Tuesday, March 25, 2014

Majalah digital INFOGRAFIK teras KSSR


Kami Juga Ibu Bapa dan Pendidik

Untuk melibatkan diri bersama anak-anak dan memupuk mereka untuk suka belajar, membaca dan meneroka set kemahiran baru... Membantu mereka membina sikap positif dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Majalah digital Minda eUreka adalah sebahagian daripada pembelajaran pengajaran atau digunakan sebagai bahan ulangkaji bebas berteraskan KSSR & PBS.

Kaedah Infografik menggalakkan pemikiran spatial dan kritikal. Perbahasan Topik Hebat melibatkan diri pembaca dengan fakta-fakta penting dan membantu membangunkan sudut pandangan.

Cerita Grafik menggalakkan celik visual melalui kisah dengan seni berjujukan. Maklumat berkala memperkenalkan pembaca kepada masyarakat, kebudayaan, negara, dan persekitaran.

Eksperimen membangunkan siasatan dan penyelesaian masalah dalam kemahiran saintifik.

Sub topik menakjubkan memperkenalkan pelajar untuk maklumat baru dan menggalakkan penyelidikan susulan.

Aktiviti Kraf dan Projek DIY membantu anak-anak belajar bagaimana untuk mengikuti prosedur atau tatacara melalui aktiviti-aktiviti yang mudah dan menyeronokkan.

Sehingga bertemu lagi...

"Setiap hari dalam setiap cara anda menjadi baik, lebih baik dan terbaik".


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.