Anda tentu
pernah melihat peta-peta lama semenanjung Tanah Melayu. Kita juga tahu
bahawa Tanah Melayu suatu ketika dahulu tercatat di dalam peta-peta
pelayaran di barat malahan Gunung Ledang juga telah dikenali sekian lama
dahulu.
Di dalam kitab
Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman
raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja
Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Negara
Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa
Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara
lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas. manakala pedagang China pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.
Sejak lama
dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar
sebagai tempat pengeluar emas. Ptolemy yang menulis pada abad kedua
Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese
(Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara
negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan
penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur
Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui
Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di
Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di
Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.
Laksamana Cheng
Ho dikatakan pernah melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan
mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya. Di
keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap
satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali
ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang
dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas. Dalam peta lama
Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah
pusat perusahaan emas. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih
merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang
sehingga tahun 1817.
Rounsevelle
Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui
seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih
pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
Cuba teliti dua peta lama versi barat ini pula.
Peta pertama
dicetak pada 1572 oleh Ignazio Danti, manakala yang kedua pada 1606 oleh
Jodocus Hondius. Hondius menamakan sungai itu sebagai R Fermoso.
Mengikut peta Danti, kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan
banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang.
Sekiranya kita
mencari lokasi kota Melaka menurut lakaran Ignazio Danti, kemungkinannya
Melaka terletak di sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika
beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan
Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang.
Misteri bigfoot
di Endau-Rompin memang sudah diketahui ramai. Dikatakan Yeti menjaga
Shangri-La di Himalaya, bigfoot Malaya mungkin ditugaskan menjaga kota
ini. Lagipun banjaran Titiwangsa bersambung dengan Himalaya.
Adat Melayu,
rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana
raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala
sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana.
Jadi
persoalannya apakah kemungkinannya pusat pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka bukan terletak di lokasi sekarang sepertimana yang kita sedia
maklum? Apakah kita sekali lagi tertipu dengan sejarah yang diciptakan
orang-orang Barat yang jelas memusuhi Islam.
Apakah
kemungkinannya sebuah kota lama sengaja ditenggelamkan bagi memberi
laluan pembinaan empangan Lingui yang dibina pada tahun 1990 serta
diuruskan oleh Public Utility Board yang menguruskan sumber bekalan air
untuk Singapura? apakah kemungkinannya Kota Gelanggi itu sebenarnya
adalah pusat empayar kerajaan Melayu suatu ketika dahulu.
Walaupun satu
kajian telah dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2005 yang menafikan
sebarang kewujudan kota di dasar empangan berkenaan, namun dakwaan
beberapa pengkaji yang pernah melihat foto para pegawai British
bergambar berlatar belakang sebuah kota yang gah terletak di dalam hutan
tebal masih merupakan satu misteri buat kita.
Insya Allah... sama-samalah kita berdoa agar penipuan musuh -musuh kita ini dapat dirungkaikan suatu masa nanti
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.