Gambar hiasan |
“Berdasarkan
artikel yang ditulis oleh Ustaz Haji Ahmad Sarwat, saya mengenali Iblis
sebagai dahulunya seorang alim yang taat dan dekat kepada Allah,
sehinggalah apabila Iblis diminta sujud kepada Nabi Adam, maka Iblis pun
menjadi derhaka kerana sombong akan sifat kejadiannya. Kasih sayang
Allah SWT dapat dilihat, di mana kerana Iblis itu juga pernah patuh
kepada perintah-Nya dahulu, maka Allah memberi tangguh akan ajalnya si
Iblis, supaya Iblis dapat hidup hingga ke hari kiamat. Syaitan itu
adalah label. Syaitan boleh jadi jin, boleh jadi juga manusia. Kerjanya
menyuruh manusia melakukan kejahatan.” – Amiene Rev
Nama
Jin, Syaitan dan Iblis itu kadangkala mengelirukan kerana sifat
kaumnya, tetapi setiap satunya memiliki perbezaan dari segi maksudnya.
1). Jin
Di
dalam Al Quran, Allah SWT ada menyebut beberapa kali mengenai jin,
sehinggakan ada surah yang khusus untuk bangsa ini iaitu Al-Jin.Jin
diciptakan oleh Allah SWT dari api.Allah SWT menerangkan bahawa jin itu
diciptakan daripada api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat
daripada nyala api.Dan Kami telah menciptakan jin sebelum daripada api
yang sangat panas.(Al Quran, Surah Al-Hijr: 27)Dan Dia menciptakan jin
daripada nyala api.(Al Quran, Surah .Ar-Rahman: 15 )
Jin ada yang muslim dan ada yang tidak
Jin
adalah satu bangsa, seperti manusia juga. Jika manusia ada yang muslim
dan ada yang kafir. Jin pun ada yang muslim dan ada yang kafir.
Allah SWT berfirman menerusi ayat berikut:
Dan
sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara
kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang
berbeza-beza. (Al Quran, Surah Al-Jin: 11 )
Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentara Nabi Sulaiman AS. Sebagaimana diterangkan di dalam Al-Quran:
Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. (Al Quran, Surah An-Naml: 17 )
Dan
Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk
perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa
sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa
sebulan; dan Kami alirkan baginya matair daripada tembaga; dan (Kami
mudahkan) sebahagian daripada jin untuk bekerja di hadapannya dengan
izin Tuhannya. Dan sesiapa daripada jin itu yang menyeleweng daripada
perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
(Al Quran, Surah Saba’: 12 )
Para
jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari
gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang
seperti kolam dan periuk yang tetap. Bekerjalah hai keluarga Daud untuk
bersyukur. Dan sedikit sekali daripada hamba-hambaKu yang berterima
kasih. (Al Quran, Surah Saba’: 13)
2). Syaitan
Menurut Al-Quran, syaitan adalah makhluk yang kerjanya mengajak manusia berbuat jahat dan berbohong.
Mengajak kepada Perbuatan Keji
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya
syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Al Quran, Surah Al-Baqarah:
169)
Syaitan adalah Musuh Manusia (satu label terhadap manusia atau jin)
Allah SWT telah menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia:
Hai
orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan
janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 208)
Memberi Janji dan Angan-angan Kosong
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia.
Syaitan
itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan
kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka
selain daripada tipuan belaka. (Al Quran, Surah An-Nisa: 120 )
Manusia pun ada yang Syaitan Juga
Namun
Syaitan itu tidak terbatas kepada jenis makhluk halus/jin sahaja,
melainkan manusia pun ada yang dikategorikan sebagai syaitan. Dan
Al-Quran juga menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu:
Dan
demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu
syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada
sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka
tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (Al Quran, Surah
Al-Anam: 112)
Katakanlah:
“Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia.
Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam
dada manusia, dari jin dan manusia. (Al Quran, Surah An-Naas: 1-6 )
3). Iblis
Sedangkan
Iblis adalah makhluk derhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis
manusia. Al-Quran secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah
daripada jenis jin.
Dan
ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada
Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah daripada golongan
jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia
dan keturunan-keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang
mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi
orang-orang yang zalim. (Al Quran, Surah Al-Kahfi: 50)
Jadi
boleh dikatakan bahawa Iblis itu adalah seorang oknum yang berjenis
jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu berubah
menjadi ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada
Adam, manusia pertama.
Dan
ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada
Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan
adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al Quran, Surah
Al-Baqarah: 34)
Motivasi
yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah
sifat sombong dan riak. Dia merasa dirinya jauh lebih baik daripada
Adam. Allah berfirman:
“Apakah
yang menghalangimu untuk bersujud pada waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab
iblis, “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api
sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah.” (Al Quran, Surah Al-Araf: 12
)
Ciri
yang paling utama daripada Iblis adalah dia kekal hidup hingga ke hari
kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah
SWT.
Iblis
menjawab, “Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.”
Allah berfirman, “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi
tangguh.” (Al Quran, Surah Al-Araf: 14-15)
Iblis
berkata, “Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka
dibangkitkan.” Allah berfirman, “Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang
yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya.”
(Al Quran, Surah Shaad: 79-81 )
Jadi
iblis adalah nama seorang jin yang hidup pada masa penciptaan Adam AS.
dan tidak mati-mati sampai ke hari ini. Iblis adalah nenek moyang
syaitan yang juga mempunyai keturunan, namun keturunannya itu tidak
mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin,
ada antara keturunannya itu yang mati. Meski barangkali usianya berbeza
dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek
moyang mereka iaitu Iblis.
Sumber: www.eramuslim.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.