Wednesday, September 11, 2013

SIAPA SEBENARNYA KITA?

Kalimah Allah dibentuk oleh awan putih di Botany Bay, Sydney Australia pada 4 Disember 2012
Kalimah Allah dibentuk oleh awan putih di Botany Bay, Sydney Australia pada 4 Disember 2012
Siapa sebenarnya kita ? Apa tanggungjawab yang ALLAH  telah  pikulkan   kepada kita yang mesti   kita fahami, yakini dan laksanakan dengan sebaik-baiknya. Manusia yang  ALLAH cipta di atas muka bumi  ini ada dua tugas atau ada dua tanggungjawab ataupun ada  dua  peranan  yang  mesti dilaksanakan. Pertama, sebagai  khalifah  Tuhan  untuk  mengatur dan  mentadbir bumi  ini.  Ini  dijelaskan dalam Al Quran. Firman ALLAH: Sesungguhnya  Aku ingin jadikan seorang khalifah di muka bumi ini.  (Al Baqarah: 30) Kedua,  sebagai  hamba-Nya  yang  mesti   mengabdikan   diri   kepada   ALLAH   SWT.  Ini telah dijelaskan dalam firman-Nya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Az Zariyat: 56)

Kedua-dua  tanggungjawab  ini  (sebagai  khalifah Tuhan dan hamba-Nya) hendaklah difahami,   diyakini  dan  dilaksanakan  dengan  sebaik-baiknya  sesuai dengan   kehendak   ALLAH,   selaras   dengan  isi  Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya berjaya  kita    melaksanakannya,  ianya  akan  diredhai. oleh  ALLAH  SWT.  Bila  ALLAH  redha,  kita  akan selamat dari api  Neraka dan kita  akan ke Syurga. Tapi kalau   kedua-dua   tanggungjawab   ini   kita  cuai laksanakan dengan sebaik-baiknya, maka kemurkaan ALLAH yang  kita   akan dapat bukan  redha-Nya.  Bila hidup  tanpa  keredhaan  ALLAH,  kiranya   kita   mati, bukan  Syurga  tempat  kediaman  kita    tetapi  Neraka. wal’iyazubillah. Kita tidak akan memperkatakan tentang  peranan  manusia  sebagai  khalifah  ALLAH. Tetapi sebaliknya  kita akan memperkatakan peranan  manusia sebagai hamba ALLAH yang hidupnya  mengabdikan diri kepada ALLAH SWT. Ada tiga tugas   yang mesti difahami, diyakini  dan dilaksanakan oleh setiap hamba ALLAH.
Seorang  hamba  itu  mesti  melaksanakan  seluruh  perintah   ALLAH   SWT.   Perintah  ALLAh   ini   terlalu banyak. Ada yang berbentuk fardhu ain  dan ada  yang berbentuk soal-soal fardhu kifayah. Ada yang berbentuk sunat muakad, ada  yang berbentuk sunat ghairu-muakad. Ada perkara-perkara harus yang sebaik-baiknya  dijadikan ibadah  asalkan  boleh  menempuh  lima syaratnya. Sekiranya  kita berjaya  menegakkan segala perintah
ALLAH ini bermakna secara tak langsung kita telah berjaya menegakkan  amal soleh. Antara perintah- perintah ALLAH untuk dilaksanakan oleh setiap hamba-Nya ialah sembahyang, puasa, zakat, haji, ji- had, berkorban, berukhuwah, belajar, mengajar, menutup aurat, berziarah, bertolong bantu dalam perkara kebaikan, berdakwah, bermesyuarat, bermaaf-maafan  dan lain-lain lagi.
