اَلْوِتْرَ(Al-witir)
secara bahasa bermaksud
jumlah yang ganjil seperti sekali, tiga kali, lima kali dan
seterusnya. Ianya seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ
Maksudnya:
Dan Dia (yakni Allah Subhanahu
wa Ta’ala) itu ganjil (Tunggal atau Maha Esa) dan mencintai yang
ganjil.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab al-Da’waat, no: 6410.
Al-Witir
secara syarak bermaksud solat sunat yang dikerjakan di antara solat
Isyak hingga munculnya fajar yakni masuknya waktu subuh dan ianya
menjadi penutup bagi solat malam. Ianya digelarkan sebagai al-Witir
kerana jumlah rakaatnya adalah ganjil seperti 1 rakaat, 3 rakaat, 7
rakaat, 9 rakaat dan seterusnya. Solat Witir ini tidak boleh
dikerjakan dalam jumlah rakaat yang genap.
v
DALIL DISYARIATKAN
Solat Witir merupakan solat
yang diutamakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
sehinggakan baginda tidak pernah meninggalkan perlaksanaannya
walaupun ketika bermusafir. Dalil-dalil yang menunjukkan sabitnya
anjuran untuk mengerjakan solat Witir ini begitu banyak. Di
antaranya adalah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Maksudnya:
Jadikanlah solat witir sebagai
solat terakhir kalian pada malam hari.
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 998.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga menekankan perlaksanaan solat Witir ini
sebagaimana pesanannya kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh yang
berkata:
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ
أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ
شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan
pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari
setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur
sebelum mengerjakan solat witir.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no:
722.
Berkenaan hukum melaksanakan solat
Witir ini jumhur ulamak daripada para sahabat, tabi’in
dan generasi setelah tabi’in berpendapat ianya adalah sunat
mu’akkadah. Sebagaimana yang kita sedia maklum ketika
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus Mu’adz ke
Yaman, baginda bersabda:
ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي
رَسُولُ اللَّهِ
فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ
اللَّهَ قَدْ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ
وَلَيْلَةٍ...
Maksudnya:
Serulah kepada mereka (yakni
penduduk Yaman) kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruh Allah dan apabila
mereka telah taat atas perkara ini maka beritahukan kepada mereka
bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam…
- Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Zakaah, no: 1395.
Menerusi hadis ini dapat kita
simpulkan bahawa solat yang diwajibkan ke atas umat Islam hanyalah
solat lima waktu sehari semalam. Maka solat-solat selain itu
termasuk solat Witir ini hanya termasuk dalam perkara
tathawwu’. Hukum ini juga adalah bersandarkan sebuah riwayat
daripada ‘Ali radhiallahu’ anh:
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ الْوِتْرُ لَيْسَ بِحَتْمٍ كَصَلاَتِكُمْ
الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ سَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Maksudnya:
Solat Witir tidaklah wajib
seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 415
v
KEUTAMAANNYA
Allah Subhanahu wa Ta’ala
amat menyukai mereka yang mengerjakan solat witir. Daripada ‘Ali
radhiallahu’ anh di berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ
يُحِبُّ الْوِتْرَ.
Maksudnya:
Wahai ahli al-Qur’an (mereka
yang membaca dan beramal dengan al-Qur’an), Hendaklah kamu
mengerjakan solat Witir, sesungguhnya Allah itu ganjil dan mencintai
yang ganjil.
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam
Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1207
Solat Witir juga merupakan
sebahagian dari solat malam dan sebagaimana yang kita telah sedia
maklum solat malam ini merupakan sebaik-baik solat setelah solat
fardu dan ianya memiliki banyak keutamaan yang telah penulis
paparkan ketika membicarakan bab Keutamaan Solat Tahajjud.
Silalah rujuk ke sana.
v
TATACARA
PERLAKSANAAN SERTA HUKUM-HUKUM BERKAITAN
q
Waktu Didirikan
Solat Witir
Solat Witir boleh didirikan
setelah mengerjakan solat Isyak sehinggalah sebelum terbitnya fajar.
