﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]
…………………………………………………………………
“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”
“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.”
Alhamdulillah, segala pujian untuk Allah ta’ala kerana memberi saya peluang untuk berkongsi kepada anda semua sebuah lagi kisah yang diuraikan oleh Imam Ibnu Katsir dalam kitabnya ‘Qisas al-Quran(Kisah al-Quran)’. Banyak kisah-kisah di dalam kitab ini yang saya terjemahkan dan kongsi kepada anda semua, agar memberi manfaat dan pengajaraan untuk kita semua dalam mengabdikan diri kepada Allah Maha Kuasa.
Dalam artikel kali ini, akan dikisahkan pula oleh Imam Ibnu Katsir mengenai Qarun. Ramai di kalangan kita yang menyebut ‘Harta Qarun’, namun tahukah anda siapa itu Qarun? Kisah di sebalik tabirnya? Mari sama-sama kita ikuti kisahnya.
***
اِنَّ قٰرُوۡنَ کَانَ مِنۡ قَوْمِ مُوۡسٰی فَبَغٰی عَلَیۡہِمْ ۪ وَ اٰتَیۡنٰہُ مِنَ الْکُنُوۡزِ مَاۤ اِنَّ مَفَاتِحَہٗ لَتَنُوۡٓاُ بِالْعُصْبَۃِ اُولِی الْقُوَّۃِ ٭ اِذْ قَالَ لَہٗ قَوْمُہٗ لَا تَفْرَحْ اِنَّ اللہَ لَا یُحِبُّ الْفَرِحِیۡنَ ﴿۷۶﴾
Sesungguhnya Qarun itu termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh orang-orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya, ‘Janganlah engkau terlalu bangga. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri.’
وَ ابْتَغِ فِیۡمَاۤ اٰتٰىکَ اللہُ الدَّارَ الْاٰخِرَۃَ وَ لَا تَنۡسَ نَصِیۡبَکَ مِنَ الدُّنْیَا وَ اَحْسِنۡ کَمَاۤ اَحْسَنَ اللہُ اِلَیۡکَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِی الْاَرْضِ ؕ اِنَّ اللہَ لَا یُحِبُّ الْمُفْسِدِیۡنَ ﴿۷۷﴾
Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.
قَالَ اِنَّمَاۤ اُوۡتِیۡتُہٗ عَلٰی عِلْمٍ عِنۡدِیۡ ؕ اَوَلَمْ یَعْلَمْ اَنَّ اللہَ قَدْ اَہۡلَکَ مِنۡ قَبْلِہٖ مِنَ القُرُوۡنِ مَنْ ہُوَ اَشَدُّ مِنْہُ قُوَّۃً وَّ اَکْثَرُ جَمْعًا ؕ وَلَا یُسْـَٔلُ عَنۡ ذُنُوۡبِہِمُ الْمُجْرِمُوۡنَ ﴿۷۸﴾
Dia (Qarun) berkata : “Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku.” Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.
فَخَرَجَ عَلٰی قَوْمِہٖ فِیۡ زِیۡنَتِہٖ ؕ قَالَ الَّذِیۡنَ یُرِیۡدُوۡنَ الْحَیٰوۃَ الدُّنیَا یٰلَیۡتَ لَنَا مِثْلَ مَاۤ اُوۡتِیَ قٰرُوۡنُ ۙ اِنَّہٗ لَذُوۡحَظٍّ عَظِیۡمٍ ﴿۷۹﴾
Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahan. Orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata : “Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar beruntung besar.”
وَ قَالَ الَّذِیۡنَ اُوۡتُوا الْعِلْمَ وَیۡلَکُمْ ثَوَابُ اللہِ خَیۡرٌ لِّمَنْ اٰمَنَ وَعَمِلَ صٰلِحًا ۚ وَلَا یُلَقّٰىہَاۤ اِلَّا الصّٰبِرُوۡنَ ﴿۸۰﴾
Tetapi orang-orang yang dianugerahi ilmu berkata : “Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang-orang yang sabar.”
فَخَسَفْنَا بِہٖ وَ بِدَارِہِ الْاَرْضَ ۟ فَمَا کَانَ لَہٗ مِنۡ فِئَۃٍ یَّنۡصُرُوۡنَہٗ مِنۡ دُوۡنِ اللہِ ٭ وَ مَا کَانَ مِنَ المُنۡتَصِرِیۡنَ ﴿۸۱﴾
Maka kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.
وَ اَصْبَحَ الَّذِیۡنَ تَمَنَّوْا مَکَانَہٗ بِالْاَمْسِ یَقُوۡلُوۡنَ وَیۡکَاَنَّ اللہَ یَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنۡ یَّشَآءُ مِنْ عِبَادِہٖ وَ یَقْدِرُ ۚ لَوْ لَاۤ اَنۡ مَّنَّ اللہُ عَلَیۡنَا لَخَسَفَ بِنَا ؕ وَیۡکَاَنَّہٗ لَا یُفْلِحُ الْکٰفِرُوۡنَ ﴿٪۸۲﴾
Dan orang-orang yang kemarin mengangan-angankan kedudukan (Qarun) itu berkata : “Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hamba-Nya dan membatasi (siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hamba-Nya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurniaan-Nya kepada kita, tentu dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah).”
