Pintu Syurga
Dengan namaNya, kita berserah diri memohon keampunanNya dan mengharap keberkatan dariNya.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
|
Dari seribu anak Adam lelaki dan
wanita (manusia keseluruhannya) hanya 1 (satu) sahaja yang layak menjadi
ahli Syurga sementara selebihnya 999 adalah Ahli Neraka. Siapakah
mereka? Ingatlah hanya satu dari seribu, bilangan yang amat kecil. Ini
sebagai panduan untuk kita mengenal diri sendiri sama ada terdiri dari
golongan 1 atau 999.
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.”
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.”
… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?”
Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Hadis ini mempunyai rahsia yang Rasulullah saw cuba sampaikan, Selama ini sukar untuk ditafsirkan secara telus dibimbangi salah tanggapan. Namun peristiwa demi peristiwa yang tejadi sejak kebelakangan ini mendorong kita untuk mengenal siapakah mereka, terutamanya Yakjuj dan Makjuj yang juga digambarkan sebagai ahli fasad iaitu pembuat kerosakan di muka bumi. Manusia dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
1. Golongan Beriman (ahli syurga)
2. Yakjuj dan Makjuj (ahli neraka)
Yakjuj dan Makjuj? Ahli neraka itu ialah Yakjuj dan Makjuj? Masya-Allah, kita juga mungkin tergolong di kalangan makhluk perosak ini? Yakjuj dan Makjuj adalah mereka yang terpedaya dengan nafsu, menzalimi diri dan dunia keseluruhannya, melakukan fasad. Itulah pesan Baginda Rasulullah saw. Untuk melepaskan diri dari kumpulan Yakjuj dan Makjuj, kita harus berusaha meningkatkan nafsu kita ke tahap yang diredhai Allah.
Hanya satu dari seribu.
Mengapa begitu sukar anak Adam menjadi Ahli Syurga? Ia adalah disebabkan
oleh nafsu manusia sendiri yang amat suka kepada kepalsuan berbanding
kebenaran. Manusia yang dijamin ke Syurga ialah mereka yang sekurang-nya
memiliki nafsu bertaraf MUTHMAINNAH. Iaitu nafsu yang sederhana
tetapi dianggap terlemah dalam kelompok nafsu mulia dimiliki anak Adam.
Hanya nafsu ini (muthmainnah) dan nafsu-nafsu yang lebih tinggi
darjatnya sahaja yang diterima oleh Maha Pencipta.
Itulah "Pintu Syurga" yang
mampu dicapai oleh setiap insan dengan harapan meningkat lebih tinggi
mencapai makam terpuji "Nafsu Radhiah, Mardhiah dan Kamaliah". Selain
dari ini, anak Adam akan terjerumus ke dalam neraka yang amat dahsyat
siksanya.
Nafsu yang tercela ialah nafsu "AMARAH" yang
menjadi pakaian sebilangan besar anak Adam. Ia juga layak disebut
sebagai nafsu haiwaniah, iaitu bersifat dengan sifat haiwan. Tiada
kemuliaan bagi mereka yang mempunyai sifat sedemikian. Mereka bakal
mendiami neraka. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari menjadi
sebahagian dari mereka.
Nafsu Amarah, Lawamah dan Mulhimah adalah nafsu tahap rendah yang tidak ada jaminan Syurga.
Pembersihan nafsu perlu di
lakukan berperingkat-peringkat dan sebaiknya dibimbing oleh MURSYID yang
mengetahui rahsia zahir dan rahsia bathin. Sebelum itu kita mesti
mengenali dan memahami bentuk dan tahap nafsu manusia ini.
NAFSU MANUSIA
Nafsu membawa pengertian kepada
apa sahaja tabiat-tabiat atau kelakuan yang membabitkan perasaan marah,
nafsu berahi dan syahwat dan semua sifat-sifat yang keji. Tetapi apabila
nafsu -nafsu ini diasah dengan ibadah seperti zikir, maka dapatlah
nafsu-nafsu ini berubah dari yang keji menjadi nafsu yang terpuji.
Adapun martabat-martabat nafsu manusia itu terbahagi kepada 7 martabat.
1. Nafsu Amarah.
-suka melakukan perbuatan yang
keji dan hina dan tidak pernah terasa menyesal akan perbuatanya.
