Gambar Hiasan |
Bagi anda yang akan nak melayari bahtera rumah tangga tu, boleh la ambil
informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan seks berumah
tangga nanti..Bukan apa, mungkin ada antara anda yakni lelaki yang
teringin nak cuba-cuba masuk ikut "pintu belakang" ni kan? Mungkin
selepas membaca informasi ni nanti, anda akan fikirkan "rancangan" anda
tu semula..Apa-apa pun, meh baca dulu cerita kat bawah ni..
Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki
bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang
(dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang
itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa
yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang
yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu
memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh
(haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah
menggauli wanita dari duburnya."
Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-
1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.
Sekarang macam mana? Dah tahu sebabnya bukan? Oleh itu, bagi anda
(lelaki) yang nak berjimak dengan isteri tu, berjimak lah dengan cara
yang mengikut syariat Islam..Usah terpengaruh dengan gaya bintang porno
Barat tu sebab Islam dah sediakan kaedah yang terbaik untuk diikuti oleh
umatnya..
Sumber - luvislam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.