MAHU MENGUBAH NASIB?
Bill Gates, yang merupakan antara
individu terkaya di dunia pernah berkata….
“Jika anda dilahirkan miskin, ianya
bukan salah anda, tetapi jika anda mati dalam keadaan miskin, maka, ianya
adalah salah anda!”
Ya! Jika kita dilahirkan di dalam
sebuah keluarga yang miskin, kita tidak boleh menyalahkan ibu-bapa kita ataupun
sesiapa, kita tidak boleh pilih untuk lahir dari perut seorang ibu yang kaya..
tetapi kita boleh pilih, untuk mengubah nasib dan perjalanan kehidupan kita.
Seringkali kita dengar Ayat
Al-Quran, “Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum,
hingga mereka mengubahnya”. – Surah Ar-Ra’d, Ayat 11
Perubahan, perlu bermula dari diri
kita sendiri, bukan dari ibu-bapa, pasangan, kerajaan, ketua kampung, makcik
kantin atau orang lain… Ianya perlu bermula dari diri kita sendiri.
Persoalannya.. Bagaimana Untuk
Mengubah Nasib Kita?
Klik untuk
dapatkan ebook percuma anda:
SIJIL SAHAJA BELUM MENCUKUPI!
Seorang jutawan pernah berkata di
dalam ceramah beliau ..
“Hari ini, jika anda ada diploma
atau ijazah, ianya TIDAK akan JAMIN anda menjadi KAYA, paling hebat, ianya
sekadar menjamin agar anda TIDAK MISKIN dan mati kelaparan.”
Perkiraannya mudah. Katakan anda
memiliki ijazah dan mula bekerja dengan gaji permulaan RM2,000 sebulan.
Berapakah wang yang boleh anda boleh simpan setiap bulan?
Berapakah wang yang boleh anda boleh simpan setiap bulan?
90% individu yang ditemuramah
mengatakan , tiada simpanan yang boleh dibuat.
7% mengatakan mereka boleh simpan sekitar 10% dari gaji mereka, iaitu RM200.
2% mengatakan mereka boleh simpan sekitar 20% dari gaji mereka, iaitu RM400.
Dan hanya 1% sahaja yang boleh menyimpan 30% dari gaji mereka, iaitu sekitar RM600 sebulan.
7% mengatakan mereka boleh simpan sekitar 10% dari gaji mereka, iaitu RM200.
2% mengatakan mereka boleh simpan sekitar 20% dari gaji mereka, iaitu RM400.
Dan hanya 1% sahaja yang boleh menyimpan 30% dari gaji mereka, iaitu sekitar RM600 sebulan.
Sekarang… bayangkan anda tergolong
di kalangan orang yang paling bertuah tersebut, dan anda mampu menyimpan
sebanyak RM600 sebulan dari wang gaji anda.
Jadi, berapa lamakah tempoh yang
diperlukan untuk anda menjadi jutawan (memiliki RM1 juta) ?
Ianya akan mengambil masa
selama……. 138 tahun!
Ini bermakna… Anda perlu mati
sebanyak 2 kali terlebih dahulu (hidup – mati – hidup semula – kemudian mati
lagi – dan hidup semula), barulah anda akan menjadi jutawan!
Mohon maaf jika bunyinya agak
sedikit kasar. Tapi itulah realitinya…
Kerja > dapat gaji > simpan!
bukanlah cara terbaik untuk menjadi jutawan.
Ada cara yang lebih mudah dan
singkat untuk menjadi jutawan!
Mahu tahu caranya?
74% PELUANG UNTUK ANDA MENJADI JUTAWAN
Klik untuk
dapatkan ebook percuma anda:
Menurut kajian yang dibuat oleh Brian Tracy International..
- 74% jutawan yang ditemui adalah merupakan golongan usahawan yang memiliki perniagaan sendiri
- 10% jutawan hasil daripada pekerjaan (makan gaji) – senior eksekutif , CEO
- 10% jutawan dari golongan profesional – doktor pakar, peguam
- 5% jutawan dari golongan jurujual – agen insuran dan agen kewangan
- 1% lain-lain – pewaris harta, menang loteri dll
Dari statistik ini, jelas boleh
dilihat… satu-satunya peluang yang paling besar untuk anda menjadi jutawan,
adalah dengan menjadi “USAHAWAN”. Peluangnya adalah setinggi 74%!