Daripada ‘Aisyah Ummul Mukminin radhiallahu’ anha, dia
berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي
فِيمَا بَيْنَ أَنْ يَفْرُغَ مِنْ صَلاَةِ الْعِشَاءِ
وَهِيَ الَّتِي
يَدْعُو النَّاسُ الْعَتَمَةَ إِلَى الْفَجْرِ إِحْدَى عَشْرَةَ
رَكْعَةً يُسَلِّمُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ وَيُوتِرُ بِوَاحِدَةٍ
فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنْ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَتَبَيَّنَ لَهُ
الْفَجْرُ وَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ
خَفِيفَتَيْنِ
ثُمَّ اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى
يَأْتِيَهُ الْمُؤَذِّنُ لِلإِقَامَةِ.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam biasa mengerjakan solat sebelas rakaat pada waktu di antara
selesai solat Isyak iaitu suatu waktu yang orang-orang disebut
sebagai ‘atamah (sampai subuh) sebanyak sebelas rakaat, dengan salam
setiap dua rakaat dan mengerjakan solat Witir satu rakaat. Apabila
muadzdzin telah berhenti mengumandangkan azan solat Subuh, sudah
nampak jelas pula fajar olehnya, dan baginda juga sudah didatangi
oleh muadzdzin, baginda segera berdiri dan mengerjakan dua rakaat
ringan kemudian berbaring ke sisi kanannya sehingga datang muadzdzin
kepada baginda untuk mengumandangkan iqamah.
- Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 736.
Namun begitu waktu yang afdal untuk
mengerjakan solat Witir adalah pada sepertiga malam yang
terakhir. Daripada ‘Aisyah, dia berkata:
كُلَّ اللَّيْلِ أَوْتَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَانْتَهَى وِتْرُهُ إِلَى السَّحَرِ
Maksudnya:
Setiap malam Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat witir dan berakhir
sampai waktu sahur.
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 996
Apatah lagi terdapat satu waktu pada sepertiga malam itu di mana
Allah Subhanahu wa Ta’ala akan turun ke langit dunia dan akan
memperkenankan doa dan permintaan serta memberi pengampunan kepada
hamba-hamba-Nya.. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى
السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ.
يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي
فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ.
Maksudnya:
Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala
turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga
malam yang akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku,
nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku,
nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku,
nescaya Aku akan mengampunnya.
- Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no:
1145.
Namun demikian sekiranya seseorang
itu khuatir bahawa dia tidak mampu untuk bangun mengerjakan solat
Witir pada sepertiga malam yang terakhir, hendaklah dia
mengerjakannya sebelum tidur. Daripada Jabir bin ‘Abdullah
radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ
أَوَّلَهُ
وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ
اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ
أَفْضَلُ.
Maksudnya:
Barangsiapa di antara kamu
khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mengerjakan
Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan barangsiapa di antara
kalian merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah
melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir
waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih
utama.
- Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no:
755.
Sekiranya telah mengerjakan solat
Witir pada awal malam iaitu sebelum tidur, tetapi seseorang itu
terjaga pada sepertiga malam yang akhir maka dia tidak boleh
melakukan sekali lagi solat Witir. Ini adalah kerana Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
Maksudnya:
Tidak ada dua Witir dalam satu
malam.
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam
Sunannya, Kitab al-Sholaah, no.1227.
Namun demikian diperbolehkan baginya
untuk mengerjakan solat-solat sunat yang lain kerana diperbolehkan
untuk mengerjakan solat sunat walaupun telah mendirikan solat
Witir. Menurut Syaikh Muhammad at-Tuwaijiri:
Siapa
yang Witir pada awal malam kemudian terbangun pada akhir
malam maka solatlah secara genap tanpa ada witir.