Setiap hamba ALLAH hendaklah menjauhi apa yang dilarang  oleh  ALLAH  SWT.  Perkara-perkara  yang dilarang oleh ALLAH juga ribuan banyaknya. Ada yang berbentuk dosa-dosa besar, ada yang berbentuk dosa-dosa kecil. Ada yang berbentuk makruh dan ada yang berbentuk haram. Sekiranya kita gagal menjauhi larangan-larangan tersebut bermakna  kita akan menjadi hamba ALLAH yang derhaka. Antara perkara-perkara  yang menjadi  larangan  ALLAH  yang mesti ditinggalkan  ialah  zina,  liwat, riba, minum  arak,  judi, bergaul bebas lelaki perempuan, mendedahkan  aurat, berakhlak  jahat, hasad dengki, pemarah,  pendendam,  tamak,  riyak,  suka  puji, suka  dimuliakan,   putus asa dan ego.
Setiap hamba ALLAH itu mesti mengekalkan rasa kehambaan  kepada  ALLAH  SWT. Perkara  inilah  yang akan kita perkatakan secara terperinci di dalam tulisan ini. Seseorang itu dia tahu yang dirinya seorang  hamba, tidak sama dengan dia merasa dirinya hamba. Dia tahu yang dirinya hamba;  ini adalah  kesedaran  akalnya  sahaja.  Akalnya  tahu yang dirinya hamba ALLAH. Memang tidak ada manusia secara sedar, tidak mengaku dirinya hamba ALLAH. Seseorang itu bila dia rasa dirinya hamba ALLAH, sebenarnya hatinyalah yang merasakan demikian. Kesedaran  akal yang dia tahu dirinya  seorang  hamba ALLAH tidak membuat seseorang itu bersifat hamba ALLAH.  Ia  berlainan  sekali  kalau  seseorang  itu hatinya  merasa  dirinya  hamba  ALLAH.   Ini membuatkan seseorang   itu   dapat   bersikap   dan memiliki sifat hamba. Perbahasan  kita ialah  rasa kehambaan; bukan tahu dirinya hamba. Tahu diri hamba tidak  sama dengan rasa dirinya hamba. Tahu berpusat pada akal, rasa berpusat pada hati. Pada akal seseorang itu di katakan ‘alim pada hati dikatakan ‘arif.
Sebagai hamba ALLAH, dia wajib mengekalkan rasa kehambaan  itu walau  di mana sahaja  dia berada. Dia mesti merasa hamba ketika berjalan, semasa duduk, bercakap, semasa berjuang, waktu bekerja, ketika bersendirian ataupun ramai. Namun untuk mengekalkan rasa kehambaan ini bukanlah mudah. Ia  bermula di dalam  hati yang melibatkan soal rasa yang sangat seni, sangat maknawi, bersifat rohaniah (bersifat kejiwaan) dan halus. Apa yang selalu terasa dalam hati manusia ialah rasa sebaliknya, iaitu rasa ketuanan. Manusia selalu merasa dirinya besar dan berkuasa  serta  menganggap  dirinya  tuan  kepada orang lain. Sedangkan rasa ketuanan itu adalah hak mutlak ALLAH SWT. Bukan hak makhluk dan bukan hak manusia. Malah lebih  berat daripada itu, kalau  dia  mempunyai  rasa ketuhanan.  Ia merasa dirinya  Tuhan  walaupun  sebenarnya  dia  adalah hamba. Sebab itu rasa ego, rasa takbur, rasa gagah, dan lain-lain  rasa ketuhanan  berakar  umbi  dalam hati manusia hari ini.
