Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang
memberi ilham pada hari ini untuk terus berkongsi. Antara adab berdoa
yang dimakbul Allah, adalah yakin. Adapun antara kita, yang juga
termasuk saya, sering tidak berdoa secara tepat.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa
yang ada dalam isi hati hamba-Nya. Meskipun kita tidak meminta tetapi
pasti Allah sudah pun tahu apa yang kita mahukan. Namun begitu, kita
tidak seharusnya mengambil remeh untuk berdoa dengan tepat.
Dengan mengetahui Allah Maha Mengetahui,
kita tidak mengambil inisiatif untuk berdoa dengan lebih spesifik.
Sesungguhnya berdoa secara tepat itu adalah usaha seorang hamba untuk
memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar mengabulkan doanya.
Contoh;
Apabila kita perlukan duit daripada ibu untuk bayar sewa bernilai RM200 adakah kita hanya akan berkata begini?
Apabila kita perlukan duit daripada ibu untuk bayar sewa bernilai RM200 adakah kita hanya akan berkata begini?
“Ibu, bulan ini saya ingin meminta duit sewa”
Pastinya kita akan menyatakan nilai duit tersebut seperti ini;
“Ibu, bulan ini saya ingin minta duit sewa RM200″
Hasilnya ibu tahu dan jelas berapa nilai
yang kita perlukan untuk membayar duit sewa pada bulan itu dan kita
dapat nilai yang kita perlukan dengan tepat.
Begitu juga dengan Allah. Kita perlu
menyatakan secara spesifik apa yang kita minta agar doa kita jelas atau
nanti kita menyalahkan Allah kerana mengabulkan permohonan yang salah.
Contoh;
“Ya Allah aku mohon dapat pergi Seminar Baitul Muslim”
“Ya Allah aku mohon dapat pergi Seminar Baitul Muslim”
Allah kabulkan tetapi Dia buat kita
berhutang. Kemudian kita pula salah Allah kerana terpaksa meminjam duit
orang lain untuk menyertai seminar tersebut. Sebaiknya berdoa secara
tepat.
Contoh;
“Ya Allah aku mohon dapat pergi ke Seminar Baitul Muslim dengan mudah dan tanpa berhutang secara percuma”
“Ya Allah aku mohon dapat pergi ke Seminar Baitul Muslim dengan mudah dan tanpa berhutang secara percuma”
Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, tidak mustahil ada orang bayarkan kita pergi ke seminar itu.
Saya pernah mohon dapat pergi satu
program bernilai RM60. Saya berdoa secara tepat dapat pergi secara
percuma, hasilnya saya dapat pergi secara percuma. Ya, ini kisah benar,
saya dapat pergi secara percuma. Selain itu, saya berdoa dapat pergi ke
program bernilai RM1, 999 secara percuma, alhamdulillah dapat pergi
secara percuma.
Saya juga pernah berdoa dapat sertai
kursus perniagaan internet bernilai RM399, alhamdulillah hasilnya saya
dapat masuk secara percuma! Ada orang lain yang bayarkan yuran kursus
itu untuk saya. Subhanallah. Terima kasih Allah.
Itulah kuasa berdoa secara tepat. Di
samping itu, Al Quran juga telah menekankan tentang doa secara tepat.
Kita perhatikan Surah Al Fatihah ayat 6;
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
Bagaimana jalan yang lurus itu? Ia dijawab dalam ayat 7;
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Allah menerangkan apakah ‘jalan yang
lurus’ yang dimaksudkan dalam Surah Al Fatihah ayat 6 dengan
menspesifikkan lagi dalam ayat 7. Hasilnya kita faham, apakah sebenarnya
maksud ‘jalan yang lurus’ itu.
Sungguh Allah itu Maha Mengetahui tetapi
itu bukan alasan untuk kita tidak berdoa dengan tepat. Jika ingin
dimurah rezeki, spesifikkan rezeki yang murah yang bagaimana?
Sebab itu, Allah kabulkan dapat tembikai
lepas keluar solat Jumaat, lepas itu dapat makanan percuma kemudian
dapat kuih untuk makan petang percuma tetapi semua makanan tidak dapat
dihabiskan.
Di samping itu, pasti antara kita mahu hutang dilangsaikan, Jadi berdoa kepada Allah agar Allah langsaikan hutang kita;
Contoh;
“Ya Allah aku mohon agar langsaikan hutangku dan keluargaku, agar kami mampu menunaikan haji kerana sesungguhnya, orang yang menunaikan haji itu adalah orang yang mampu iaitu orang yang telah langsai hutangnya dan berkemampuan pergi menunaikan haji”
“Ya Allah aku mohon agar langsaikan hutangku dan keluargaku, agar kami mampu menunaikan haji kerana sesungguhnya, orang yang menunaikan haji itu adalah orang yang mampu iaitu orang yang telah langsai hutangnya dan berkemampuan pergi menunaikan haji”
Tidak mustahil hutang kita dilangsaikan
oleh orang lain. Pemergian kita menunaikan haji dibayar oleh orang lain
sebagai contoh dapat tajaan 100%. Subhanallah.
sumber dari:
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.