“Dialah yang memperlihatkan kepadamu
tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan
tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang kembali kepada
ALLAH” Surah al-Mukmin, ayat 13.
Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah
khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia
merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya,
Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke
kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di
kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menarik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak
berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam
nada cemas dan menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika
itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami
solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak
dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.
“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang
wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur.
Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan
diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya berjalan menghampiri penjaga kubur,
Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di
situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari
bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat
cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam
bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu
berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas
hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di
pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang
dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak
apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah
yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang.
Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam
semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya
memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung
tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelah,”
doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu
terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka
mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu.
Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur.
Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak
ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari
bertempiaran. Ada yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu.
Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari
kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat
daripada batu.
Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan
dengan di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin
dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai.
Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari
besi atau batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk
diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus.
Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang
ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang
tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad membuka lubang tersebut dengan
berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg
sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke
belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun bukan, anaconda tidak mungkin.
Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak
al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan
menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata
abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula.
Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya
berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan
kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah
lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya
segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing
terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada
lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,”
beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas
mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka
membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …”
Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang.
Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang
yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang
tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk
mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan
kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya
memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed
menjerit. Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris
jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir.
Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak
percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.
“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul
dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya
abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di
wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab
peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya.
Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya,
tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular
sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin tanah haram tak mahu terima
jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata
abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan saja di Jeddah?” saran
saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata
abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir.
Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi
jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja
jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan
dengan selamat.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada
lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan
gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat.
Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak
lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu
membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami
alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal
usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai
jururawat di Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat,
cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila
malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah
lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang,
berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat
hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk
mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang
saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan.
Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang
menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada
siapa yang mengetahui.
Namun hari tidak selalu panas, kadang
kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir
para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat
moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad
tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini.
Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan
dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas,
katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda
bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini
sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa
kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak
membersihkan dirinya daripada air kencing.”
Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.