Subhanallah. Ini adalah replika rumah Nabi yang
mulia Rasulullah ﷺ yang bersandarkan hadis yang sahih. Replika ini
dipertontonkan di Jeddah. Betapa 'ringkas'nya kehidupan Rasulullah ﷺ.
Disaat kita merengek-rengek mahukan rumah yang
mewah dan selesa bagaikan mahu tinggal di dunia buat selama-lamanya. Lihatlah
bagaimana rumah junjungan yang mulia ﷺ yang
hanya menjadikan rumah di dunia ini sebagai sebuah 'pondok' persinggahan menuju
ke dunia yang satu lagi.
Usah kita sibuk mencari dan bertanyakan kepada
orang lain, mengapa mereka tidak boleh mengikut apa yang dilakukan oleh
Rasulullah ﷺ, sebaliknya tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita
tak mampu bertindak seperti Rasulullah ﷺ.
Firman ALLAH Subhanawata'ala dalam surah
Al-Baqarah ayat 44
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat
kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca
Kitab Allah, tidakkah kamu berakal???
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.