Hadith :
Dari Abdullah bin Umar
katanya: ”Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah,
berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk
memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara
pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng
seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet
seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:” Bukankah lebih
baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu
sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Bilal, pergilah dan ajaklah
orang-orang bersembahyang.” (Muslim)
Huraian:
Ketika orang-orang Islam
masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul
bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah.
Namun semakin hari
semakin banyak bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah
untuk memanggil atau mengingatkan mereka menunaikan solat pada waktunya.
Setiap orang mempunyai
potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing
disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka.
Oleh sebab itu wujudlah
mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus
dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat
pada waktunya.
Ada banyak cadangan yang
diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis. Salah satu daripada
usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang
yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap
masuknya waktu solat.
Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w.
memandangkan banyak
cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir,namun yang
menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya? Abu Dawud
mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :
“Ketika cara memanggil
kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku
bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng,aku dekati
orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual
loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku
saja. Orang tersebut malah bertanya,” Untuk apa ? Aku menjawabnya,
“Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum
Muslimin untuk menunaikan solat.”
Orang itu berkata lagi,
“Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?” Dan aku
menjawab ” Ya !”Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang
amat lantang , ” Allahu Akbar, Allahu Akbar..”
Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda:
“Itu mimpi yang
sebetulnya nyata,berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana
mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan
dia memiliki suara yang amat lantang.” Lalu aku pun melakukan hal itu
bersama Bilal.”
Rupanya, mimpi yang
serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada
Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua
petunjuk tersebut.
Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
-----------------------------------------------------------------------------------------
Subhanallah,peristiwa unik laungan Azan
Apabila telah
dikumandangkan azan, wajib hukumnya bagi umat muslim di dunia untuk
melaksanakan solat. Disebalik merdunya suara Azan yang berkumandang, ada
keistimewaan tersendiri dari azan sehingga bagi muadzin (orang yang
menyeru azan) sekalipun, Allah telah menjanjikan pahala kepadanya. Di
balik keistimewaannya, azan juga menyimpan fakta yang mengagumkan.
1. Kalimat penyeru yang mengandungi kekuatan dahsyat
Apabila azan
berkumandang, kaum muslim yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada
Allah akan bergegas ke masjid menunaikan solat. Tanpa sedar saraf akan
memerintahkan tubuh untuk segera menunaikan solat. Simpulan kesedaran
psiko-religius dalam otak umat muslim akan bergetar, berhubung secara
serentak dan dengan jumlah kesedaran seorang hamba (abdi). Seakan suara
khas azan telah tertanam dalam alam bawah sedar setiap muslim. Sehingga
ketika mendengarnya, pancaindera tubuh mereka lalu bergerak untuk solat.
Suara azan seakan telah menyentuh fitrahnya untuk beribadah.
2. Ramai bukan muslim yang mendapat hidayah setelah mendengar azan
Banyak kisah perjalanan
hidup kaum mualaf hingga akhirnya mendapat hidayah yang seringkali
menyentuh nurani. Apabila suara azan yang didengar mereka telah
menggetarkan hati dan kesedaran untuk mengucap syahadah. Seakan fitrah
Islam dalam diri mereka terbangkitkan melalui alunan azan itu.
Kementerian Hal Ehwal
Agama Turki pernah melapokan sekurang-kurangnya 634 orang telah masuk
Islam selama tahun 2011, termasuk 467 wanita, yang berusia rata-rata 30
hingga 35 tahun dan berasal dari negara yang berbeza Jerman, Maldiva,
Belanda, Perancis, China, Brazil, AS, Romania dan Estonia. Mereka adalah
pelancong-pelancong yang melancong ke Turki.
Di bandar Kayseri Turki
sendiri, sekurang-kurangnya 14 orang telah masuk islam selama empat
tahun berturut, termasuk 10 wanita. Mufti bandar Kayseri, Syaikh Ali
Marasyalijil menyebutkan umumnya mereka masuk Islam setelah tersentuh
mendengar alunan azan.
Rapper dari Amerika
Syarikat, Chauncey L Hawkins yang popular dipanggil Loon mengakui masuk
Islam setelah mendengar suara azan ketika berkunjung ke Abu Dhabi,
Dubai.
3. Perintah azan datang melalui mimpi
Pada awalnya Rasulullah
SAW tidak tahu dengan cara yang digunakan untuk mengingatkan umat muslim
bila waktu salat tiba. Ada sahabat yang menyampaikan idea untuk
mengibarkan bendera, menyalakan api di atas bukit, meniup terompet dan
membunyikan loceng. Semua cadangan itu dianggap kurang sesuai.
Hingga datanglah
sahabat, Abdullah bin Zaid yang bercerita jika dia mimpi bertemu dengan
seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan
menyerukan lafaz-lafaz azan seperti ketika ini. Lalu dikabarkanlah
perihal mimpi ini kepada Rasulullah. Umar bin al-Khattab mendengar hal
itu dan ternyata dia juga mengalami mimpi yang sama. "Demi Tuhan yang
mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti
yang dia lihat (di dalam mimpi)". Lalu Rasulullah bersabda: "Segala puji
bagimu." Rasulullah bersetuju untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu
sebagai tanda waktu salat tiba.
4. Dikumandangkan saat peristiwa-peristiwa bersejarah
Selain digunakan untuk
menunjukkan waktu solat, azan juga dikumandangkan semasa peristiwa
penting dan bersejarah. Misalnya ketika seorang bayi lahir. Peristiwa
penting yang berlaku dalam Islam juga azan dikumandangkan. Ketika
pasukan Rasulullah berjaya menguasai Mekah dan berhala-berhala di
sekitar Kaabah dihancurkan, Bilal bin Rabbah mengumandangkan azan dari
atas Kaabah.
Peristiwa lain, ketika
Konstantinopel jatuh ke tangan pasukan Ottoman yang mengakhiri Empayar
Rom Timur, beberapa perajurit Ottoman masuk ke dalam lalu
mengumandangkan azan sebagai tanda kemenangan mereka.
5. Bilal tak kuat meneruskan azan
Setelah Rasul wafar, Bilal lagi mahu untuk mengumandangkan azan kerana selalu menangis setiap kali mengingat Rasul.
6. Berbilion kali dikumandangkan sejak 14 abad lalu
Azan dikumandangkan 5
kali sehari. Semenjak azan pertama kali dikumandangkan 14 abad lalu
hingga saat ini. Tidak boleh dikira berapa juta kali azan telah
berkumandang.
Anggaplah setahun 356
hari. Jika 14 abad adalah 1400 tahun, maka 1400 tahun x 356 hari =
511000 hari. Dalam satu hari, azan 5 kali dikumandangkan. Sehingga
sekurang-kurangnya azan telah dikumandangkan 2.555.000 kali. Jika dalam
satu hari ada 1 juta muslim di dunia yang mengumandangkan azan, jadi
azan telah dikumandangkan sebanyak 2.555.000.000.000 kali. Subhanallah!
7. Tidak berhenti dikumandangkan hingga kiamat
Bumi berbentuk bulat.
Ini menyebabkan berlaku perbezaan waktu solat pada setiap kawasan.
Ketika azan telah selesai berkumandang di satu kawasan, maka selanjutnya
azan berkumandang di kawasan lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.