– Syaikh Muhammad bin Ibrahim
at-Tuwaijirsi, Mukhtasar al-Fiqhi al-Islami, ms. 712,
q
Jumlah Rakaat Solat
Witir
Sebagaimana yang kita telah sedia
maklum solat Witir mempunyai jumlaah rakaat yang ganjil.
Menerusi hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
kita dapati terdapat variasi jumlah rakaat yang dilaksanakan oleh
baginda
PERTAMA: Solat Witir dengan hanya satu rakaat.
Dalilnya adalah sebuah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar
radhiallahu’ anhuma, dia berkata:
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ
بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki
berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda
bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu
subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat.
- Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no:
1137.
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Witir
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Duduk untuk tahiyyat akhir
12)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
KEDUA:
Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada
dua :-
-
Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ
وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar
mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat
Witir.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Witir
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan
rakaat terakhir
Rakaat Ketiga
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Witir
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Duduk untuk tahiyyat akhir
12)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
-
Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ
فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.
ثُمَّ
يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada
bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi
sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan
akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat
lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian
baginda solat tiga rakaat (witir).
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.
Solat Witir sebanyak tiga
rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud.
Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat
yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir
tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun
dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin
Ka’ab, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي
الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى
وَفِي الرَّكْعَةِ
الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ
بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ
وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ
الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’
dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada
rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan
salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal
malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam
– Hadis riwayat Imam al-Nasa’i
dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar,
no: 1683.
Melalui hadis di atas kita juga
dapat mengetahui bahawa setelah selesai solat witir baginda membaca
zikir
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
(Maha suci Tuhan Raja yang Kudus).
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Witir
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
KETIGA:
Solat Witir dengan lima rakaat dengan satu tasyahhud
pada rakaat yang terakhir. Tatacara ini adalah bersandarkan kepada
hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي
مِنْ اللَّيْلِ ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً
يُوتِرُ مِنْ ذَلِكَ
بِخَمْسٍ لاَ يَجْلِسُ فِي شَيْءٍ إِلاَّ فِي آخِرِهَا.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam menjalankan solat pada malam hari tiga belas rakaat,
baginda berwitir lima rakaat dan tidak duduk (untuk tasyahhud)
kecuali pada akhir rakaat.
- Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 737.
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Witir
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat keempat
Rakaat Keempat
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat kelima
Rakaat Kelima
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Namun begitu terdapat juga pendapat bahawa solat Witir lima
rakaat boleh dilaksanakan dengan melaksanakan dua rakaat lalu salam,
dua rakaat lagi lalu salam dan diakhirkan dengan satu rakaat dan
salam. Tatacara ini adalah bersandarkan keumuman lafaz dalam hadis
daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia
berkata:
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ
بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki
berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda
bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu
subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat.
- Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no:
1137.
KEEMPAT:
Solat Witir dengan tujuh rakaat dengan membaca tasyahhud
pada rakaat ketujuh. Hal ini adalah bersandarkan kepada hadis
daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:
فَلَمَّا سَنَّ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَأَخَذَهُ اللَّحْمُ أَوْتَرَ بِسَبْعٍ
Maksudnya:
…Setelah Nabi Allah
shallallahu ‘alaihi wasallam semakin tua dan tubuhnya semakin gemuk
baginda mengerjakan Witir dengan tujuh rakaat…-
Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 746.
Menerusi hadis yang diriwayatkan
Imam al-Nasa’i pula disebutkan:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ لَمَّا أَسَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَأَخَذَ اللَّحْمَ صَلَّى سَبْعَ رَكَعَاتٍ لاَ
يَقْعُدُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ...
Maksudnya:
Daripada ‘Aisyah dia berkata:
Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam semakin tua dan
tubuhnya semakin gemuk baginda mengerjakan Witir dengan tujuh rakaat
dan baginda tidak duduk (tahiyyat) kecuali di akhir rakaat…
- Hadis riwayat Imam
al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaam al-Lail wa
Tathawwu’ al-Nahaar, no: 1699.
