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih.
Wahai
Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari
apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu
daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya..”
Melaksanakan solat dua rakaat
Diriwayatkan
Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”
Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan
berdoa,”
Allahumma
Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma
Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin.
Wahai
Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam
diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami
jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”
Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, "Apabila seorang dari kalian
mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,
بِسْمِ اللهِ اَللَّھُمَّ جَنِّبْنَا الشَّیْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّیْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Bismillaahi Alloohumma jannibnasysyaithoona wa jannibisysyaithoona maa rozaktanaa
Ertinya:
“Dengan
Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkan syaitan
untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”
Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri
Diriwayatkan
oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah
saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda,
"Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan
isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang
dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku
bertanya, "Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita
melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun
melakukannya.” Beliau saw bersabda, "Janganlah kalian melakukannya.
Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan
perempuan di jalan lalu (syaitan laki-laki) menutupi (syaitan perempuan)
sementara orang-orang menyaksikannya.
Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama
Apabila
seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya
maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat
mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari
Abi Said al Khudriy berkata, Rasulullah saw bersabda, "Apabila seorang
dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi
maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu.”
Didalam
sebuah riwayat, 'Seperti wudhu hendak solat.' (HR. Muslim) Abu Naim
menambahkan, "Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”
Mandi
lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa
Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli)
isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku
bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan
sekali mandi?’ beliau saw menjawab, “Ini lebih suci. Lebih wangi dan
lebih bersih.”
Sebaik-baiknya
bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu
dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana
diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,
"Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam
keadaan junub?’ beliau saw menjawab, “Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di
dalam sebuah riwayat, “Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah.”
Wudhu
ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana
diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, "Apakah seorang
dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab, “Ya dan
hendaklah dirinya berwudhu jika mau.” Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan
dari Aisyah berkata, “Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub
tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi.”
Dibolehkan
pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari
Aisyah berkata, “Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka
dia berwudhu atau bertayammum.”
Mandi berduaan
Dibolehkan
bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah,
sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,
“Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan
dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku
mengatakan,” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia
berkata, “Mereka berdua dalam keadaan junub.”
Dari
hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat
aurat satu dengan yang lainnya. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh
Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata, “Aku berkata,
“Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’
beliau menjawab, “Jagalah auratmu kecuali terhadap isteri atau budakmu.”
Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk
melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya
berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka
dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.
Bersenda gurau dengan isteri
Dibolehkan
bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur,
sebagaimana sabdanya saw : “Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh
bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu.” (HR.
Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim, “Engkau akan bahagia
dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”
Diantara
senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun
bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh
isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium
dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.
Sebagaimana
terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah
bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata,
“Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar
menuju solat dan tidak berwudhu lagi.” Ini sebagai dalil bahwa mencium
isteri tidaklah membatalkan wudhu.
Dibolehkan ‘Azal
Dibolehkan
bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya
di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan
Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, “Kami melakukan ‘azal sementara
al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, “Kami melakukan ‘azal
pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau
saw tidaklah melarangnya.”
Meskipun
demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azal kerana hal itu
dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal
itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu
memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw,
“Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi
mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya
(jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat.”
Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..
Mengunjungi kerabat pada pagi harinya
Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..
Berdasarkan
hadith Anas berkata, “Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah
dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging.
Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin
(isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan
mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau
lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan....
Sumber: iluvislam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.