Di dalam salah satu riwayat hadis
juga ada mengatakan.. “9/10 rezeki itu adalah menerusi perniagaan”.
Jadi, tidak syak lagi… berniaga,
adalah cara paling “pasti” untuk menjadi Jutawan!
Persoalannya.. Anda mahu
berniaga apa?
4 BIDANG PERNIAGAAN PEMBUKA PINTU KEKAYAAN
Chef Li di dalam bukunya yang
bertajuk “Petunjuk Jalan Kekayaan”, ada membongkarkan 4 bidang
perniagaan yang menjadi pintu kepada kekayaan , perniagaan di dalam bidang ini
takkan tergugat walaupun dalam situasi gawat.
Permintaan pelanggan terhadap produk
yang diusahakan di dalam bidang perniagaan ini, sentiasa wujud dan bertali arus
seperti sebuah sungai yang tidak akan surut.
Ianya adalah perniagaan di dalam
bidang..
- Makanan
- Kesihatan & ubat-ubatan
- Pakaian
- Pendidikan & Latihan
4 perkara ini adalah merupakan
keperluan asas kepada kehidupan manusia, segawat mana pun ekonomi, manusia
tetap akan memerlukan makanan dan pakaian. Begitu juga dengan kesihatan dan
pendidikan, ianya adalah keperluan asas kepada kehidupan manusia.
Di dalam bidang berkaitan makanan
contohnya, paling mudah anda boleh beniaga nasi lemak, burger, kuih-muih
ataupun air minuman. Itu adalah contoh yang paling ringkas.
Namun begitu, bidang perniagaan
makanan bukan terhad kepada menjual makanan yang sudah dimasak sahaja.
Ada banyak lagi perniagaan di dalam
bidang makanan yang boleh anda lakukan seperti…
- Menjadi petani komersil yang mengusahakan tanaman makanan
- Menjadi penternak haiwan yang membekalkan daging dan tenusu
- Menjadi pemborong dan penjual bahan makanan mentah dan segar
- Memproses bahan-bahan mentah dan segar menjadi produk makanan (mee , tauhu, keropok ikan, tempe, daging burger, roti dll)
- Membekal bahan pelengkap bagi makanan seperti santan dan ais.
- Memproses dan menjual makanan segera seperti roti canai segera, karipap segera atau pau segera.
- Membuka warung makanan, restoran ataupun cafe.
Ada 100 lagi idea perniagaan yang
boleh anda lakukan.. teruskan membaca jika mahu tahu.
100 IDEA PERNIAGAAN!
Kini…. anda sudah tahu bahawa
menjadi usahawan itu adalah merupakan salah satu cara yang paling pasti untuk
menjadi jutawan.
Anda juga sudah tahu tentang 4
bidang perniagaan yang terbaik untuk anda ceburi.
Anda juga sudah ada 100 Idea
perniagaan!
Klik untuk
dapatkan ebook percuma anda:
Jadi! bagaimanakah anda boleh
bermula?
PUNCA TIDAK BERMULA!
Sebab paling besar yang menghalang
seseorang untuk bertindak dari memulakan perniagaan, adalah kerana mereka
takut!.
- Takut bangkrap
- Takut barang tak laku
- Takut nak keluar modal
- Takut nak jumpa dan bercakap dengan orang
- Takut duit modal hangus
- Takut kena tipu pelanggan atau pembekal
- Takut pelanggan tak ramai
- Takut kena santau dan buatan orang
Dan pelbagai lagi ketakutan yang
akhirnya akan menyebabkan niat untuk berniaga itu terbantut dan akhirnya
dilupakan begitu sahaja.
Hanya ada satu sahaja cara untuk
mengatasi semua ketakutan itu…..
Iaitu dengan…
IQRA… MENUNTUT ILMU
Iqra.. itulah ayat pertama yang
Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Ia sebenarnya adalah kunci kepada
segala kejayaan hidup didunia dan juga di akhirat. Iqra yang bererti
“Bacalah..” sebenarnya membawa maksud, tuntutlah ilmu..
Ramai bakal usahawan menjadi “takut
untuk bertindak” adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu tentang
sesuatu itu secara menyeluruh.