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Witir
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat keempat
Rakaat Keempat
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat kelima
Rakaat Kelima
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat keenam
Rakaat Keenam
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4)
hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat ketujuh
Rakaat Ketujuh
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Ada juga yang berpendapat solat
Witir tujuh rakaat ini dibenarkan untuk didirikan dengan mengerjakan
solat dua rakaat sebanyak tiga kali dan diakhiri dengan solat satu
rakaat sebagaimana keumuman hadis ‘Abdullah bin ‘Umar
radhiallahu’ anhuma yang telah penulis paparkan sebelum ini.
KELIMA:
Solat Witir sebanyak sembilan rakaat dengan dua tasyahhud
yakni tasyahhud awal pada rakaat kelapan dan tasyahhud
akhir pada rakaat kesembilan. Hal ini adalah bersandarkan kepada
hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:
وَيُصَلِّي تِسْعَ رَكَعَاتٍ لاَ يَجْلِسُ فِيهَا إِلاَّ فِي
الثَّامِنَةِ فَيَذْكُرُ اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ
ثُمَّ
يَنْهَضُ وَلاَ يُسَلِّمُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّ التَّاسِعَةَ
ثُمَّ
يَقْعُدُ فَيَذْكُرُ اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ
ثُمَّ يُسَلِّمُ
تَسْلِيمًا يُسْمِعُنَا ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya:
(Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam sekiranya bersolat Witir) sembilan rakaat baginda
tidak duduk (untuk tasyahhud awal) kecuali pada rakaat kelapan.
Kemudian baginda memanjatkan pujian kepada Allah Subhanahu wa
Ta’ala, berzikir dan berdoa (membaca tasyahhud). Setelah itu baginda
bangkit dengan tidak mengucapkan salam. Selanjutnya baginda
mengerjakan rakaat kesembilan lalu duduk dan berzikir kepada Allah
yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa, serta berdoa (membaca tasyahhud
akhir) kemudian mengucapkan salam yang terdengar oleh kami. Setelah
itu baginda mengerjakan solat dua rakaat…
- Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no:
746.
* Tatacara
mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Witir
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat keempat
Rakaat Keempat
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat kelima
Rakaat Kelima
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat keenam
Rakaat Keenam
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4)
hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat ketujuh
Rakaat Ketujuh
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4)
hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat kelapan
Rakaat Kelapan
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat awal
3)
Bangun untuk rakaat kesembilan
Rakaat Kesembilan
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Ada juga yang berpendapat solat
Witir sembilan rakaat ini dibenarkan untuk didirikan dengan
mengerjakan solat dua rakaat sebanyak empat kali dan diakhiri dengan
solat satu rakaat sebagaimana keumuman hadis ‘Abdullah bin ‘Umar
radhiallahu’ anhuma yang telah penulis paparkan sebelum ini.
q
Membaca Qunut Dalam
Solat Witir
Kadangkala Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam membaca qunut dalam solat Witir. Qunut
adalah nama bagi perbuatan untuk berdoa dalam solat pada tempat yang
tertentu ketika berdiri. Dalil disyariatkan membaca qunut dan lafaz
doa qunut ketika solat Witir adalah:
عَنْ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَؤُلاَءِ الْكَلِمَاتِ فِي الْوِتْرِ
قَالَ
قُلْ اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ
وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ
وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِي فِيمَا
أَعْطَيْتَ
وَقِنِي شَرَّ مَا
قَضَيْتَ
فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ
يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
(وَلَا
يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ)
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
وَصَلَّى
اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ.
Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Hasan
bin Ali radhiallahu’ anh, bahawa dia berkata: Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus
aku ucapkan di dalam solat Witir, iaitu Ya Allah, berilah aku
petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjukkan,
Selamatkanlah aku dalam golongan orang-orang yang telah Engkau
pelihara. Berikanlah berkat dalam segala sesuatu yang telah Engkau
berikan. Hindarkanlah diriku dari segala bahaya yang telah Engkau
tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang
ditentukan, Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau
lindungi (dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi).