Rasakanlah diri kita sentiasa  berdosa, sekalipun kita tidak nampak  dosa kita, apatah lagi jika nampak,  agar kita dapat mengekalkan  sifat kehambaan yang kita ini  memang hamba. - Abuya Ashaari Muhammad
Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba. – Abuya Ashaari Muhammad
Seseorang hamba itu  mesti  merasakan  dirinya hamba yang sifatnya mesti dibawa ke  mana-mana. Apakah rasa sifat kehambaan itu?  Sifat-sifat hamba itu terlalu banyak. Antaranya ialah rasa malu, rasa takut, rasa hebat kepada ALLAH, rasa kurang, rasa lemah, rasa  harap, rasa bersalah, rasa hina dan rasa diri selalu diawasi. Bila sifat  ini dapat menjadi pakaian hati maka dengan sendirinya akan terkikislah rasa ketuanan,  lebih-lebih  lagi  rasa  ketuhanan.  Sebab manusia yang berjuang dan berjihad, berkuasa, berpangkat besar dan pandai, kalau rasa kehambaan ini tidak ada, maka dia akan rasa dirinya tuan. Bila ada rasa ketuanan, dirinya akan rasa angkuh, sombong dan ego. Dia akan merempuh siapa saja yang  hendak dirempuh; menyalahgunakan kuasa, berani melakukan bermacam-macam lagi keangkuhan,   keingkaran, kedurjanaan dan kemungkaran di  atas muka bumi ini. Tetapi  sebaliknya  kalau  rasa kehambaan   ini bertapak di hatinya, dia tidak akan melakukan kesalahan dan kesilapan kerana dia mendapat pimpinan dari ALLAH SWT. Maka kuasa yang ada di tangannya dijadikan alat untuk berbakti kepada ALLAH, harta yang banyak dijadikan alat untuk dikorbankan pada perintah ALLAH. Begitu juga dengan tenaga, ilmu pengetahuan  dan ftkiran akan dihalakan  atau digunakan untuk ALLAH SWT.
Semuanya  ini akan menyelamatkannya di dunia dan di Akhirat. Rasa kehambaan ini boleh membentuk keperibadian  kita  selaras  dengan  kehendak  Al  Quran  dan Sunnah.   Rasa malu, jika dapat dibawa ke mana-mana, akan dapat menjadi perisai diri daripada melakukan dosa. Rasa malu  juga  akan  menghalang  manusia daripada   menyalahgunakan   nikmat  ALLAH, dan bertindak  sewenang-wenangnya.  Malah  dengan  rasa malu kita  akan redha dengan ketentuan Allah dan akan  bersabar   bila berhadapan dengan ujian-ujianNya. Rasa takut dan hebat kepada ALLAH jika diresapkan kedalam jiwa akan menghindarkan seseorang hamba (manusia) daripada melakukan dosa.  Ini   akan menjadi  pendorong  kuat  bagi  seseorang  untuk  melaku kan   kebaikan dan sekaligus menghilangkan rasa hebat  dengan diri sendiri. Rasa lemah diri jika ada pada  seseorang  hamba pula akan mengikis rasa diri lebih (super) dari orang lain, rasa diri berkuasa, lebih kuat, lebih gagah yang dengan itu akan menimbulkan sifat takbur dalam pergaulan  kerana  dia  sering  memandang   rendah  pada orang lain. Dirasakan orang lain bodoh  dan   dia sahaja  yang  bijak,  dia  sahaja  yang  mampu  melaksanakan  apa jua  kerja atau  tugas. Rasa   harap   yang  ada   di   dalam  hati   seorang hamba akan menghilangkan perasaan putus asa  dan kecewa dalam hidup. Dia akan sentiasa yakin bahawa suatu ketika nanti ALLAH  pasti   membantunya.
Firman ALLAH:  Jangan engkau termasuk orang- orang yang putus harapan (dari   rahmat   ALLAH). Firman Allah : Orang  yang putus harapan dari rahmat Allah  itu hanya orang yang  sesat. (Al  Hijr:  56)
Rasa diri serba kekurangan akan dapat menghilangkan rasa ujub, takbur, sombong, ego, rasa luar biasa pada kebolehan dan kemampuan diri sendiri serta rasa diri ada kuasa. Sedangkan walau bagaimana besar sekalipun kuasanya, hakikatnya dia tidak berkuasa. Kerana kuasa itu ALLAH yang beri. Bila- bila  masa  saja  ALLAH  boleh  menghapuskan  sifat ‘keakuan’ yang menjadi  punca kepada persengketaan dalam  masyarakat. Rasa bersalah jika sentiasa beitapak dalam jiwa dan dibawa  ke mana-mana akan menghilangkan  rasa diri suci atau diri bersih dari dosa. Sebaliknya akan timbul rasa ingin bertaubat kepada ALLAH SWT. Sedangkan  sebagai  manusia   biasa, kita tidak  dapat  tidak mesti terlibat dengan dosa. Sama ada dosa besar atau kecil, dosa lahir mahupun batin, secara sedar atau tidak. Oleh itu rasa diri bersih daripada dosa adalah sikap yang bahaya kerana ini akan menjerumuskan kita ke dalam Neraka. Jangan anggap orang lain sahaja yang kotor, yang berdosa dan yang bersalah sebaliknya kita tidak. Kita tidak boleh mengaku diri kjta sahaja yang bersih, tidak berdosa dan tidak bersalah. Ini   bukan sifat seorang hamba. ALLAH mengingatkan kita dalam Al  Quran:  Apakah kamu tidak dapati  orang yang menganggap diri  bersih?  Bahkan sebenamya ALLAH yang membersihkan  sesiapa  yang Ia kehen daki. (An Nisa’: 49)
Ayat ini jelas menunjukkan hanya ALLAH yang layak membersihkan diri kita dan siapa yang Ia kehendaki. Kita tidak boleh sekali-kali mengaku diri sudah bersih dan tidak berdosa.
