Beribadah
kepada Allah S.W.T. Amalan qiamullail bukanlah satu perkara baru,
bahkan ianya merupakan ibadah yang sudah menjadi darah daging atau
amalan para rasul, nabi-nabi, orang salih dan alim ulama’ sejak dahulu
lagi. Ibadat khas sama ada wajib atau sunat semuanya bersandarkan kepada
dalil-dalil naqli dari Allah.S.W.T sebagai bukti bahawa ternyata Allah
memerintahkan hamba-Nya untuk melakukan ibadat tersebut.
“Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa
(yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam
atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit)
daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
- Qiyamullail ialah bangun pada
waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti
bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan
Allah.
- Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. Semak ayat 1-10 surah al-Muzammil di bawah ini.
1] Wahai orang yang berselimut!.
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
[5] (Sayugialah engkau dan
pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang
berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan
kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat
(kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan
umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada
siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah
dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta
tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
[9] Dia lah Tuhan yang menguasai
timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga
yang menyempurnakan urusanmu.
[10] Dan bersabarlah terhadap
apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu
dari mereka dengan cara yang baik.
- Setelah setahun disyariatkan
amalan itu menjadi sunat muakkad pula bagi setiap umat Islam .Namun ia
tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Semak maksud ayat 20 surah
al-Muzammil di bawah ini .
"Sesungguhnya Tuhanmu (wahai
Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud)
selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan
selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan
dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah
yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar
masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan
dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik
perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh
itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran
(dalam sembahyang).
Ia juga mengetahui bahawa akan
ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang
yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah;
dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah
(membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat
membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah
zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik
(ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai
bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada
sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar
pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
KELEBIHAN QIAMULLAIL
Doa mudah dimakbulkan.
Mendapat ketenangan jiwa.
Dimurahkan rezeki.
Dihormati masyarakat.
Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
Jika dia pemimpin akan dihormati dan disegani
Dan lain-lain kebaikan kurniaan Allah.
WAKTU-WAKTU QIAMULLAIL
Waktu untuk solat malam ialah
selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita
digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling afdal (utama) ialah sepertiga malam .
Pengisian Qiamullail.
Qiamullail boleh dimulakan
sebaik sahaja selepas solat isyak kecuali solat sunat tahajjud
dikehendaki atau digalakkan tidur terlebih dahulu.
Di antara aktiviti pengisiannya;
(1) Solat sunat tasbih.
(2) Solat sunat Taubat.
(3) Solat sunat Tahajjud*
(4) Solat sunat Istikharah.
(5) Solat sunat Hajat.
(6) Dan solat sunat yang lain.
(7) Solat sunat witir.( Penutup solat sunat )
*..Sabda Rasulullah.s.a.w.
bermaksud;“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat
(Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim).
Semua solat sunat itu ditutup
dengan solat Sunat Witir ( Witri ), sekurang-kurang tiga rakaat dengan
cara bersolat dua rakaat satu salam dan satu rakaat satu salam.( Tiga
rakaat dengan dua salam )
Selepas solat tersebut sementara menunggu waktu Subuh eloklah berzikir seperti yang biasa dilakukan dan membaca al.Quran.
CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat
• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
• Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah
( cara paling ringkas) ialah :
1. Lafaz Niat Solat Hajat :
اصلي سنة الحاجة ركعتين لله تعالي
Maksudnya : Sahaja aku Solat Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala
Bilangan Rakaat :
1. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
1. Baca doa iftitah
2. Baca Al Fatihah
3. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
4. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
2. Pada Rakaat Kedua
1. Baca Al Fatihah
2. Baca Surah Al Ikhlas
3. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
4. Membaca Tahiyat Akhir
3. Memberi Salam
4. Berdoa selepas memberi salam :
1. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
2. Setelah itu kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.
“Maha Suci Allah yang bersifat
dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang
mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah
yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak
ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan
kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha
Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu
dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi
dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh
sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada
Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.”
CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT TASBIH
Solat ini disebut Solat Tasbih
kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan
kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu,
andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak
sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak
sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih dilakukan
empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun
boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini
mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.
Bacaan tasbih itu ialah :
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
“Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar”
Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih
Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih
Niat Solat Tasbih
أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta’ala
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
Doa Sunat Sembahyang Tasbih
“Ya Allah, Ya Tuhanku, aku
bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau
beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin,
dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,orang-orang yang
bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku
bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan
beribadahseperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan
pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk
ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku
daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan
kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan
keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal
kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang
baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan
ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.”
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat
Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam),
sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat
sahaja.
Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. “Sesungguhnya Allah itu witir
(ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai
ahli Al-Quran.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku
berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung
dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu
seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan
sehingga Engkau redhai.”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.