Engkau wahai Tuhan adalah Maha Mulia serta Maha Tinggi. Dan semoga
Allah tetap memberi rahmat ke atas Nabi Muhammad.
- Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no. 426.
(tambahan
dari riwayat Abu Daud, Kitab al-Solat, no: 1214)
Qunut ketika solat Witir
dibaca pada rakaat yang terakhir setelah membaca surah dan sebelum
rukuk. Dalilnya adalah sebuah riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia
berkata:
كَانَ يُوتِرُ فَيَقْنُتُ قَبْلَ الرُّكُوعِ.
Maksudnya:
Bahawasanya Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan Witir lalu membaca qunut
sebelum rukuk. – Hadis
riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush
Sholaah was Sunnah Fiiha, no: 1182.
Adalah disunatkan untuk membaca
qunut dalam solat Witir ini pada malam-malam lima belas
terakhir pada bulan Ramadan dan ini merupakan mazhab Imam al-Syafi’i
rahimahullah. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah
pandangan ini adalah bersandarkan riwayat daripada Abu Dawud bahawa
‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh mengumpulkan orang ramai
untuk bersolat (tarawih) jemaah dengan berimamkan kepada Ubai bin
Ka’ab radhiallahu 'anh. Selama dua puluh hari Ubai menjadi
imam kepada mereka dan tidak pernah mengerjakan qunut melainkan pada
pertengahan akhir pada bulan Ramadan.
– Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah,
jilid 2, ms. 37-38.
* Tatacara mengerjakan doa qunut
dalam solat Witir.
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Witir
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan
rakaat ke terakhir
Rakaat Ketiga
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Witir
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6)
Membaca Doa Qunut
7)
Rukuk
8)
Iktidal
9)
Sujud
10)
Duduk antara dua sujud
11)
Sujud kali kedua
12)
Duduk untuk tahiyyat akhir
13)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
q
Cara Menqadha Solat
Witir
Apabila seseorang tertinggal
mengerjakan solat Witir disebabkan perkara-perkara yang valid
seperti tertidur atau terlupa maka ianya boleh diqadhakan ketika
tersedar. Hal ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu
Sa’id al-Khudri, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
مَنْ نَامَ عَنْ وِتْرِهِ أَوْ نَسِيَهُ فَلْيُصَلِّهِ إِذَا ذَكَرَهُ.
Maksudnya:
Barangsiapa tertidur atau lupa
sehingga tidak mengerjakan solat Witir, hendaklah dia mengerjakannya
ketika dia teringat.
- Hadis riwayat Imam Abu Dawud
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1431.
Ulamak berbeza pendapat tentang
kadar waktu yang dibenarkan untuk mengqadhakan solat Witir.
Hadis di atas secara umum menyebutkan bahawa ianya boleh
dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja pada hari itu ketika
teringat. Hanya sahaja yang afdal adalah ianya dikerjakan pada waktu
di antara Subuh dan sebelum Zuhur agar mendapat pahala yang menyamai
jika dikerjakan pada malam hari. Ini adalah kerana telah
diriwayatkan daripada ‘Umar bin al-Khatthab radhiallahu’ anh,
dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ نَامَ عَنْ حِزْبِهِ أَوْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ فَقَرَأَهُ فِيمَا
بَيْنَ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الظُّهْرِ كُتِبَ لَهُ
كَأَنَّمَا
قَرَأَهُ مِنْ اللَّيْلِ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang tertidur
sehingga tidak sempat mengerjakan solat malam atau membaca al-Qur’an
pada malam hari (padahal dia sudah berniat untuk mengerjakannya),
kemudian dia mengerjakan pada waktu di antara Subuh dan Zuhur,
nescaya akan dicatatkan untuknya seolah-olah dia telah
mengerjakannya pada malam hari.
- Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 747.