Mereka tidak nampak “The big
picture” bagaimana sesuatu perniagaan itu boleh dilakukan….
Ianya seperti menyuruh seseorang melalui sebuah lorong yang
gelap-gelita, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak dibekalkan
dengan apa-apa peralatan. Tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin, tidak ada
kayu atau senjata untuk mempertahankan diri, tidak ada wisel atau jaket
keselamatan, dan tidak ada apa-apa.
Sudah pastinya, akan muncul seribu
satu persoalan dan ketakutan di dalam minda mereka..
Bagaimana jika ada jerangkap samar
di hadapan?
Bagaimana jika ada perompak yang menyerang mereka di lorong tersebut?
Bagaimana jika ada binatang buas yang datang menerpa?
Bagaimana jika ada perompak yang menyerang mereka di lorong tersebut?
Bagaimana jika ada binatang buas yang datang menerpa?
Disebabkan semua ketakutan itu,
mereka akan mengambil keputusan untuk tidak mahu melalui lorong gelap itu.
Tetapi, bagaimana pula jika segala
info dan maklumat mengenai lorong gelap itu telah anda ketahui dan anda
dibekalkan dengan beberapa barang keperluan untuk melaluinya..
Anda tahu lorong gelap itu sepanjang
1 km
Di penghujung lorong itu ada setimbun jongkong emas.
Anda juga dibekalkan peta, lampu suluh serta beberapa kelengkapan lain.
Anda juga sudah diberitahu, tidak ada sebarang ancaman binatang buas kerana sepanjang lorong itu telah di pagar dengan pagar keselamatan.
Di penghujung lorong itu ada setimbun jongkong emas.
Anda juga dibekalkan peta, lampu suluh serta beberapa kelengkapan lain.
Anda juga sudah diberitahu, tidak ada sebarang ancaman binatang buas kerana sepanjang lorong itu telah di pagar dengan pagar keselamatan.
Sudah pastinya anda akan berasa
sedikit lega dan lebih berani untuk melalui lorong gelap tersebut.
Begitulah juga halnya apabila anda
mahu mula berniaga, anda perlu ada “peta serta peralatan asasnya”. Iaitu
sedikit perancangan dan juga ilmu-ilmu asas untuk berniaga.
Anda boleh mendapatkan ilmu-ilmu
asas tentang perniagaan dengan membaca buku, hadir seminar ataupun bertanya
kepada orang-orang yang sudah berniaga.
Amaran : Jangan sesekali bertanya “bagaimana mahu mula
berniaga?” kepada orang yang tidak pernah berniaga (sekalipun dia adalah
ahli keluarga anda). Seringkali anda akan mendengar jawapan yang
mengecewakan dan akan mematahkan semangat anda untuk mula berniaga.
Klik untuk
dapatkan ebook percuma anda:
Anda, Ingin tahu cara lebih mudah
dan lebih yakin untuk memulakan perniagaan?
DAPATKAN MENTOR!
Masih ingat tentang cerita “lorong
gelap” tadi….
Sekarang bayangkan, bagaimana jika
ada seorang penunjuk jalan, yang sudah banyak kali melalui lorong gelap
tersebut, dan bersedia untuk menemankan anda melalui lorong gelap tersebut?
Bukankah ianya lebih selamat, lebih
yakin dan lebih mudah untuk anda?
Itulah kelebihannya apabila memiliki
mentor. Mereka akan membimbing dan memberitahu anda tentang selok-belok di
dalam dunia perniagaan. Apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dielakkan.
Anda tidak perlu lagi melakukan kesilapan-kesilapan kecil atau besar yang orang
lain lakukan ataupun kesilapan yang pernah mentor anda sendiri lakukan.
Dengan adanya mentor, insyallah,
perjalanan anda dalam dunia perniagaan, akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Sebarang cabaran dan dugaan, pasti boleh diatasi dengan lebih mudah.
Selain memberikan ilmu dan tunjuk
ajar, mentor juga seringkali akan berkongsi network mereka dengan anda.
Mereka akan tunjukkan di mana dan
dari siapa untuk mendapatkan bekalan yang murah dan berkualti. Mereka juga
seringkali mempunyai rakan-rakan perniagaan yang mungkin dapat membantu anda
untuk mengembangkan lagi pasaran serta perniagaan anda kelak.
