Sebagai renungan bersama ^_^
Selalunya
Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan
syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita
tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada
kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu
ialah:
- Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT.
- Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
- Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
- Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.
Ibrahim
Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang
ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami
tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham
menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara,
iaitu”:
- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
- Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
- Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
- Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
- Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Daripada
sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa
kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi
Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang
melimpah ruah – setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap
permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.
Bey
Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa
seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri
serendah-rendahnya (khusyu’ dan tawadhu’) sewaktu berdoa, serta
memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa
atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan
dimurkai Allah.
Di sinilah letaknya
rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari
manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu
mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi’iin, para wali
dan orang soleh lainnya.
Untuk
membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah
dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab
berdoa. Di antara adab-adab berdoa ialah:
- Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
- Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
- Berdoa dengan menghadap kiblat.
- Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
- Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
- Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
- Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
- Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
- Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
- Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.
Doa ni doa yang selalu dibaca oleh para jemaah umrah dan haji,,,
“Allahumma Yassir Wa la Tu’assir Ya Kareem”Ya Allah permudahkanlah, dan janganlah Kau sukarkan, Wahai Maha Mulia.
Pertama kali SAYA dengar doa untuk permudahkan urusan ni masa pergi oversea kali yang ke...(x ingat dh) Alhamdulillah memang lepas semua imigresen,,,
Sekarang pun saya masih amalkan doa ni, tak kira nak bawa motor ke, nak permudahkan urusan ke.. terus amalkan doa ni.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan tanpa kita sedari, kadang tak percaya pulak benda yang sepatutnya tak boleh diselesaikan akhirnya dapat diselesaikan.. Alhamdulillah
sayaingat lagi, time tu dah lambat nak pergi kerja,, sambil-sambil bawa motor baca doa ni, Alhamdulillah Allah permudahkan, lampu isyarat hijau je sepanjang perjalanan ke ofis..ALHAMDULILLAH,,
Sebenarnya banyak lagi,, tapi hanya ni saya boleh kongsikan :)
Inilah kekuatan doa,,,
Jangan ingat kita ni berpangkat besar, kaya raya tanpa doa atau berkat dari Sang Pencipta yakni Allah,, siapalah kita... ZERO
nak jadi ZERO To HERO mestilah sentiasa dekat denganNYA,,,
Inshaallah semua hajat kita akan ditunaikan..
Amin...
Doa-doa pendek lain sumber kekuatan jiwa
“Hasbunallahu wa ni’mal wakil”
Cukuplah Allah bagiku.
Mudahkan?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.