7hb Mei 2014
YAB Dato' Sri,
Saya
mewakili orang Melayu yang telah mengundi UMNO ingin melahirkan rasa
terkilan dan dukacita terhadap perkembangan yang berlaku di Tanah Air
kami.
2.
Kami faham betapa getirnya cabaran yang terpaksa diharungi oleh YAB
untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara berbilang bangsa
ini. Kami juga akur bahawa perlu ada "give and take" dan toleransi
sesama kaum.
3.
Pada tanggal 5 Mei yang lalu, genaplah setahun usia kerajaan BN diberi
mandat sekali lagi untuk terus kekal memerintah. Buat pengetahuan YAB,
sukacita diperingatkan bahawa mandat memerintah kali ini diberikan
kepada BN oleh majoritinya orang Melayu.
4.
Di sini juga ingin disuarakan bahawa orang Melayu yang mengundi UMNO
tempoh hari, kebanyakannya bukanlah ahli UMNO. Saya juga tidak
terkecuali, saya bukan ahli UMNO, tetapi mengundi BN.
5.
Mutakhir ini, kami, orang Melayu berasa gusar ke manakah bahtera UMNO,
satu-satunya kapal Melayu akan dikemudi? Kami begitu runsing kerana
secara amnya, hak-hak Melayu sudah tidak lagi menjadi keutamaan UMNO
mengikut kaca mata kami.
6.
Orang-orang di sekeliling YAB sudah tentu sekali memberikan laporan
'khidmat cemerlang', dan kononnya YAB Dato' Sri sangat disayangi rakyat
(mungkin mereka memberi contoh: betapa ramainya yang memakai baju "I
Love PM" ). Tetapi hakikat yang sebenarnya tidaklah begitu
memberangsangkan.
7.
YAB lulusan pengajian luar negara, kami yakin Dato' Sri tergolong dalam
golongan cerdik pandai dan mampu gunakan mata hati bagi menapis antara
"pujian yang melalai dan merosakkan" dengan "kritikan yang membina dan
ikhlas"
8.
Sebgai golongan cerdik pandai, tentu sekali YAB dapat menilai betapa
cepatnya jatuh pemimpin yang dipandang lemah dan tidak mampu menegakkan
pendirian di hadapan rakyat.
9.
Akhir-akhir ini, kami dapati begitu banyak isu sensitif melibatkan
agama kami (Islam) dan bangsa kami (Melayu) acap kali dihina dan
dimalukan oleh kaum lain. Contohnya, isu mengajak makan babi di bulan
puasa. Ia isu yang sangat sensitif. Di manakah suara UMNO, dan apakah
pula pendirian kabinet berkenaan isu tersebut?
10.
Kami berikan mandat kepada BN atas dasar kepercayaan. Tidak berapa lama
dahulu, ada Menteri kabinet yang mengisytiharkan adanya dalang tragedi
Lahad Datu di kalangan pembangkang. Kami percayakan beliau. Sehingga
kini, tiada pula tangkapan dalang tersebut dari kalangan pembangkang.
11.
Pembangkang sewenang-wenangnya menghinjak maruah UMNO dengan propaganda
dan fitnah mereka. Adakah YAB akan hanya berdiam diri seribu bahasa dan
mengharapkan mereka akan berhenti menghina UMNO?
12.
Jika YAB pilih untuk berdiam diri, itu hak Dato' Sri. Tetapi bagi kami
orang Melayu, kami masih ada maruah, dan tidak sanggup dibangsatkan oleh
anak-cucu kami
13.
Marilah kita mengambil pengajaran daripada robohnya Kota Melaka pada
tahun 1511. Untuk bina empayar , masa berpuluh tahun diambil. Untuk
ianya musah, hanya sekelip mata.
14.
YAB Dato' Sri mewarisi kerajaan yang baik. Bapa-bapa pengasas negara
kita tentu sekali berasa bangga dan senang hati sekiranya Dato' Sri
dapat meneruskan kesinambungan perjuangan survival bangsa Melayu
15.
Kami, orang Melayu juga berharap agar slogan "Hidup Melayu" tidak hanya
meniti di bibir hanya ketika mengemis sokongan Melayu semasa
pilihanraya atau pemilihan UMNO sahaja. Ini negara Malaysia, hak Melayu
mesti dipertahankan
16.
Identiti bangsa MESTI diabadikan di dalam dokumen-dokumen rasmi
kerajaan bagi memudahkan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera
diberikan kepada yang berhak
17.
Untuk makluman YAB Dato' Sri, kepercayaan rata-rata rakyat, khususnya
orang Melayu terhadap Dato' Sri kian pudar kerana kami dapati UMNO sudah
bukan lagi parti Melayu, tetapi hanya lebih kepada ingin mengekalkan
kuasa pemerintahan. Pandangan ikhlas kami, kedudukan UMNO umpama telur
dihujung tanduk.
18.
Kami faham, YAB Dato' Sri mungkin menghadapi tekanan dari segala sudut
oleh puak chauvinis dan extremis. Dari sudut yang lain, kami mahukan YAB
Dato' Sri faham bahawa orang Melayu juga jika dihimpit dan ditindas
sehingga ke satu sudut, akan turut bangkit memberikan tekanan kepada
YAB. Maka, adalah lebih bijak seandainya Dato' Seri dapat melayan
tuntutan majoriti daripada menimbulkan rasa kesangsian di kalangan
rakyat majoriti Melayu
19.
Pemberian BR1M walaupun adalah langkah yang patut dipuji, tetapi pada
pandangan kami bukanlah tindakan yang baik. Agak ironi apabila kerajaan
mengumumkan langkah penjimatan terhadap pelbagai agensi kerajaan, tetapi
pada masa yang sama membelanjakan berbilion ringgit untuk duit
'one-off' setahun sekali. Bukankah lebih baik sekiranya duit sebanyak
itu dilaburkan untuk prasarana dan infrastruktur kritikal seperti
pendidikan dan kesihatan? Pemberian BR1M adalah umpama candu. Sekali
dapat, selamanya rakyat akan ketagih, dan masalah bakal timbul sekiranya
kerajaan sudah tidak lagi mampu menanggung kos BR1M yang kian meningkat
saban tahun.
20.
YAB Dato' Sri, kami berharap agar Dato' Sri dapat mengambil pandangan
daripada bekas PM, Tun Dr Mahathir tentang bagaimanakah resipi mengemudi
negara berbilang kaum dengan tegas. Di bawah pemerintahan Tun Mahathir,
tiada puak chauvinis yang berani mendongak langit menuntut itu atau
ini. Malah, mereka memberikan kerjasama yang baik bagi bersama-sama
membangunkan negara.
21.
Saya berharap agar Dato' Sri dapat meneliti kesemua isi kandungan surat
terbuka ini dan menilai dengan sejujur-jujurnya dengan mata hati Dato'
Sri dan tidak hanya mengharapkan 'makmal-makmal' dan PEMANDU untuk
menjalankan tugas berfikir.
Akhir
kata, saya mendoakan agar Dato' Sri sekeluarga dicucuri rahmat dan
semoga Dato' Sri terbuka hati untuk menerima kritik dan saran oleh orang
Melayu pula.
Yang ikhlas,
Seorang Melayu pengundi UMNO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.