Rasa hina jika dimiliki boleh menghilangkan  sifat-sifat kibir, sombong, ego atau angkuh. Sombong dan angkuh  boleh  merenggangkan rasa ukhuwah  dan persaudaraan. Ia  juga akan berani melakukan penyelewengan dengan nikmat yang ALLAH telah kurniakan kepadanya. Dia akan menyalahgunakan kuasa dan  harta, tidak boleh ditegur, tidak boleh  meneri- ma kebenaran kerana terasa dirinya ada kelebihan. Satu lagi   rasa kehambaan yang mesti ada dalam hati manusia ialah merasa diri sentiasa diawasi oleh ALLAH. Firman ALLAH:  Sesungguhnya  ALLAH  SWT  itu atas tiaptiap   sesuatu sentiasa  nwmerhati. (Al Haj: 17)
Sifat ini juga jika dapat ditanam di dalam jiwa akan dapat melahirkan rasa takut untuk membuat kesalahan,   takut berlaku  cuai, takut melakukan  dosa dan takut untuk derhaka kepada ALLAH SWT. Inilah antara rasa-rasa kehambaan yang patut bertapak dalam  hati seorang  hamba. Rasa-rasa  kehambaan ini mesti selalu disuburkan kerana dengan itu sahajalah kita dapat berbakti dan tunduk kepada ALLAH  SWT dalam ertikata  yang sebenarnya.  Inilah yang dikehendaki oleh Rasulullah dalam Sabdanya: Hendaklah kamu takut  kepada ALLAH di  mana  sahaja kamu berada. (Riwayat  Ahmad, At  tarmizi  dan Al Baihaqi)
Firman   ALLAH:  Orang-orang  yang sentiasa  mengingati ALLAH ketika berdiri,  duduk dan berbaring. (Ali Imran: 191) Rasulullah SAW telah bersabda:  Hendaklah kamu menyembah ALLAH seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jikalau kamu tiduk dapat melihat ALLAH muka hendaklah kamu rasakan bahawa ALLAH sedang melihat kamu. (Muslim)
Tegasnya apa yang dikatakan ihsan itu sebenarnya  ialah  rasa  kehambaan,  yang  dapat  dirasakan  setiap ketika, walau di  mana sahaja. Sifat kehambaan mestilah dibawa di dalam perjuangan,  ibadah,  mencari  rezeki,   belajar,  mengajar dan lain-lain lagi. Jika rasa  itu  sentiasa  bersama hati   kita,  insyaALLAH, perjuangan  kita   akan tepat, ibadah kita  akan diterima, rezeki kita  akan diberkati malah apa sahaja ysng kita  usahakan  akan  mendapat keredhaan ALLAH. Hanya dengan  ini sahajalah  kita akan  dapat  mengawal  diri  kita   daripada  melakukan kesalahan dan dosa.