Namun begitu sekiranya Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam mengqadhakan solat malamnya pada
siang hari baginda akan menggenapkannya dari sebelas rakaat menjadi
dua belas rakaat. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَمِلَ
عَمَلاً أَثْبَتَهُ
وَكَانَ إِذَا نَامَ مِنْ اللَّيْلِ أَوْ مَرِضَ
صَلَّى مِنْ النَّهَارِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً.
Maksudnya:
…Adalah Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam apabila mengerjakan sesuatu solat baginda suka
untuk mengerjakannya secara berterusan. Apabila baginda tertidur
atau sakit sehingga tidak sempat mengerjakan solat malam baginda
mengerjakan solat pada siang harinya sebanyak dua belas rakaat.
- Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 746.
Oleh itu bagi sesiapa yang solat
Witirnya secara kebiasaanya dikerjakan sebanyak satu rakaat maka
apabila diqadha pada siang hari ianya dikerjakan sebanyak dua rakaat
dan tiga rakaat menjadi empat rakaat dan seterusnya.
q
Bolehkah
Mengerjakan Solat Sunat Setelah Solat Witir
Sebagaimana yang telah sedia maklum
solat Witir dianggap penutup bagi solat malam. Daripada
‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Maksudnya:
Jadikanlah solat Witir sebagai
solat terakhir kalian pada malam hari.
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 998.
Rentetan dari hadis di atas ada yang
beranggapan tidak boleh lagi melaksanakan solat sunat setelah
mengerjakan solat Witir. Namun begitu tanggapan ini dapat
dibantah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
pernah mengerjakan solat sunat setelah mengerjakan solat Witir.
Daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:
صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ ثُمَّ
صَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ وَرَكْعَتَيْنِ جَالِسًا
وَرَكْعَتَيْنِ
بَيْنَ النِّدَاءَيْنِ وَلَمْ يَكُنْ يَدَعْهُمَا أَبَدًا.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam solat Isyak kemudian solat lapan rakaat dan dua rakaat
dengan duduk serta dua rakaat (Qabliyah Subuh) di antara dua seruan
(yakni azan dan iqamah). Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak
pernah meninggalkan kedua rakaat (Qabliyah Subuh) tersebut
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1159
Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar
rahimahullah walaupun dalam riwayat di atas tidak menyebutkan
tentang solat Witir namun hal ini diperjelaskan melalui
riwayat al-Laits dengan lafaz:
كَانَ يُصَلِّي بِثَلاَث عَشْرَة رَكْعَة تِسْعًا قَائِمًا
وَرَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِس
Maksudnya:
Baginda solat tiga belas
rakaat, sembilan rakaat dengan berdiri dan dua rakaat dengan duduk.
– Rujuk Fathul Baari Syarah
Shahih al-Bukhari, jilid 6, ms. 314.
Dalam riwayat Imam Muslim kita akan
gambaran yang lebih jelas akan hal ini.
Daripada Abi Salamah, dia berkata:
Aku bertanya kepada ‘Aisyah radhiallahu’ anha tentang solat
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu dia menjawab:
كَانَ يُصَلِّي ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي ثَمَانَ رَكَعَاتٍ
ثُمَّ يُوتِرُ ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
فَإِذَا
أَرَادَ أَنْ يَرْكَعَ قَامَ فَرَكَعَ ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ
بَيْنَ النِّدَاءِ وَالإِقَامَةِ مِنْ صَلاَةِ الصُّبْحِ.
Bahawasanya baginda bersolat
sebanyak tiga belas rakaat. Baginda solat lapan rakaat kemudian
(mengerjakan solat) Witir, kemudian solat dua rakaat sambil duduk,
apabila hendak rukuk, baginda berdiri lalu rukuk, kemudian baginda
solat dua rakaat (Qabliyah Subuh) di antara azan dan iqamah solat
Subuh.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 738.
Seterusnya hal ini diperkuatkan lagi
dengan riwayat di bawah:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّيهِمَا بَعْدَ الْوِتْرِ وَهُوَ جَالِسٌ
يَقْرَأُ فِيهِمَا إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ وَقُلْ يَا أَيُّهَا
الْكَافِرُونَ
Maksudnya:
Daripada Abi Umamah bahawa
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat dua rakaat
setelah mengerjakan solat witir dengan duduk dan baginda membaca
‘Idza zul zilztil ardhu’ dan ‘Qul yaa ayyuhal kaafiruun’.