Itulah juga salah satu rahsia
kejayaan perniagaan Nabi Muhammad S.A.W.
Selain mempunyai sifat yang terpuji
(jujur & amanah) dalam perniagaan. Nabi Muhammad S.A.W telah belajar
berniaga bermentorkan bapa saudaranya, iaitu Abu Talib. Sejak berusia 12 tahun
lagi, Nabi Muhammad S.A.W sudah mengikuti Abu Talib pergi berdagang. Dari situ,
baginda belajar, bagaimana untuk menjual produk? Produk apa yang paling laku
dan senang dijual? Dari mana mendapatkan stok produk? Siapakah pembekal dan
pemborong sesuatu produk? Siapakah pelanggan-pelanggan tetap dan pelanggan kaya
bagi sesuatu produk? Segala ilmu dan network perniagaan, Nabi Muhammad
S.A.W perolehi menerusi mentornya Abu Talib.
Malahan, pelabur pertama kepada
perniagaan Nabi Muhammad S.A.W juga datang dari rangkaian (network) Abu Talib.
Abu Talib telah memperkenalkan Nabi
Muhammad S.A.W kepada Siti khadijah yang akhirnya bersetuju untuk menjadi
pelabur/pemodal kepada perniagaan Nabi uhammad S.A.W
Itulah kelebihan apabila memiliki
mentor, mereka tidak kedekut untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi “network”
mereka dengan anda..
Klik untuk
dapatkan ebook percuma anda:
Jadi… bagaimana mahu mendapatkan
mentor?
CARA MENDAPATKAN MENTOR!
Ada yang terbayang, untuk
mendapatkan mentor dalam perniagaan ini, caranya adalah sama seperti
mendapatkan tok guru untuk belajar bersilat.
Pergi ke rumah atau pejabat
usahawan-usahawan yang hebat ini dan minta mereka jadi tok guru perniagaan dan
minta mereka turunkan segala ilmu mereka kepada anda secepat mungkin dengan
begitu sahaja.
Maaf! Ianya bukan semudah itu….
Usahawan-usahawan yang hebat ini
selalunya adalah orang yang sangat sibuk. Mereka tidak ada masa untuk melayani
orang-orang yang mereka tidak kenali yang secara tiba-tiba datang dan mohon
diajari tentang selok-belok berniaga.
Cara terbaik untuk mendekati
usahawan jutawan ini adalah dengan hadir ke seminar-seminar yang
melibatkan mereka. Pada ketika itu, mereka akan berada di dalam mood
“terbuka” untuk berkongsi pengalaman, tips, serta rahsia-rahsia perniagaan
mereka.
Mereka juga sedia untuk
berkenalan dengan orang-orang baru.
Jadi, pada waktu itulah peluang anda
untuk membia hubungan dengan mereka. Perkenalkan diri anda kepada mereka, tegur
mereka, berikan kad perniagaan anda kepada mereka, tanya 1-2 soalan dan
kemudian bergambar dengan mereka.
Insyallah mereka akan mudah
mengingati anda.
Selepas pertemuan itu, anda boleh
membuat follow-up, mungkin menyapa mereka di facebook, twitter ataupun email.
Lebih elok lagi, jika anda dapat hadir lagi ke beberapa seminar mereka yang
lain atau menyertai group kecil yang dikendalikan oleh mereka.
Dengan cara ini, mereka akan lebih
mudah untuk menjadi mentor anda.
Klik untuk
dapatkan ebook percuma anda:
Sudah bersedia untuk memiliki
mentor?
PELUANG BERTEMU MENTOR
Pada 9&10 November (Sabtu
& Ahad) , bertempat di Dewan Convention, Menara TM di Kuala
Lumpur. Seramai 7 orang mentor usahawan jutawan akan berkumpul dan memberikan
tips serta pengalaman mereka kepada semua peserta-peserta seminar.
7 Mentor Usahawan ini adalah
merupakan usahawan yang berjaya dari pelbagai bidang.
Inilah peluang untuk anda bertemu
dengan beberapa orang mentor secara serentak dengan kos yang paling minimum.
Mungkin ini akan menjadi detik
“turning point” di dalam kehidupan anda untuk berubah dan berjaya dalam dunia
perniagaan.