Contohnya, dia tidak akan berasa kesal dan sedih bila meninggalkan
solat. Inilah sehina-hina martabat nafsu dan tempatnya ialah neraka
jahannam. Antara sifat orang yang memiliki nafsu ini ialah bakhil,
sukakan dunia, panjang angan-angan, sombong dan bongkak, hasad dengki,
inginkan keagungan, dendam, khianat, lalai kepada Allah dan mudah marah,
takabbur, tamak, materialistik, sering mengikuti keinginan syahwat
secara berlebihan.
Nafsu amarah ialah tahap nafsu
yang paling rendah. Nafsu amarah cenderung mendorong manusia untuk
melakukan perbuatan keji dan rendah. Keberadaan nafsu ini disebutkan
dalam Surat Yusuf ayat 53. "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari
kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada
kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
2. Nafsu Lawamah.
Tahap yang lebih tinggi ialah
nafsul lawwamah. Manusia yang memiliki nafsu ini sering mengkritik dan
menyesali tindakan yang tidak patut yang dilakukannya atas dorongan
nafsul lawwamah. Keberadaan nafsu ini disebutkan dalam Surat Al Qiyamah
ayat 2. ...dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)."
-ahli nafsu ini suka mengkritik
diri sendiri atau mencela diri sendiri apabila melakukan kesalahan atau
dosa. Nafsu ini lebih elok dari nafsu amarah tadi. Dia akan mencela diri
sendiri kerana berbuat dosa dan salah. Namun nafsu ini tidak dijamin
syurganya. Antara sifat-sifat nafsu ini ialah mencela diri sendiri,
terdapat perasaan kecut hati bila melakukan kesalahan, ria', sifat-sifat
keaipan hati, suka mendapat pijian, menyangkakan dirinya lebih baik dan
bertabiat berfikir (bertafakur). Pada tahap ini seseorang akan
menyesali perbuatan buruknya, dia sering merenung dan mengkritik semua
perbuatannya yang lepas. Setelah itu dia berusaha agar perbuatan buruk
yang telah dilakukan tidak berulang kembali.
3. Nafsu Mulhimah.
Tahap nafsu yang ketiga adalah nafsu mulhammah. Kedudukannya didalam Al-Qur'an ada disebutkan dalam Surat Asy Syam ayat 7-10 "...dan
jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan
kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya
beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu ,dan sesungguhnya rugilah
orang yang mengotorinya.."
-tatkala nafsu amarah dan lawamah
tadi dapat dileburkan, maka berpindah pula kepada nafsu yang lebih
tinggi dipanggil mulhimah. Di mana terkikis segala prasangka kotor yang
datang dari syaitan dan diganti dengan malaikat atau Allah iaitu
"ilham". Antara sifat nafsu ini ialah tidak sayangkan harta, berilmu
laduni, sentiasa berasa cukup, timbul perasaan merendah diri pada Allah,
taubat yang benar, sabar yang hakki, tahan menanggung kesusahan dan
macm2 lagi sifat terpuji. Namun begitu, peringkat nafsu ini masih belum
dijamin syurganya kerana ia masih berada diawangan yang mana boleh
berubah bila-bila masa sahaja. Jika tidak diasah dengan betul, ia akan
lenyap.
Orang yang telah mencapai tahap
ini mampu mengendalikan dirinya dari mengikuti keinginan nafsu yang
rendah. Ia dapat membezakan yang hak dan yang batil. Ia selalu menjaga
dirinya dari melakukan perbuatan tercela dan selalu berusaha untuk
meningkatkan iman dan taqwanya. Berusaha mengerjakan amal soleh
sebanyak-banyaknya.
4. Nafsu Muthmainnah.
Tahap nafsu yang kempat ialah nafsu muthmainnah. Kedudukan nafsu ini didalam Qur'an disebutkan dalam Surat Al fajr 27-31. "Hai
jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi
diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah
ke dalam surga-Ku."
-ahli nafsu ini adalah terpuji
dan termasuk dikalangan wali kecil. Ahli nafsu ini dijamin syurganya.