– Hadis riwayat Imam Ahmad
dalam Musnadnya, no: 21216.
Hanya sahaja Baginda shallallahu
‘alaihi wasallam tidak berterusan dalam melaksanakan solat dua
rakaat setelah Witir tersebut. Solat dua rakaat setelah
Witir itu boleh dianggap sebagai solat untuk menyempurnakan
kekurangan yang mungkin ada ketika melaksanakan solat Witir
tersebut. Ibnu Qayyim rahimahullah memperjelaskan:
Sebahagian orang ada yang merasa musykil dengan masalah solat dua
rakaat setelah witir ini kerana ianya dilihat bertentangan dengan
sabda baginda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Jadikanlah solat witir sebagai
solat terakhir kalian pada malam hari.
Dalam
hal ini Imam Ahmad berkata: Aku tidak mengerjakannya tapi juga tidak
melarang orang lain mengerjakannya. Sedangkan Imam Malik mengingkari
dua rakaat itu. Ada pula yang menyatakan bahawa baginda mengerjakan
dua rakaat itu untuk menunjukkan bahawa diperbolehkan solat (sunat)
setelah Witir. Mereka menafsirkan perintah baginda untuk
mengakhiri solat malam dengan Witir sebagai anjuran dan dua
rakaat sesudahnya diperbolehkan. Apa yang benar, Witir adalah
ibadah yang berdiri sendiri. Dua rakaat yang baginda lakukan setelah
itu seperti halnya sunat (Ba’diyah) setelah Maghrib yang
melengkapi solat Maghrib. Sehingga dua rakaat ini juga melengkapi
solat Witir sebagai penutup solat malam. Dua rakaat
setelahnya sebagai pelengkap.
– Rujuk Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Mukhtashar Zaadul Ma’ad,
diringkaskan oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahhab al-Tamimi (edisi
terjemahan dengan tajuk Zaadul Maad : Bekal Perjalan Ke Akhirat,
Pustaka Azam, Jakarta 1999) ms. 36-37.
q
Tidur Sejenak
Setelah Mengerjakan Solat Witir
Disunnahkan juga untuk tidur setelah
mengerjakan solat malam termasuk solat Witir sehinggalah
dikumandangkan azan Subuh. Daripada al-Aswad, dia berkata: Aku
bertanya kepada ‘Aisyah radhiallahu’ anha: Bagaimana solat
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada malam hari. ‘Aisyah
berkata:
كَانَ يَنَامُ أَوَّلَهُ وَيَقُومُ آخِرَهُ فَيُصَلِّي ثُمَّ يَرْجِعُ
إِلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ.
Maksudnya:
Biasanya baginda tidur pada
awal malam dan bangun pada akhir malam lalu solat, kemudian kembali
lagi ke tempat tidurnya. Apabila muadzdzin telah mengumandangkan
azan baginda bangun.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1146.
Adakah hal ini bertentang dengan
hadis tentang baring sejenak setelah mengerjakan solat Qabliyah
Subuh? Syaikh Abu Malik Kamal menyatakan:
Apa yang jelas adalah
disyariatkannya tidur setelah dua rakaat sunat Subuh, namun pada
kenyataannya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada satu
waktu baginda tidur antara solat malam dan solat Subuh. Pada waktu
yang lain pula baginda tidur setelah dua rakaat solat sunat Subuh.
Mungkin sahaja baginda tidur pada kedua waktu itu. Wallahu a’lam.
– rujuk Abu Malik Kamal bin
As-Sayyid Salim, Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih
Madzahib al-A’immah (edisi terjemahan dengan tajuk Shahih
Fikih Sunnah terbitan Pustaka Azzam, Jakarta, 2006), jilid 1,
ms. 621.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.