تِلْکَ الدَّارُ الْاٰخِرَۃُ نَجْعَلُہَا لِلَّذِیۡنَ لَا یُرِیۡدُوۡنَ عُلُوًّا فِی الْاَرْضِ وَلَا فَسَادًا ؕ وَالْعٰقِبَۃُ لِلْمُتَّقِیۡنَ ﴿۸۳﴾
Negeri akhirat itu kami jadikan bagi orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan yang baik itu bagi orang-orang yang bertakwa.
Al-Quran, Surah al-Qasas : 76-83
Ibn Abbas memegang pendapat bahawa Qarun adalah sepupu daripada belah ayah Nabi Musa . Pendapat ini disokong juga oleh periwayat-periwayat yang lain, termasuk Ibn Juraij yang menambahkan pendapat bahawa dia adalah Qarun Ibn Yashar Ibn Qahith, sementara Nabi Musa merupakan anak lelaki Imran Ibn Hafith. Ibn Juraij meneruskan dan menyatakan bahawa pendapat Ibn Ishaq bahawa Qarun adalah pakcik kepada Nabi Musa adalah pendapat yang salah.
Qatadah berkata bahawa dia (Qarun) dahulunya digelar sebagai ‘An-Nur(Cahaya)’ kerana dia mempunyai suara yang amat merdu dalam membacakan Taurat, tetapi dia menjadi hipokrit seperti as-Samiri yang menjadi hipokrit juga. Maka, Qarun dimusnahkan kerana penyalahgunaannya terhadap kekayaan dan kemewahan yang dimiliki.
Shahr Ibn Hausab berkata bahawa Qarun itu menyeret jubah yang dipakainya dengan kebanggaan dan kesombongan(angkuh).
Allah Maha Kuasa menyatakan kekayaan dan kemewahan yang tidak ternilai dimiliki oleh Qarun bahkan kunci-kunci hartanya sangatlah berat dan hanya dipikul oleh orang-orang yang kuat.
Bagaimanapun, dia telah ditegur oleh orang-orang yang beriman dari kalangan kaumnya yang berkata : {Janganlah engkau terlalu bangga.}, yakni, janganlah engkau sombong dan angkuh dengan kekayaan, dan lansung tidak bersyukur kepada Allah Maha Kuasa. {Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri. Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia } yakni, Ambillah dari hartamu apa yang halal darinya dan bersukalah olehmu akan dunia ini seperti mana yang dibenarkan. {…dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu} yakni, berbuat baiklah kepada makhluk Allah bahawa Dia telah berbuat baik kepada kamu, dan {dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.} yakni, janganlah kamu mencederakan orang-orang bawahanmu yang telah diperintahkan agar kamu berbuat baik, jika kamu mencederakan mereka, maka Dia akan menarik balik segala nikmat yang dikurniakan ke atas kamu. {Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri.}.
Jawaban Qarun kepada nasihat-nasihat ini tidak lain hanyalah : {Dia (Qarun) berkata : Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku.} yakni, aku tidak perlukan nasihat dan kata-kata kalian, kerana Allah mengurniakan ini kepadaku kerana aku berhak dan aku layak untuk menerimanya. Tambahan, jika bukan kerana Dia tidak mencintaiku, maka Dia tidak akan mengurniakan semua ini kepadaku.
Allah Maha Kuasa menyangkal percakapannya itu dengan berfirman : {Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka(kerana Allah kenal mereka, maka mereka akan diseksa tanpa dipanggil kelak).} yakni, Kami telah memusnahkan sebelum mereka generasi-generasi yang disebabkan oleh dosa dan amalan buruk mereka dan mereka itu lebih kuat daripada Qarun bahkan mempunyai lebih ramai anak daripadanya. Maka, jika benar kata Qarun itu, nescaya Kami tidak memusnahkan mereka-mereka yang lebih kaya dan kuat daripadanya itu, dan kekayaan itu sesungguhnya bukanlah sebuah ukuran kasih sayang Kami kepadanya.
Allah Maha Kuasa berfirman di dalam Surah Saba ayat 37 :
وَمَاۤ اَمْوٰلُکُمْ وَ لَاۤ اَوْلٰدُکُمۡ بِالَّتِیۡ تُقَرِّبُکُمْ عِنۡدَنَا زُلْفٰۤی اِلَّا مَنْ اٰمَنَ وَ عَمِلَ صٰلِحًا ۫ فَاُولٰٓئِکَ لَہُمْ جَزَآءُ الضِّعْفِ بِمَا عَمِلُوۡا وَ ہُمْ فِی الْغُرُفٰتِ اٰمِنُوۡنَ ﴿۳۷﴾
Dan bukanlah harta dan anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami; melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda atas apa yang mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga).