Biasanya ahli-ahli ini mempunyai keramat kecil seperti mengetahui
hal-hal loh mahfuz dan mendapat ilmu secara ilham dari Allah. Dan tidak
semestinya keramahnya dapat dilihat dengan zahir. Dan ahli nafsu ini
doanya bersih dan makbul. Antara sifat ahli nafsu ini ialah, bermurah
hati, tawakal yang benar, kuat beribadat, arif dan bijaksana, syukur
yang benar, redha, taqwa, dan lain2 lagi sifat terpuji.
Orang
yang telah mencapai tahap nafsu ini, jiwanya akan jadi tenang, penuh
rasa tawakkal, reda dengan semua ketetapan Allah, tidak disentuh rasa
terlalu berduka, sedih dan cemas.
5. Nafsu Radhiah.
-ahli ini memang dah ternyata
menjadi wali Allah yang mulia. Ahli nafsu ini bertabiat luar biasa. Ia
tidak takut akan bala Allah. Ia tidak memikirkan dosa dan pahala
melainkan keredhaan Allah sahaja yang dinginkan. Duka dan gembira sama
bagi mereka. Apa yang mereka katakan dianggap keramah. Seperti halnya
Syeikh Abdul Qadir Jailani dimana tatkala setelah habis makan, dia
menyeru kembali kepada segala tulang2 ikan yang dimakannya agar hidup
kembali. Maka ianya hidup kembali. Begitulah keramahnya manusia yang
mempunyai martabat nafsu ini.
Orang yang mencapai tingkat ini
selalu berasa puas dengan apa yang diterimanya daripada Allah. Bagi
mereka kejadian baik mahupun buruk yang menimpa, sama sahaja. Hatinya
tidak terpengaruh oleh kehidupan dunia. Mereka selalu kembali kepada
Allah dan redha dengan setiap keputusan-Nya.
6. Nafsu Mardhiah
Tahap ini lebih tinggi daripada
nafsu radhiah. Ia adalah orang yang sangat dekat dan dicintai Allah.
Merekalah yang dimaksud oleh salah satu hadis Qudsi yang bermaksud:
“SENANTIASA HAMBAKU MENDEKATKAN DIRI KEPADAKU DENGAN MENGERJAKAN IBADAH IBADAH SUNAH HINGGA AKU CINTA PADANYA. MAKA APBILA AKU TELAH MENCINTAINYA, JADILAH AKU PENDENGARANNYA YANG DENGANNYA IA MENDENGAR, PENGLIHATANNYA YANG DENGANNYA IA MELIHAT, PERKATAANNYA YANG DENGANNYA IA BERKATA KATA, JADILAH AKU TANGANNYA YANG DENGANNYA IA BERBUAT, JADILAH AKU KAKINYA YANG DENGANNYA IA MELANGKAH, DAN AKALNYA YANG DENGANNYA IA BERFIKIR.”
Semua langkah dan perbuatannya
dilakukan atas bimbingan dan petunjuk Allah, seperti apa yang telah
dilakukan Nabi Khidir dan tidak difahami oleh Nabi Musa. Dia tidak
bertindak dengan kemahuannya sendiri, melainkan dengan bimbingan dan
kehendak Allah.
Ahli nafsu ini segala percakapan
dan bicara mereka diredhai Allah. Jadi segala hal dari mereka mereka,
air liur mereka, penglihatan mereka, pendengaran mereka, pergerakan
mereka, dan seterusnya diredhai Allah. Seperti halnya Junaid, syekh
Abdul Qadir Jailani dan ramai lagi.
7. Nafsu Kamil atau Kamaliah.
-makam nafsu yang tertinggi
sekali. Mereka ini hidupnya di dunia ini dengan jasadnya bergaul dengan
orang ramai, namun jiwa, ruh dan batinnya tetap dengan Allah semata2.
Mereka ini sentiasa berada di dalam fana kepada Allah.
Nafsu ini adalah tahap nafsu para
Nabi dan Rasul, manusia suci dan sempurna, wali2 besar, yang selalu
berada dalam pengawasan dan bimbinganNya. Terpelihara dari perbuatan
yang tercela.
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Ambillah
iktibar dari peristiwa ini, dan mungkin banyak lagi kes sedemikian yang
tidak tersebar kepada umum. Sesungguhnya manusia itu sentiasa melakukan
amalam "Menzalimi Diri sendiri" walaupun telah di beri peringatan.
sumber : http://pejuangmelaka.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.