Namun begitu, seminar ini bukanlah
untuk semua orang… Jika anda sudah selesa dengan kehidupan anda dan
beranggapan, kekayaan itu adalah sumber kepada kejahatan, serta semua
orang kaya adalah jahat dan penipu dan mereka semua akan masuk ke neraka di
akhirat kelak.
Maka, seminar ini bukanlah untuk
anda.
In kerana, di dalam seminar ini
nanti, semua mentor akan cuba mencari mantee-mantee untuk mereka bimbing dengan
lebih dekat lagi. Jadi, mereka perlukan orang-orang yang berfikiran positif
serta mempunyai keinginan dan semangat yang kuat untuk berubah dan berjaya di
dalam dunia perniagaan yang diceburi.
Jika anda tergolong di dalam
golongan itu, daftar segera ke seminar ini, kerana para mentor sedang menanti
kehadiran anda.
Klik untuk
dapatkan ebook percuma anda:
IA BUKAN YURAN, IA ADALAH PELABURAN…
Pelaburan anda, hanyalah RM200…
Pelaburan yang terbaik adalah
pelaburan kepada ilmu untuk diri sendiri, tambahan lagi, anda juga akan
berpeluang membina network yang lebih luas apabila hadir ke seminar ini.
Bukan sahaja network dengan
mentor-mentor, malah, anda juga berpeluang untuk bernetwork dengan rakan-rakan
usahawan yang lain.
Hey! Anda tidak tahu dengan siapa
yang akan anda bakal bertemu… mungkin ianya seseorang yang akan menjadi rakan
kongsi kepada perniagaan anda kelak. Mungkin juga anda akan bertemu bakal
pelabur kepada perniagaan anda….
Tidak mengapa jika anda belum lagi
mempunyai apa-apa perniagaan pada hari ini..
Di dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari..
“Sesiapa yang ingin dimudahkan rezekinya
atau dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim.”
Dalam konteks bisnes, silaturrahim
itu adalah network. Kenali dan bina hubungan dengan seramai orang, kerana,
rezeki Allah itu, akan sampai kepada kita menerusi “orang”… ia tidak akan turun
dan jatuh dari langit secara tiba-tiba, tetapi ianya akan sampai kepada kita
dengan cara orang membeli produk kita, atau orang merekemen rakan-rakannya
kepada kita.
Kesemua mereka adalah “orang”…
jadi, bina network dan eratkan silaturrahim dengan ramai orang. Lebih
ramai orang yang kita kenali, lebih mudah rezeki akan sampai kepada kita.
Jadi, 3 perkara yang akan anda
perolehi apabila hadir ke seminar ini nanti ialah…
- Ilmu perniagaan yang sebenar dan praktikal
- Mentor yang berwibawa
- Network yang berkualiti
Nilainya jauh lebih besar dari RM200
yang anda laburkan.
Perlu diingat, seminar ini adalah
untuk tempoh 2 hari! Bukan 1 hari… Tetapi! 2 hari yang dipenuhi dengan
aura-aura positif dan suasana yang membakar semangat untuk berjaya dalam
perniagaan.
Pelaburan RM200 yang anda keluarkan
hari ini, insyallah akan memberikan anda pulangan yang berlipatkali ganda di
masa hadapan..
PENDAFTARAN
- Tiket Seminar Inspirasi & Formula Usahawan (SIFU) - 7 Mentor, 7 Industri*
Klik untuk
dapatkan ebook percuma anda:
Tarikh :
9&10 November 2013
Tempat : Menara TM, Kuala Lumpur
Tempat : Menara TM, Kuala Lumpur
Terma
& Syarat
1. Bayaran hendaklah dijelaskan
dalam masa 3 hari selepas borang pendaftaran diisi. Jika gagal, invois dan
pendaftaran anda akan dikira terbatal.
2. Pembatalan : Yuran tidak akan
dikembalikan sekiranya pembatalan penyertaan dibuat. Walaubagaimanapun ,
gantian peserta adalah dibenarkan.
3. Pihak penganjur berhak membuat
sebarang perubahan yang tidak dapat dielakkan tanpa memaklumkan kepada peserta
terlebih dahulu.
Klik untuk
dapatkan ebook percuma anda:
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.