Golongan yang tidak akan dapat mencium bau Syurga jika tidak sempat bertaubat :
1. Wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie).
2. Orang yg memutuskan silaturrahim.
3. Perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan.
4. Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar.
5. Orang yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam.
6. Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Orang yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian dia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya).
8. Orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan.
9. Orang yang membunuh kafir zimmi.
“Sesiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun”. (HR Ahmad)
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan, tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun.” (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Tiada seorang manusia yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian dia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya), dia tidak akan dapat mencium bau syurga" (HR Bukhari dan Muslim )
“Akan ada satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban), mereka tidak akan mencium bau syurga.“ (HR Abu Daud)
“Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar, tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun” (HR Ibnu Majah)
Nabi saw. bersabda, “Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan, perempuan tersebut tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mendapat mencium baunya, Sesungguhnya bau syurga itu boleh dibaui dari jarak sejauh perjalanan 500 tahun”. (HR Muslim)
“Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan (syar’ie) maka haram atasnya bauan syurga.” (HR Abu Daud)
“Bauan syurga dapat dihidu sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah, tidak akan merasainya, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan silaturrahim.” (HR Tabrani)
Wallahu a'lam.
Link pilihan:
Kehebatan Syurga
Makna Silaturrahim
Golongan Yang Diharamkan Masuk Syurga
Jangan Buat Dosa
Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa. Ia lambang kekukuhan iman.
"Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi orang yang kuat beribadah." (HR. Abu Ya'la)
Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling utama.Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.
Suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan laranganNya. Kita mudah lihat yang berpuasa tetapi masih bermaksiat. Bersolat tetapi rajin mengumpat atau tidak menutup aurat.
Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (Riwayat Bukhari)
Maimun ibn Mahran telah berkata: "Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."
Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.