Berita Terkini Pesawat MH370 Terhempas MAS
Malaysia Airlines. Semua Krew, Pilot, Co Pilot, Penumpang Mati &
Meninggal Dunia. Al-Fatihah!
by Staff Berita Semasa
on March 24, 2014
Berita Terkini Pesawat MH370 Terhempas
MAS Malaysia Airlines: Allahuakhbar.
Jikalau rakyat Malaysia sukar untuk menerima berita terkini seperti ini apatah lagi keluarga mangsa nahas penumpang pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines (DI SINI).
Semuanya sudah tertulis. Mungkin ini adalah pengakhirannya. Sebentar tadi….
Jikalau rakyat Malaysia sukar untuk menerima berita terkini seperti ini apatah lagi keluarga mangsa nahas penumpang pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines (DI SINI).
Semuanya sudah tertulis. Mungkin ini adalah pengakhirannya. Sebentar tadi….
Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan secara rasmi berita terkini
pesawat MH370 terhempas bagi perkembangan terbaru operasi SAR MH370
kali ini.
Berita Terkini Pesawat MH370 Terhempas : Laporan Air Accidents Investigation Branch (AAIB UK)
Berdasarkan rujukan data terbaru melibatkan laporan rasmi yang dikeluarkan Air Accidents Investigation Branch (AAIB UK) :
- Disahkan secara rasminya, Pesawat MH370 terhempas dan telah berakhir di Koridor Selatan, Lautan Hindi
- Yang menyedihkan, tiada seorang pun penumpang dan krew pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines terselamat dalam kejadian itu
- Pihak MAS (Malaysia Airlines) telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian & berita terkini kapal terbang MH370 terhempas di Lautan Hindi
Sidang media susulan yang akan
menerangkan laporan terperinci punca dan sebab bagaimana pesawat MH370
terhempas di lautan Hindi, akan diadakan pada pagi esok 25 Mac 2014.
P/S : Salam takziah, mudah-mudahanan roh
mereka bersama orang-orang yang beriman. Berita terkini pesawat MH370
terhempas ini adalah kesedihan 1 dunia. Al-Fatihah.
LIVE Malaysia Airlines (MAS) : Kenyataan Rasmi CEO & Pengerusi Malaysia Airlines Mengenai Tragedi MH370 Hilang & Terhempas
by Staff Berita Semasa
on March 25, 2014
LIVE Malaysia Airlines (MAS). Kenyataan
Rasmi CEO & Pengerusi Malaysia Airlines Mengenai Tragedi MH370. Buat
pertama kali Pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof
bersama-sama CEO MAS, Ahmad Jauhari tampil & berlangsung panas
dengan soalan-soalan yang bertalu-talu daripada kalangan wartawan
daripada seluruh dunia yang menyatakan persoalan ketidakpuashatian kalangan keluarga mangsa penumpang MH370 MAS Malaysia Airlines
Antara Butiran Kenyataan CEO MAS & Pengerusi Malaysia Airlines
- Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) : Ahli-ahli keluarga telah ditawarkan $5,000 untuk setiap penumpang kapal terbang MH370 MAS dan bersedia untuk membuat pembayaran tambahan
- Malaysia Airlines tidak mahu membuat spekulasi mengenai apa yang berlkau kepada kapal terbang MH370 MAS Malaysia Airlines. Siasatan operasi mencari pesawat MH370 akan diteruskan, fokus mereka adalah melibatkan kepentingan keluarga mangsa penumpang MH370.
- CEO Malaysia Airlines ditanya adakah beliau (Ahmad Jauhari) akan letak jawatan & bertanggungjawab di atas tragedi MH370? Jawapannya ia bergantung kepada setiap keputusan individu sebenarnya..
- Malaysia Airlines turut berkongsi emosi kesedihan disebalik tragedi MH370 ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa
- Pengerusi Malaysia Airlines, mengakui tragedi paling panjang dan kompleks dan Malaysia Airlines akan meneruskan siasatan
- Seluruh dunia mesti menerima kenyataan yang menyakitkan bahawa pesawat MH370 kini hilang dan tidak ada penumpang atau anak kapal terselamat selepas carian berstatus “super mega” & intensif di seluruh kawasan seluas 2.24 juta batu persegi telah dilakukan
- Malaysia Airlines telah melaporan perkembangan berita terkini kapal terbang Mh370 yang lebih sahih dan awal kepada keluarga mangsa terlebih dahulu secara SMS bagi memastikan hampir 1,000 ahli keluarga mendengar berita itu daripada kami dan bukan dari media
- Penginapan hotel sehingga lima ahli keluarga bagi setiap penumpang MH370, pengangkutan, makanan dan perbelanjaan yang lain telah disediakan oleh Malaysia Airlines (MAS) sejak 8 Mac lepas dan akan diteruskan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.