Bila rasa kehambaan itu dapat dikekalkan,  seseorang  itu  akan  dapat  merasakan  kesan-kesanyang tertentu  pada dirinya. Apakah kesan rasa  kehambaan  kepada  diri  seseorang?  Apabila  dia  mendapat kejayaan,  dirasakan bukan dia yang menjayakan, tetapi ALLAH-lah yang menjayakannya. Jika dia berilmu, dirasakan ilmu itu bukan dari usahanya tetapi ALLAH  SWT-lah   yang   memjadikan   dia   berilmu.
Sebaliknya bila dia  gagal,  dia  merasakan  kegagalan adalah disebabkan oleh kesalahannya. Dia tidak sakit jiwa  untuk  menyalahkan  orang  lain,  lebih-lebih  lagi dia tidak akan menyalahkan ALLAH SWT. Bila seseorang   hamba   itu   mendapat   kemajuan,   dia   rasa ALLAH-lah   yang   memberi  dia   kemajuan.   Kalau seorang hamba itu  pandai, dia rasa dia tidak  pandai sendiri,   tapi   kepandaian   itu   pemberian   ALLAH. Kalau ia  dapat kekuatan dan kemenangan, dia tidak rasa  kagum  pada   diri  sendiri,  rasa  angkuh,  ego, sombong dan dia tidak bermegah. Kerana dia sedar bahawa  kekuatan  dan  kemenangan  adalah  anugerah ALLAH padanya. Bila seorang hamba itu berpangkat, maka dia rasa ALLAH-lah yang memberi.  Maka tidak  ada  rasa sombong dan ego  pada   dirinya  lagi.  Ertinya dia menafikan segala-gala yang ada  pada   dirinya. Dia tidak nampak dirinya, pandai,  dirinya berkuasa,  diri- nya berilmu, dirinya berjaya, dirinya kuat, sebaliknya yang  dia  nampak  hanyalah  ALLAH  SWT.  Dia  nampak,  ALLAH…  ALLAH…   ALLAH…   ALLAH semata-mata. Dia tidak nampak dirinya lagi. Dirinya sudah tenggelam, yang ada hanya   ALLAH.   Dan ALLAH amat jelas pada   mata  hatinya. “La maujud illa A llah”. Tiada yang  ada  melainkan Allah. Tetapi perkara sebaliknya akan berlaku jika sifat kehambaan tidak ada dalam  hati seseorang.  Kalau  dia berjuang  dan mengatur  masyarakat,  maka dia terasa dirinya tuan.
Lebih merbahaya lagi   kalau mengaku dirinya Tuhan. Kemungkaran,   penganiayaan,   penzaliman,  keingkaran  serta  penyalahgunaan  kuasa, harta, ilmu dan apa saja nikmat yang ALLAH kurniakan akan berleluasa di muka  bumi  ini. Masing-masing bertindak  sewenang-wenangnya  tanpa    rasa  malu, takut dan hormat kepada ALLAH. Apalagi kepada sesama  manusia.  Maka  akan  kacau-bilau,  porak- peranda dan punah-ranahlah dunia ini. Inilah yang dikatakan  ‘neraka’  dunia  sebelum  Neraka  di Akhirat. Inilah punca kerosakan di muka  bumi ALLAH ini. Firman ALLAH:  Lahirlah kerosakan di  lautan  dan di  daratan  yang  disebabkan  usaha  perbuatan munusia itu  sendiri (Ar  Rum: 41)
Akibat daripada itu, manusia akan menderita di dunia lagi, sebelum menderita di Akhirat yang kekal abadi. Sebenarnya dengan mengekalkan sifat kehambaan, inilah rahsia keamanan dan kedamaian  hidup. Juga, inilah  rahsia  untuk  menyelesaikan  segala  masalah, rahsia untuk membangunkan ummah dan menumpaskan   segala penyakit masyarakat.  Huru-hara, kacau-bilau,  peperangan  dan  krisis  yang  sedang dideritai oleh dunia hari ini ialah kerana manusia telah hilang rasa kehambaan. Bila hamba tidak terasa hamba. Tunggulah  kebinasaan  dan kehinaan. Inilah petaka yang melanda dunia sekarang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.