[ARTIKEL PERKONGSIAN]
Ibu dan bapa adalah segala galanya buat insan yang bergelar anak,bukan
susah untuk menjadi anak yang baik,tidak perlu untuk berasa "sentap"
pada ibu bapa sesungguhnya ibu bapa akan lakukan apa yang terbaik buat
anak anaknya.
Hargai jasa dan pengorbanan mereka.
Memaki ibubapa adalah dosa besar Dari Abdullah bin ‘Amru ibn Al-‘As
ra dari nabi saw :Di antara dosa besar ialah seseorang itu memaki dua
ibubapanya,Lalu
Tanya mereka : Wahai Rasulullah, adakah seseorang itu memaki dua ibu bapanya?
Jawab baginda : Ya seseorang itu memaki bapa orang lain,maka orang itu memaki bapanya dan seseorang itu memaki ibu orang
lain maka orang itu memaki ibunya.( Sepakat dalam riwayat )
Keterangan :
Ada beberapa perkara yang termasuk di dalam dosa besar. Dalam hadis ini,salah
satunya ialah al-kaba’ir iaitu memaki dua ibu bapa.
Apabila rasulullah saw menerangkan kepada
sahabat bahawa memaki dua ibu bapa adalah dosa besar,sahabat pun
bertanya : Adakah
seseorang itu memaki ibu bapanya secara
langsung?Tetapi rasulullah menerangkan bahawa memang benar ada orang
yang
memaki ibu bapanya,walaupun dengan tidak secara langsung tetapi ianya
sama sahaja seperti langsung juga Perkara ini berlaku apabila seseorang
itu memaki bapa orang lain,maka orang yang
dimakinya itu memaki bapanya pula,Ini seolah-olah ia memaki bapanya
sendiri,Maka
kedua-dua orang yang berbalas-balas maki itu telah memaki bapa
masing-masing dan mereka melakukan dosa besar.
Perbuatan memaki ibu bapa menunjukkan seseorang itu hilang nilai
moralnya dan berakhlak paling buruk,Mereka sepatutnya
diberikan penghornatan tertinggi. Tidak kira ianya ibubapa sendiri atau
ibubapa orang lain.
Sikap angkuh kepada ibu bapa melambangkan rasa tidak hormat generasi
muda terhadap yang tua. Tanpa yang tua tiada yang muda,
Apabila mereka tuan kelak, generasi muda tidak menghormati yang
berikutnya,Ini berpunca daripada pendidikan,Ibu bapa
perlu memupuk akhlak daripada pendidikan sedari kecil dengan menerap kan
akhlak akhlak untuk anak jalaninya ketika kecil dan membawa hingga ke
dewasa.
Usah semata-mata mementingkan pelajaran berbanding pendidikan. Ramai
berilmu dan berpelajaran tinggi namun ilmunya tidak
menjadikannya berakhlak mulia. Pendidikan Islam memiliki segala-galanya.
Kesimpulan :
1. Memaki ibu bapa adalah satu daripada dosa-dosa besar.
2.Seseorang yang memaki ibu bapa orang lain adalah dianggap sama seperti ia memaki ibu bapanya sendiri.
3.Orang yang sanggup memaki ibu bapa adalah orang yang rosak moralnya
kerana ibu.bapa seharusnya diberi penghormatan yang paling utama
sehingga percakapan dengan mereka mestilah dengan bahasa yang halus dan
dengan cara yang amat mulia.
4.Tidak menghormati ibu bapa bererti tidak mengormati generasi tua
pada hal mereka ini amat berjasa besar kepada generasi muda itu.
5. Kepincangan yang belaku di antara generasi muda dan tua ialah kerana system pendidikan yang salah,Sistem pendidikan
Islam perlu digunakan kerana kita adalah orang-orang Islam.
6. Generasi muda mestilah menghormati generasi tua dan generasi tua mestilah mengasihi generasi muda.
Berbaktilah kepada kedua orang tua:
Dimaksudkan dengan berbakti kepada kedua ibu bapa ini ialah berbuat baik kepada mereka mentaati, melaksanakan hak-hak
mereka,menjauhi tingkah laku yang boleh menyakiti hati orang tua dan banyak lagi perkara kebaikan yang boleh dilaksanakan
untuk mereka.
ALLAH SWT berfirman bermaksud, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat
baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya berserta dengan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan”. (Surah al-Ahqaf ayat 15).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya: Siapakah
manusia paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah bersabda yang bermaksud: Ibumu.
Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa?
Rasulullah bersabda: Kemudian ibumu.
Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah
bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah
bersabda: Kemudian ayahmu”. (Riwayat al-Bukhari).
Terus berbakti seumur hidup terhadap ibu bapa kita,besar ganjarannya.
bagi mereka yang bergelar
anak, segeralah berubah jika merasakan diri sentiasa menggores perasaan mereka,
Jangan lagi mengecewakan insan-insan yang telah membesarkan kita dengan sikap tidak elok kerana hidup ini silih berganti
dan umur pula semakin meningkat,Masih belum terlambat untuk berubah menjadi anak yang terbaik dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.