Allah Maha Bijaksana juga berfirman dalam Surah Al-Mukminun ayat 55 – 56.
اَیَحْسَبُوۡنَ اَنَّمَا نُمِدُّہُمۡ بِہٖ مِنۡ مَّالٍ وَّ بَنِیۡنَ ﴿ۙ۵۵﴾ نُسَارِعُ لَہُمْ فِی الْخَیۡرٰتِ ؕ بَلۡ لَّا یَشْعُرُوۡنَ ﴿۵۶﴾
Apakah mereka mengira bahawa Kami memberikan harta dan anak-anak kepada mereka itu (bererti bahawa), Kami segera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? (Tidak), tetapi mereka tidak menyedarinya.
Jawapan Allah azza wa jalla ini adalah untuk pernyataan Qarun { Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku.}. Tetapi bagi sesiapa yang menyatakan bahawa dirinya adalah seorang ahli kimia dan orang yang paling kenal kesemua Nama-Nama Allah, semua ini hanyalah pernyataan. Kerana ahli kimia tidak mampu mengubah nasib dan orang kafir juga mampu kenal Nama-Nama Allah. Dan Qarun pula, adalah seorang hipokrit.
Allah Maha Kuasa berfirman seterusnya : { Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahan }, kebanyakan ahli tafsir menyatakan bahawa Qarun keluar dengan pakaian, harta dan menunggang kenderaan(menunjukkan kemegahannya). { Orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata : “Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar beruntung besar.} yakni, sesiapa yang mencintai dunia, apabila melihat Qarun, mereka akan berkata : ‘Alangkah banyaknya kekayaan yang dimilikinya!’ Apabila pujian orang yang cintakan dunia ini sampai kepada hamba Allah yang beriman, mereka berkata : {Tetapi orang-orang yang dianugerahi ilmu berkata : “Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, }, yakni : Ganjaran Allah di Hari Kebangkitan lebih tinggi dan mulia daripada apa yang kamu (Qarun) dapat sekarang.
Allah Maha Perkasa kemudian berfirman : { dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang-orang yang sabar.}, yakni, ganjaran ini hanya diperoleh untuk orang-orang yang diberikan hidayah oleh-Nya.
Dan Allah Maha Berkuasa berfirman lagi : {Maka kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.}, apabila Qarun itu keluar kepada kaumnya dengan kemegahan, Allah kemudian berfirman : {Maka kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi.}
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari , bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
“Ketika seorang lelaki sedang berjalan, memakai jubah dua helai dan bangga dengan dirinya yang rambutnya tersikat rapi, maka Allah membenamkannya ke dalam perut bumi dan dia akan terus dibenamkan ke dalamnya(iaitu akan terus menerus terbenam lebih dalam ke bumi) sehinggalah Hari Kiamat.”
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Qarun mengupah seorang wanita pelacur dengan ganjaran yang banyak untuk bercakap kepada Nabi Musa ketika baginda bersama-sama sahabatnya bahawa baginda melakukan maksiat terhadapnya. Dinyatakan bahawa wanita tersebut melakukan arahan yang disuruh oleh Qarun, dan Nabi Musa terperanjat mendengarnya kemudian baginda melaksanakan solat sunat dua raka’at dan seterusnya berkata kepada wanita tersebut : Demi Allah! Siapa yang mengupah kamu untuk menyatakan seperti tersebut? Dia menyatakan bahawa Qarun menyuruhnya bertindak kemudian, setelah itu, wanita itu terus bertaubat. Justeru, baginda solat kepada Allah dan berdoa untuk Qarun. Allah memberi hidayah bahawa bumi itu diperintahkan untuk mengikut perintah baginda. Maka, baginda mengarahkan agar bumi menelan Qarun. Maka terjadilah. Wallahu alam.
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Qarun itu dibenamkan, sehinggalah ke lapisan bumi yang ke tujuh. Qatadah pula meriwayatkan bahawa Qarun akan terus-menerus dibenamkan sehinggalah Hari Kiamat.
Allah Maha Kuasa berfirman pula : { Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.}, yakni, Qarun tidak dapat membantu dirinya sendiri atau mendapatkan bantuan orang lain. Allah menyatakan dalam surah At-Toriq ayat 10 yang bermaksud : {Kemudian dia tidak mempunyai kuasa mahupun penolong}
Mereka yang ternampak Qarun yang tenggelam bersama harta dan kekuasaannya itu, mereka yang sebelumnya menginginkan kemewahan seperti Qarun itu berkata : {“Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hamba-Nya dan membatasi (siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hamba-Nya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurniaan-Nya kepada kita, tentu dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah).”}
Berikutan kisah tersebut, Allah berfirman : {Negeri akhirat itu} yakni, Syurga {kami jadikan bagi orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan yang baik itu bagi orang-orang yang bertakwa.}

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.